Monday, November 02, 2015
Tendang PAS Di Selangor : Ikut Arahan Dap Atau Azmin Akan Dilondehkan?
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Anuar Shaari percaya Dap akan terus memberi tekanan kepada PKR
di Selangor khususnya terhadap kepimpinan Menteri besar, Azmin Ali untuk
memecat Pas daripada kerajaan negeri berkenaan.
Menurut beliau pelbagai tekanan akan diberikan sehinggalah mereka
dapat melihat di depan mata Pas terpelanting daripada pimpinan kerajaan
negeri yang hari ini dibentuk menerusi gabungan PKR, Pas dan Dap.
“Cuma yang timbul persoalan adalah mampukah PKR menahan asakan
berkenaan. Jika ditanya kepada saya persoalan ini, bukannya PKR yang
akan memberikan jawapan tetapi adalah Menteri Besar Azmin Ali.
“Jika senario hari ini berterusan, percayalah segalanya akan
dilondehkan dan kepada Azmin bersedialah untuk menanti pelbagai serangan
daripada rakan sekutunya sendiri dalam memastikan agenda untuk melihat
Pas terpelanting berjaya.
“Jika melihat hari ini, nampaknya Dap
bersunguh-sungguh untuk melihat perkara berkenaan dan jawapannya
sepertimana yang diperkatakan tadi bukannya bergantung kepada PKR tetapi
terletak di bahu Azmin. Sejauh mana Azmin mampu menahan asakan
berkenaan kita lihat dalam masa terdekat,” katanya kepada UMNO-Online,
di sini, hari ini.
Dilaporkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerima
tamparan apabila Dap Selangor memberi kata dua untuk memecat wakil
rakyat Pas dari pentadbirannya.
Ini berikutan seorang perwakilan pimpinan tertinggi parti itu memberi
tempoh memecat wakil rakyat Pas daripada Kerajaan Selangor atau Dap
sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.
Pengerusi Dap Kajang Baru, Chiong Yoke Kong berkata, Pas sudah
memungkiri janji dalam Pakatan Harapan dan mahu pimpinan tertinggi Dap
memberi tempoh kepada Mohamed Azmin untuk pecat wakil rakyat Pas atau
Dap keluar dari pentadbiran kerajaan negeri.
“Sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat Pas Selangor, pimpinan
Dap harus tidak teragak-agak keluar daripada Kerajaan Selangor”, kata
Chiong.
Anuar Shaari seterusnya menambah kerusi panas menteri besar akan
terus menghantui Azmin sekiranya beliau tidak mampu menangani perkara
terbabit dengan sebaik mungkin.
“Apa pun dalam situasi ini rasanya Azmin serba salah untuk melakukan
sebarang keputusan. Cuba kita sorot kembali bagaimana Azmin naik sebagai
menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sejurus langkah
Kajang yang tidak menjadi.
“Di sebelah kiri adalah Dap dan di sebelah kanan Azmin adalah
Pas…bagaimana beliau mahu mengatasi kemelut berkenaan kerana sejarah
perlantikan menteri besar sebelum ini tentunya menghantui beliau.
“Takkanlah beliau sudah lupa kepada sejarah berkenaan. Kita tunggu
dan lihat bagaimana Azmin mengatasi kemelut terbabit. Apakah beliau
benar-benar mampu menahan asakan daripada rakan sekutu sendiri untuk
menyingkirkan rakan sekutunya juga,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment