Monday, November 02, 2015
Wowww.... PANAS... Arul Kanda Nak Berentap LIVE Dengan Tony Pua.... TANPA SYARAT
Bos 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy bersedia untuk
menerima cabaran Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk berdebat
secara terbuka tanpa syarat selepas Ahli parlimen DAP Petaling Jaya
Utara itu enggan meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC).
"Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan berjumpa Tony Pua
untuk talk show secara langsung di televisyen atau debat tanpa sebarang
syarat.
"Saya tidak sabar untuk menjawab soalan-soalan Tony Pua," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pagi Sabtu.
Sebelum itu Arul berkata beliau mengenakan syarat pada Tony untuk
meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.
“Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang duduk dalam PAC adalah 'hakim' kepada siasatan 1MDB.
"RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada
pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh
berjumpa Tony (secara langsung) dalam tempoh terdekat ," katanya
Khamis lalu, Pengerusi DAP Selangor itu yang lantang mengkritik 1MDB,
mencabar Arul Kanda berdebat dengannya menerusi siaran langsung di
televisyen, bagi membuktikan segala dakwaannya adalah salah.
Arul Kanda ketika menyahut cabaran Tony Pua itu meletakkan syarat wakil
rakyat berkenaan perlu melepaskan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu, bagi mengelakkan wujud
sebarang konflik kepentingan dan mengekalkan integriti siasatan
jawatankuasa itu berhubung 1MDB.
Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said
Keruak berkata, RTM sedia menyiarkan perdebatan antara Arul Kanda dan
Tony Pua secara langsung.
Salleh berkata, kesediaan RTM untuk menyiarkan perdebatan itu secara langsung membuktikan keterbukaan kementeriannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment