Monday, November 02, 2015

Lagi Kebodohan Rafizi dan Pakatan Terdedah

Pakatan berkata Bajet alternatif untuk 2016 akan 'secara efektif menghapuskan' keperluan untuk GST.

Ini akan dapat dicapai dengan mengkadar sifar (zero rated) semua barangan dan perkhidmatan.

Apabila ditanya mengapa mereka akan mengkadar sifar tetapi bukannya menghapus cukai sepenuhnya, Rafizi berkata ia adalah supaya RM5 bilion yang kerajaan belanjakan untuk latihan dan perisian GST tidak akan sia-sia.

Sebaliknya beliau berkata, apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengubah sistem supaya kadar GST adalah sifar peratus daripada enam peratus.

Banyak cantik? Menyuruh seluruh Malaysia membuang masa dan wang melakukan kerja berkaitan GST untuk sepanjang tahun tanpa sebarang tujuan langsung.

Apa yang dimaksudkan adalah bahawa semua rakyat Malaysia perlu membuang lebih banyak masa dan wang untuk mengelakkan "membuang" masa dan wang yang dibelanjakan sebelum ini untuk TIDAK mencapai apa-apa!

Sangat pintarlah orang ini.

(atau mungkin anda semua mahu mengekalkan sistem kerana jikalau anda menang PRU-14 dan boleh mengenakan semula GST?)

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment