Monday, November 02, 2015
Kerajaan PKR Selangor Tidak Perlu Malu Kena Balik Tohmahan Zalim
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap berkata
pembangkang tidak perlu malu untuk menerima hakikat bahawa keperluan
untuk membina lebuhraya bertol sepertimana yang berlaku di dalam
rancangan pembinaan lebuh raya baru di Selangor sebenarnya bertujuan
untuk memberi pilihan kemudahan kepada rakyat.
Menurut beliau jika sebelum ini kerajaan pusat ditohmah dengan
pelbagai laungan seperti zalim dan sebagainya lagi, akhirnya apa yang
berlaku dalam rancangan pembinaan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH),
Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu
Klang (SUKE) menunjukkan mereka sebenarnya hipokrit.
“Inilah hakikatnya parti pembangkang…apabila melibatkan Barisan
Nasional (BN) semuanya dianggap zalim…semuanya dianggap menindas rakyat
dan pelbagai ungkapan serta tohmahan lain dalam usaha meracuni pemikiran
rakyat terutama bagi menjayakan matlamat mereka untuk mendapatkan undi
semata-mata.
“Apa salahnya dalam konteks ini mengakui
keperluan berkenaan. Kita percaya dan penuh yakin kerajaan pusat tidak
sama sekali untuk menekan rakyatnya apatah lagi untuk menindas. Segala
perancangan serta pelaksanaan yang dilakukan adalah untuk kepentingan
dan kebajikan rakyat semata-mata.
“Jadi dalam konteks pembinaan lebuhraya bertol di negeri Selangor,
cuba maklumkan dan cuba ketengahkan apa yang beza dengan lebuh raya yang ada hari ini. Bukankah lebuh raya yang dicadangkan itu ada tol
juga dikenakan. Adakah itu tidak dianggap zalim?,” katanya kepada
pihak media, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah keperluan lebuh raya semestinya adalah
untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga pelbagai faktir lain
yang diambil kira oleh mereka yang bertanggungjawab adlam melaksanakan
lebuh raya di negara ini.
Justeru tegas beliau tidak timbul soal zalim dan sebagainya lagi
sepertimana yang ditohmah oleh parti pembangkang yang seringkali
menjadikan kerajaan pusat sebagai sasaran mereka dalam usaha meracuni
pemikiran rakyat di seluruh negara.
Katanya janganlah malu untuk menerima hakikat berkenaan kerana sudah
jelas dan sudah nyata dengan perkembangan yang berlaku di Selangor yang
merupakan negeri yang dikuasai dan diperintah oleh parti pembangkang di
negara ini.
“Kalau zalim maksudnya apa pula statusnya di Selangor itu…janganlah
pula nanti keluar pelbagai alasan karut marut untuk menghalalkan
tindakan mereka dalam menjayakan projek pembinaan lebuh raya baru
berkenaan.
“Apa pun kita tidak terkejut dan tidak pelik jika keluar
alasan-alasan baru untuk menutup perkara tersebut. Mungkin mereka malu
alah untuk mengakui apa yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat.
Kita
tunggu apa kata kerajaan negeri Selangor termasuklah ‘panglima’
pembangkang lain dalam soal ini,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment