Monday, November 02, 2015
DAP Selangor Sedia Rampas 8 Kerusi DUN Milik PAS
DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di lapan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Selangor yang sekarang ini dimiliki PAS, kata
Pengerusi DAP negeri, Tony Pua.
Menurutnya, lapan kerusi milik PAS itu adalah Taman Templer, Lembah
Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong
Sepat.
“Kita, DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di beberapa kerusi
DUN yang dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sebelum
ini.
“Kerusi-kerusi ini termasuklah DUN Taman Templer, Lembah Jaya, Paya
Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat,”kata
Pua kepada pihak media hari ini.
Tambah Pua, keputusan rasmi berkenaan pertandingan itu akan dibincangkan
dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor, gabungan DAP, PKR dan Parti
Amanah Negara.
Pua yang turut dilaporkan Antarapos berkata jika pertandingan tiga
penjuru di antara PAS, DAP dan BN berlaku di lapan kerusi negeri
berkenaan pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkeyakinan DAP
boleh muncul sebagai pemenang.
“Kami akan melakukan segala persiapan diperlukan bagi membolehkan kami
bertanding di kerusi-kerusi berkenaan, bermula dengan Taman Templer.
“Sebagai langkah pertama, kami sudah melantik Edry Faizal (aktivis DAP
Selangor) sebagai penyelaras yang akan membuka jalan bagi membolehkan
DAP bertanding di situ,”kata Pua
Apabila ditanya sama ada ini akan menegangkan lagi hubungan DAP dan
bekas sekutunya itu, Pua berkata, PAS sendiri sudah beberapa kali
menyatakan ia mahu bertanding di kerusi yang dipertandingkan oleh DAP.
“Kami percaya kami mempunyai pengaruh besar di kawasan berkenaan. Ia
boleh ditawan, maka ia tidak akan menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan
di Selangor,” tambahnya.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad
mengingatkan DAP bahawa tindakan mereka itu hanya akan menguntungkan
musuh politik bersama.
“Jika berlaku perpecahan undi yang untung adalah Umno-BN. Bagaimanapun kami dah tahu strategi mereka (DAP).
“Kami telah terima laporan tentang perpindahan pengundi ke DUN PAS.
Tetapi kami tetap yakin akan dapat pertahankan kerusi-kerusi kami,” kata
Iskandar yang juga ADUN Chempaka ketika dihubungimedia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment