Monday, November 02, 2015
Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew Telah Kalah Dalam Saman Bernilai RM557 Juta
Christina, seorang peguam yang juga dipercayai seorang imigran dari
Indonesia, telah didapati bersalah kerana terlibat memberi nasihat,
berkonspirasi dan mendalangi rakan sekongkolnya yang merupakan defendan
pertama, dikenali dengan nama Siti.
Siti adalah kakitangan Christina Liew sendiri bersama-sama seorang
lelaki bernama Samsuri Baharuddin yang menjadi peguam kepada 819 orang
pemilik kebun kecil untuk memujuk mereka menjual tanah seluas 12,000
ekar.
Skim yang melibatkan Christina Liew itu turut membabitkan
pekerja-pekerjanya sendiri sebagai pembeli untuk membeli setiap bidang
tanah pekebun kecil pada harta RM45,000 untuk setiap lot yang
berkeluasan 15 ekar. Dengan kata lain, berharga RM3,000 bagi setiap ekar
atau 0.69 sen bagi setiap kaki persegi untuk tanah yang telah
dibangunkan dan ditanam dengan kelapa sawit.
Mahkamah telah mendapati, Christina menggunakan kakitangannya untuk
bertindak sebagai pembeli tanah-tanah berkenaan manakala perjanjian jual
dan beli yang ditandatangani oleh pekebun-pekebun kecil tersebut
sekitar tahun 2005 dan 2006 disediakan sendiri oleh Christina Liew
walaupun peguam mereka adalah Samsuri Baharudin. Jual beli tanah
tersebut telah menyebabkan 819 orang pemilik tanah itu terdedah kepada
kesalahan melanggar perjanjian dengan syarikat Kerajaan Negeri Sabah
bagi pemilikan tanah berkenaan.
Laporan-laporan berita turut menyatakan, kebanyakan daripada pemilik
tanah tersebut telah membuat laporan polis ke atas Christina Liew dan
dua orang lagi defendan apabila mereka dipaksa menandatangani surat
perjanjian atau menurunkan cop ibu jari pada kertas kosong.
Sejarah tanah dalam kes ini adalah seperti berikut:
Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1980 telah mewujudkan skim pemilik
tanah Bagahak bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan membolehkan
golongan miskin memiliki tanah serta membangunkannya. Di bawah skim
tersebut, setiap lot tanah seluas 15 ekar diagih-agihkan secara percuma
kepada setiap pemilik.
Salah satu daripada syarat yang terkandung dalam skim tersebut ialah
setiap orang pemilik perlu membangunkan tanah-tanah mereka sebelum
Januari 1987. Sekiranya mereka gagal, Kerajaan Negeri mempunyai hak
untuk merampas tanah tersebut dan melantik mana-mana agensi untuk
membangunkannya.
Memandangkan kebanyakan pemilik tanah berkenaan gagal memenuhi syarat,
Kerajaan Negeri pada tahun 1993 telah melantik Sabah Land Development
Board (SLDB) untuk membangunkan tanah-tanah tersebut dengan penanaman
kelapa sawit.
Perjanjian pembangunan turut ditandatangani antara SLDB dengan Pemilik
Kecil Bagahak pada tahun 1995, di mana SLDB akan membangunkan
tanah-tanah tersebut menggunakan wang mereka sendiri yang kemudian
ditukarkan sebagai pinjaman kepada pemilik-pemilik tanah yang perlu
dibayar dalam tempoh 10 tahun.
SLDB telah membelanjakan sejumlah RM47,037,758 untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.
Untuk tidak membebankan pemilik tanah dengan bayaran pinjaman, Kerajaan
Negeri Sabah pada tahun 1997 telah memutuskan satu bentuk kerjasama
diwujudkan antara pemilik-pemilik tanah dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd,
anak syarikat kepada syarikat milik Kerajaan Negeri, Sawit Kinabalu.
Di bawah perjanjian tersebut, 11,000 ekar tanah yang telah disuntik ke
dalam syarikat perkongsian dan pemilik-pemilik tanh telah diberikan
saham dalam syarikat. Menerusi kaedah ini, pinjaman pemilik-pemilik
tanah kepada SLDB akan diselesaikan secara penuh oleh syarikat
perkongsian dan kerjasama. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada
9 Julai 1998.
Syarikat perkongsian itu telah membayar wang dividen pendahuluan kepada
pemilik-pemilik tanah dari tahun 2000 sehingga 2013 yang berjumlah
RM49,150 setiap orang.
Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang dibayar bagi setiap
lot oleh pembli yang juga merupakan kakitangan di pejabat guaman ADUN
Api-Api.
Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September
telah mendapatkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah,
selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.
Pada 28 Oktober2014, notis rayuan untuk mengenepikan hukuman telah difailkan oleh Christina Liew.
Pelik tak?
Tidak ada satu pun tentang kes ini disebut-sebut oleh PKR sebaliknya
mereka sangat sibuk dengan isu-isu lain yang digembar-gemburkan,
seolah-olah PKR cuba menutup kejalangan Christina Liew!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment