Wednesday, November 23, 2011

“Kepala paip” di Kelantan harus ditukar..


Siapa yang tidak tahu tentang masalah bekalan air bersih di Kelantan? Rasanya semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan kemelut yang dihadapi oleh masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut yang sudah berlanjutan sejak sekian lama. Namun apa yang dikesalkan, masih belum ada penyelesaian tentang masalah tersebut.


Dua tiga hari lepas, akhbar nombor satu negara iaitu Utusan Malaysia telah membuat laporan tentang isu air di Kelantan. Kasihan juga apabila memikirkan masyarakat Kelantan terpinggir dari menikmati bekalan asas yang sempurna dibawah pentadbiran PAS, namun apa boleh buat.., itulah yang mereka pilih selama ini.


Dan pastinya segala apa yang dilaporkan mengenai air tercemar di Kelantan oleh Utusan Malaysia itu tak akan dibaca oleh totok-totok PAS Kelantan dan juga penyokong taksub PAS di seluruh negara. Bagi mereka, Utusan hanya tahu melaporkan fitnah, yang tak fitnah hanyalah Harakah dan MalaysiaKini sahaja.


Tetapi, logikkah akhbar milik parti seperti Harakah dan juga portal upahan pembangkang seperti MalaysiaKini mahu melondehkan ketidak adilan didalam kumpulan mereka sendiri? Dan tak perlulah mengharapkan media pembangkang tersebut melaporkan isu air Kelantan ini kerana mereka telah dibayar untuk tutup mulut dan mata.


Padahal, hakikat sebenar mengenai kelemahan serta kecuaian Nik Aziz didalam memberikan kemudahan asas seperti air bersih itu bukan lagi satu rahsia. Jika Utusan tak melaporkannya didalam akhbar mereka, penduduk Malaysia sendiri tahu realiti tersebut apabila mereka berkunjung ke Kelantan. Tak ada apa lagi yang hendak disembunyikan sebenarnya.


Rakyat Kelantan telah lebih 20 tahun dimomokkan dengan ungkapan “terima apa yang diberi seadanya..” oleh pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Barang siapa yang ingkar dengan ketentuan tersebut, maka dia bolehlah dianggap kufur terhadap apa yang dikurniakan kepadanya oleh kepimpinan utama Kelantan iaitu Nik Aziz.


Ulama junjungan PAS itu lah yang menentukan segalanya sama ada rakyat Kelantan boleh minum air bersih, atau hanya sekadar menghirup air kekuningan akibat ketololan pentadbiran kerajaan negeri. Alasan yang paling popular, redha itu menjadi syarat utama didalam menentukan kesetiaan kepada parti.


Yang paling menarik, penyokong-penyokong tegar PAS di Kelantan pula disarankan untuk meminta bantuan Allah diatas segala permasalahan hidup. Penyokong PAS Kelantan diajar bahawa semuanya akan selesai apabila bantuan dari langit tiba..


Sebab itulah pemimpin PAS sering menyeru penyokong mereka didalam setiap ceramah supaya memperbanyakkan doa serta derma bagi menyelesaikan sebarang kemelut yang timbul. Jika air yang tercemar, hanya doa saja cukup untuk menukarkan air tersebut jadi bersih mengikut kepercayaan penganut-penganut agama PAS.


Yang pengikut PAS Kelantan lupa ialah, jika kepala paip kotor serta tersumbat, doa saja tak mampu untuk menjadikan kepala paip tersebut bersih dan berfungsi sepenuhnya. Kepala paip tersebut perlu “ditukar” dengan yang baru bagi menjamin kualiti air serta kebersihannya.


Rakyat di negeri lain hanya boleh memberikan simpati, tetapi rakyat Kelantan sendiri perlu memilih sama ada masih mahu menggunakan kepala paip usang serta uzur, atau menukarkannya dengan kepala paip baru di Piliharaya umum akan datang. Apa yang pasti, doa saja tak cukup.., usaha itu lebih utama.



Dipetik daripada : www. mykmu. net

Nurseri: Janji Lama Belum Tunai, Sudah Buat Janji Baru


Maaflah kalau penulis terlambat membincangkan perincian dalam Belanjawan Selangor 2012 ini. Sibuk sangat dengan hal lembu PKR 3 serangkai dalam isu NFC, sampaikan hal begini penting hampir terlepas pandang.


Tapi takpelah, kata orang biar lambat jangan takde langsung. Isunya yang penulis nak ketengahkan ialah janji baru vs janji lama.


Pakatan Rakyat Selangor dalam pembentangan belanjawan negeri untuk 2012 beberapa hari lepas telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 3 juta sebagai bantuan anak ke Nurseri yang akan dijalankan pada tahun 2012. Sehingga artikel ini ditulis, perincian tentang bantuan tersebut masih lagi belum diumumkan kepada rakyat, yang ada hanya angkanya saja.


Menariknya, dengan janji lama belum ditunaikan, Pakatan Selangor bercakap tentang janji baru pulak – bantuan Nurseri. Persoalan yang bermain di minda semua orang ialah, dengan peratusan ibu bapa bekerja yang tinggi di Selangor, agak-agaknya RM 3 juta tu cukup ke nak menampung? Sekarang ini, bayaran penjagaan anak bukan murah, kalau bayi tu boleh cecah RM 500 sebulan!!!


Agaknya berapa bantuan yang nak diberikan tu, RM 50, RM 70 atau RM 100 untuk setiap isi rumah?


Penulis tidak mencemuh, jauh lagi nak pandang rendah keupayaan membayar, sebagai kerajaan negeri, Pakatan Rakyat memang ada segala sumber duit rakyat untuk menjelaskan jumlah yang dibentang dalam belanjawan. Kalau nak bayar blogger Pakatan Rakyat Selangor boleh peruntuk RM10 juta, apalah sangat RM 3 juta untuk bantuan nurseri.


Tapi yang lebih penting ialah janji-janji lama dilaksanakan terlebih dahulu, baru boleh gebang janji baru.


Penulis cuma nak ingatkan Pakatan Selangor bahawa ada baki janji pilihanraya lepas yang masih belum ditunaikan pihak Pakatan sehinggalah ke hari ini. Banyak pulak tu, bukan sikit.


Kalau baki 29 dari 290 takpa, ini baki 29 dari 30 tau!!!


Cakap pasal janji ni, dulu ada kerisauan sesetengah pihak bahawa BN/UMNO akan menghadapi masalah kalau Pakatan menunaikan keseluruhan janji-janji mereka seperti termaktub dalam manifesto Barisan Alternatif 2008. Kalau betul dia laksana, memang penulis akui, BN akan hadapi masalah untuk counter sebab benda dah beri bukan senang/boleh ditarik balik.


Tapi nampaknya kebimbangan penulis itu tidak berasas, jelas Pakatan Selangor tidak ada keupayaan kewangan untuk melaksanakan semua janji-janji tersebut. Cakap sebelum dapat memang gah, bila kuasa dah dalam tangan baru tau langit ni tinggi ke rendah ya.


Ramai dulu kagum dengan pembangkang, macam mana dia boleh janji nak beri macam-macam dengan tidak ada langsung maklumat kewangan terperinci kerajaan yang nak diambil alih. Tapi penjelasan pemimpin pembangkang juga menarik, dia kata akan tunaikan apa segala yang dia janjikan melalui pentadbiran yang tulus mulus dan bebas penyelewengan.


Seolahnya hari ini BN banyak sangat penyelewengan lah tu.


Jadi hari ini kita ‘beri’ balik kepada mereka. Apakah kegagalan melaksanakan janji-janji pilihanraya dulu kerana kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat korup dan banyak penyelewengan? Toksah cerita berapa kes dimahkamah dan SPRMlah, yang hak tuduh dulu pun takdak apa kes mahkamah pun.


Setakat yang kita nampak dalam beberapa hal seperti Skandal PKNS dan Yayasan Selangor, unsur-unsur itu memang ada, nak lebih lagi, biarlah pihak berwajib saja yang menentukan.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

SMBJ (14): Awas Kakitangan Perkhidmatan Kesihatan, Buku Jingga Mahu Auta

Janji Buku Jingga
Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.


Ulasan
Siapa pun tidak boleh pastikan apakah yang dimaksudkan oleh Buku Jingga Pakatan mengenai skim ganjaran ini. Janji tanpa perincian ini menunjukkan mereka tidak mempunyai sebarang idea untujk dilaksanakan.


Sebaliknya Barisan Nasional melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan pelbagai elaun dalam proses penambahbaikan kakitangan perubatan di hospital kerajaan. Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM750. Turut dinaikkan Kadar Bayaran Insentif Pakar, termasuk Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam (BIPKA) dan Bayaran Insentif Pengarah Hospital (BIPH).


Bagi kakitangan yang bertugas selepas waktu pejabat, disediakan Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat pada kadar RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan manakala Bayaran Insentif Khas (pembedahan Elektif) pada kadar RM200 sejam kepada pakar dan RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan.


Apa lagi yang buku Jingga mahu janjikan? Bulan dan Bintang?


http://www.debatbukujingga.com/

Akta Perhimpunan Aman: Model Terbaik Kawal Lembu Jalanan


Penulis lihat majoriti kalau bukan semua pemimpin pakatan haram pembangkang yang mengutuk dan mengeji rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen semalam.


Sedikit yang diketahui ramai, akta ini diasaskan dari akta sama yang digunakan negara Belgium yang diiktiraf sebagai terbaik di dunia.


Sebab itu kita takde dengar Belgium menghadapi masalah demonstrasi merosakkan seperti mana yang berlaku di Britain baru-baru ini. Di Malaysia pula, kecekapan polis saja yang menjadi sempadan antara aman dan kacau bilau.


Dari pembacaan hari ini, penulis simpulkan bahawa pakatan haram pembangkang bukan sangat nak berdemo dengan aman, mereka mahu berdemo dan buat kacau bilau. Sebab itu depa tak mahu menyokong akta terbaru ini sebab akta ini akan menghalang depa buat kacau di atas jalan.


Penulis nak memetik sikit tulisan Hishamuddin Rais, katanya “Keadilan dilahir, dikandung dan dibidankan di atas jalan raya”, Hishamuddin tulis itu bagi mengulas Kongres Nasional PKR tapi penulis nak tunjukkan tauladan bahawa politik jalanan adalah sebahagian dari darah dan daging pembangkang terutama PKR dan PAS.


Nasib baik Kongres Nasional tak diadakan ditengah jalan, kalau tidak……


Dengan begitu penting politik jalanan kepada pembangkang, sudah tentulah depa akan menolak rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman ini, bukan sebab Akta itu tidak baik tapi sebab akta itu nanti bakal menghalang mereka dari berdemo seperti lembu di atas jalan. Kalau berhimpun dalam stadum, tak cool lah, jalan tak jem, tak kena sembur air asid, tak boleh main kejar-kejar dan sebagainya.


Sedangkan adegan-adegan itu semua penting untuk dirakam lensa kamera, boleh guna nak buruk-burukkan negara sendiri bertahun-tahun lamanya.


Disamping kefahaman bahawa menjadi pembangkang bermaksud, bangkang selagi boleh. Tapi yang lebihnya dalam hal Akta Perhimpunan Aman ini ialah sebab pembangkang dihalang dari menggunakan jalan raya sebagai tempat berhimpun, mana boleh itu macam!!


Sama macam Lynas jugalah, semua dah diterangkan, dah didebatkan, tapi kenapa ia masih menjadi isu? Sebab bukan puak-puak ini pentingkan keselamatan rakyat yang konon terjejas dek ‘radiasi’ yang dilepaskan kilang Lynas, tapi sebab kerajaan BN bawa masuk pelaburan lebih RM 1 billion dan wujudkan beratus peluang pekerjaan.


Konsep yang sama juga pembangkang aplikasikan dalam hal penolakan kepada Akta Perhimpunan Aman ini.


Hanipa Maidin dilapurkan dalam haramkahjadah daily yang Pakatan akan membawa akta ini ke Mahkamah kerana katanya berlawanan dengan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia. Seperti biasa, depa hanya ambik separuh saja Artikel 1o itu, bab yang separuh (Artikel 10(2)) lagi dimana Parlimen boleh menggunakan undang-undang untuk menyekat hak berhimpun yang diberikan dalam Artikel 10(1), tidak disebut.


Disebutkan juga dalam entri yang sama bahawa Akta ini “akan mempercepatkan ajal BN”. Pergh, macam penting je kan tapi kenapa pula nak dibawa ke mahakamh, biarkan sajalah kalau Akta itu mampu ‘mempercepatkan ajal BN”‘


Apa harapan penulis? Harapan penulis ialah supaya rakyat dapat memberi penilaian yang tepat tentang Akta Perhimpunan Aman ini. Tujuan kerajaan ialah untuk mengelakkan masalah kepada keharmonian dan keselesaan rakyat sebab itu akta ini menghalang perhimpunan diadakan berdekatan sekolah, stesen janakuasa dan sebagainya.


Sebab kalau terjadi malapetaka, yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan ialah kerajaan memerintah. Jadi penting untuk kerajaan bertindak awal daripada menunggu malapetaka berlaku baru masa tu nak bergerak.


Masa Perhimpunan haram 9 Julai dulu orang mati sakit jantung, siapa yang disalahkan? Kerajaan jugak. Orang ambik kesempatan pura-pura mati, siapa yang dapat imej buruk? Kerajaan jugak. Puak-puak ni tau buat kacau dan berlakon mati saja, orang lain yang terpaksa menjawab baginya.


Jadi penting untuk kerajaan melindungi imej negara ini dan keselamatan rakyat dengan pengenalan Akta Perhimpunan Aman ini.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Surau di Selangor pula mahu dirobohkan oleh puak kafir..


Nampaknya kuasa serta pengaruh politik telah menyebabkan kaum kiasu DAP semakin berani melakukan apa saja terhadap umat Islam. Di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka, sudah banyak perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti Islam terjadi akibat dari sikap kurang ajar mereka yang tak tahu menghormati perasaan bangsa majoriti dalam negara.


Sebelum ini, kita melihat sendiri bagaimana DAP di Pulau Pinang cuba menghalang perarakan Maulidur Rasul. Kemudiannya sekali lagi kroni-kroni DAP di negeri itu cuba menimbulkan ketegangan dengan menghapuskan bacaan Tahrim sebelum azan subuh dengan alasan ia menggangu kaum lain yang sedang tidur.


Tetapi mujurlah diatas bantahan serta kecaman yang dilakukan oleh umat Islam, DAP serta kroni-kroninya di Pulau Pinang tak mampu meneruskan hajat mereka walaupun ada segelintir orang Islam penyokong Pakatan sendiri cuba untuk menegakkan benang yang basah.


Kini terjadi pula peristiwa yang hampir sama di Selangor. Maruah serta hak umat Islam untuk beribadat cuba dihalang apabila MPSJ dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan mahu merobohkan surau yang dibina oleh penduduk setempat dengan wang hasil kutipan kariah mereka sendiri.


Perkara ini tentunya tak dapat kita bayangkan terjadi sebelum ini didalam negara dimana Islam menjadi agama rasminya. Namun, apa yang selama ini kita sangka hanya boleh terjadi didalam mimpi, kini benar-benar telah wujud secara realiti hasil dari percampuran pemerintahan kerajaan negeri dengan kaum kafir yang memusuhi Islam.


Cuba bayangkan betapa sayu dan sedihnya penduduk-penduduk beragama Islam yang menetap di Rumah Pangsa kos rendah Indah Court Jalan PJS11/7a, apabila surau yang mereka dirikan dari hasil kutipan derma sesama mereka mahu dirobohkan dengan alasan pembangunan.


Dan lebih menjengkelkan, pihak pemaju mahu menggantikan surau tersebut dengan pembinaan surau di bangunan tempat letak kereta sahaja! Apakah tempat beribadat umat Islam kini hanya layak ditempatkan bersamaan dengan bangunan untuk meletakkan kenderaan awam?


Dari satu segi, cuba bayangkan jika yang bakal dirobohkan itu adalah kuil, tokong ataupun gereja bagi kaum kafir.. Pastinya ia akan menimbulkan kekecohan akibat dari salakan semua wakil-wakil DAP serta Pakatan yang ada di dalam negara. Bermacam-macamlah dakwaan yang timbul kononnya kerajaan melakukan diskriminasi kaum serta menghalang bukan Islam beribadat.


Tetapi disebabkan yang hendak dirobohkan itu adalah tempat beribadat bagi umat Islam, perkara ini seboleh-bolehnya mahu didiamkan oleh mereka. Malah, mungkin ada yang suka perkara-perkara ini terjadi sebenarnya kerana ia dapat menghakis perpaduan umat Islam melalui institusi agama.


Jadi, umat Islam seharusnya bersatu menentang segala kemungkaran yang cuba dilakukan oleh puak-puak kafirun itu semua. Jangan biarkan maruah agama di injak-injak oleh mereka secara sesuka hati. Jika bukan umat Islam sendiri yang menjadi benteng menjaga kesucian institusi agama didalam negara, siapa lagi mampu kita harapkan?


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Tony Pua mahu hanya kaum cina monopoli bidang ekonomi..


Tony Pua meneruskan pendedahan sikap perkauman melampaunya apabila mendakwa berlakunya monopoli perniagaan oleh orang-orang melayu didalam negara. Didalam satu perbincangan meja bulat GST dan Inflasi di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Tony menuduh UMNO dan BN menjadi punca harga barang meningkat.


Wakil DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini mendakwa, dasar sistem monopoli yang diamalkan pemerintahan Umno-BN, dikenal pasti sebagai antara punca harga barang tidak menentu dan semakin meningkat.


Dengan menyebut nama pemilik satu-satunya pengimport dan pengedar beras melayu, Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sebagai contoh penyumbang utama peningkatan harga barang, Tony Pua nampaknya sengaja mahu memburukkan imej ahli perniagaan melayu didalam negara.


Niat sebenar Tony Pua dan DAP didalam hal ini ialah, mereka mahukan perniagaan orang-orang melayu musnah sama sekali. Tak munasabah langsung jika difikirkan ahli perniagaan melayu seperti TS Syed Mokhtar mampu memonopoli empayar beras negara kerana beliau adalah satu-satunya wakil melayu dikalangan tauke cina-cina yang ada.


Kenapa Tony Pua hanya menyebut nama TS Syed Mokhtar? Kenapa Tony Pua tak bercerita tentang penguasaan taikun-taikun cina didalam barangan keperluan lain di Malaysia? Kenapa wakil DAP ini sengaja mahu kaitkan ahli perniagaan melayu didalam kenaikan harga barangan dalam negara?


Kenapa cina DAP sangat benci kepada ahli perniagaan melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ini? Selain dari beliau adalah merupakan ahli perniagaan melayu yang amat berjaya di Malaysia, Syed Mokhtar juga merupakan pemilik Yayasan Al Bukhary yang selama berbelas tahun menyumbangkan dana kepada pembangunan modal insan umat Islam di Malaysia.


Sedikit maklumat ringkas mengenai Yayasan Al Bukhary yang patut semua bangsa melayu tahu, Yayasan Al Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.


Yayasan ini mensasarkan untuk menggalakkan persaudaraan sesama Islam melalui kerja-kerja kebajikan serta penyaluran dana kepada masyarakat Islam dari setiap syarikat yang Syed Mokhtar mempunyai kepentingan didalamnya.


Yang paling menarik ialah, Yayasan Al Bukhary secara bersendirian sehingga kini telahpun mendirikan sebanyak 12 buah masjid di seluruh negara. Ini menunjukkan ahli perniagaan melayu seperti Syed Mokhtar bukan sahaja memikirkan tentang keuntungan, tetapi beliau juga memikirkan sumbangannya terhadap kemajuan anak bangsa dan juga negara.


Jadi, tindakan wakil DAP yang terkenal dengan sikap kiasu perkauman melampau seperti Tony Pua itu memang amat mudah untuk diramalkan. Dia sengaja mahu memburuk-burukkan orang-orang melayu yang berjaya didalam bidang ekonomi agar hanya kaum cina sahaja yang memonopoli bidang tersebut.


Bukannya rakyat tak tahu, selama inipun hanya kaum cina sahaja yang mengawal setiap barangan keperluan. Tanyalah rata-rata rakyat Malaysia di peringkat bawahan tentang siapa yang menguasai perniagaan.., tentu jawapannya adalah kaum cina.


Dan apabila kerajaan sejak 10 tahun lalu menekankan penguasaan perniagaan dikalangan bangsa melayu serta bumiputera, kaum-kaum kiasu seperti Tony Pua mula terasa kepanasan. Peningkatan bilangan ahli-ahli perniagan melayu serta usahawan-usahawan bumiputera didalam negara kini mula merimaskan mereka.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Telur Pemuda PAS Hilang Malam Ini..


Sedang saya menulis artikel ini, berkemungkinan konsert Elton John yang berlangsung di Arena of Stars di Genting Highlands sedang berada di kemuncaknya. Mungkin Elto John sedang menyanyikan laginya yang paling hits untuk para penonton di puncak Genting Highlands itu.


Sebagaimana kita tahu, Elton John merupakan seorang gay yang aktif dan tidak malu untuk mengaku dirinya mengamalkan aktiviti songsang itu. Kehadirannya di negara ini menjadi satu kontroversi apabila pelbagai pihak membantah penganjuran konsert yang menampilkan artis yang terlibat dengan LGBT.


Antara yang paling kuat “berbunyi” ialah Dewan Pemuda PAS. Bukan saja berbunyi, Dewan Pemuda PAS Pahang misalnya telah menganjurkan demonstrasi khas bagi membantah konsert tersebut atas alasan bahawa Elton John adalah “Raja Gay” dunia.


Bukan saja memaki hamun, Dewan Pemuda PAS turut mengoyak, memijak, meludah dan bertindak membakar “Elton John” ketika demonstrasi itu. Tapi mereka hanya bertindak pada gambarnya sajalah…


Memandangkan protes melampau dan kemarahan yang meletop-letop terhadap Elton John dan penganjur konsert itu, saya sangat tertunggu-tunggu tarikh hari ini untuk menyaksikan “kehebatan”, “kegarangan” dan “kebengisan” Dewan Pemuda PAS…


Malangnya, setelah berhubung dengan salah seorang rakan media yang bertugas di konsert tersebut, dia memberitahu bahawa konsert tersebut berlangsung dengan lancar, aman dan tenteram, sama ada sebelum konsert berlangsung sehinggalah ketika dia memberitahu keadaan di sana kepada saya sekitar jam 11.30 malam tadi.


Justeru, itu jelas sekali bahawa Dewan Pemuda PAS hanya beretorik, tidak serius, tidak konsisten dan hanya berpura-pura membantah konsert Elton John itu. Jika tidak, sudah tentu mereka sudah panjat Genting Highlands untuk sekurang-kurangnya berdemo membantah konsert tersebut.


Nak tahu apa alasan puak-puak Pemuda Buih Pepsi Cola itu? Katanya, mereka “sebok dengan persiapan pilihanraya umum”..!!!


Apa ke bongoknya jawapan seperti itu diberikan dari seorang Ketua Pemuda PAS Negeri? Perdana Menteri belum umum pun pembubaran Parlimen, nak buat persiapan apanya? Menipu sangatlah alasan begitu tu…


Pelik betul. Dengan gambar, mereka cukup berani memaki hamun, memijak, mengoyak, meludah dan membakar. Tapi bila tuan punya badan tiba, seekor pun tak nampak batang hidung. Semuanya menikus di bawah ketika ibu masing-masing. Ini Dewan Pemuda PAS atau Dewan Pemudi PAS? Taknak tukar jantina ke?


Atau Dewan Pemuda PAS sudah “dibayar” oleh “Raja Biseksual Negara” untuk tidak membuat kacau kepada “sahabat gay”nya itu? Berapa yang dibayar? Atau Dewan Pemuda PAS buat begitu kerana taksub pada “Raja Biseksual Tempatan” itu? Tak perlulah saya beritahu siapa “Raja Biseksual” tersebut. Tanya budak tadika PASTI pun tahu siapa dia!


Justeru itu, ingin saya tegaskan disini bahawa Dewan Pemuda PAS hanyalah segerombolan lelaki tidak bertelur, yang hanya sekadar mencari publisiti murahan dan mahu tunjuk jaguh dihadapan orang ramai, tidak lebih dari itu. Semuanya sekadar retorik untuk kuasa politik dan kepentingan diri sendiri.


Kalau benar-benar anak lelaki berdarah Melayu dan beragama Islam, sila minta jam OMEGA dari “Raja Biseksual Negara” tu…


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Media Baru & Golongan Muda: Idris Ahmad mula mengeletar…


Takut dengan kebangkitan Barisan Nasional, khususnya UMNO, yang kian mendapat sambutan dari golongan anak muda di negara ini, PAS rasa tercabar untuk memanggil bekas Ketua Penerangannya yang diturunkan pangkat, Idris Ahmad, untuk meredakan ketakutan mereka.


Dalam kenyataan Idris Ahmad di Haramkah Daily, dia cuba menyifatkan jaringan media baru dan golongan muda di negara ini kononnya merupakan satu ancaman bagi BN dan UMNO. Dia cuba memberikan contoh bilangan tukang komen di Malaysiakini yang kononnya di dalam 100 orang, hanya 5 saja menyokong BN manakala bakinya menyokong Pakatan Haram.


Justeru itu, dia menyimpulkan seolah-olah media baru dan golongan muda yang lebih gemar melayari internet majoritinya adalah penyokong Pakatan Haram. Dia membuat kenyataan itu selepas membaca laporan mengenai Konvesyen Media Sosial 1Malaysia yang diadakan di PWTC, baru-baru ini.


Beginilah. Dahulu, ketika di zaman reformasi 1998, medium internet yang masih baru di negara ini menjadi medan puak-puak Pakatan Haram menghentam kerajaan dan menyebarkan fitnah memburuk-burukkan kerajaan. Ketika itu, diakui bahawa tidak banyak laman-lama blog, portal, atau yahoo.group yang menyokong kerajaan dan berperang menerusi ruang maya internet.


MyKMU.net yang ketika itu lebih dikenali sebagai KMU adalah antara sekumpulan pejuang maya yang ditubuhkan oleh beberapa rakan bagi berperang di alam siber. Sehingga kini, MyKMU membuktikan kekuatannya sebagai sebuah laman portal yang mampu kekal hebat selama tempoh 12 tahun, hingga kini.


Bagaimanapun, pada PRU 10 pada tahun 1999, kekuatan BN agak tergugat. Itupun mungkin dipengaruhi oleh insiden “mata lebam”. Namun, semuanya telah diselesaikan dengan baik oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan dalam keadaan BN dan UMNO selesa dan kuat, kepada seorang lagu bekas PM, iaitu Pak Lah.


Kemudian, Pak Lah tertipu dengan kemenangan BN pada PRU ke-10 apabila meraih kemenangan besar pada tahun 2004. Dia tidak sedar bahawa kemenangan itu bukanlah disebabkan diri dan kepimpinannya, namun kemenangan itu lebih kepada kekuatan UMNO-BN yang ditinggalkan oleh Tun M.


Memandang rendah kepada keupayaan media baru dan kewujudan blog-blog politik termasuk pentadbiran Pak Lah yang lemah, BN dilanda “tsunami” di mana PRU ke-12 menyaksikan parti-parti yang membentuk kerajaan tewas teruk.


Namun kini, dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak kelemahan-kelemahan ini telah diperbaiki dan diperkasakan. Hasilnya, menurut analisa top ranking blogger yang dibuat, blog-blog dan portal-portal pro-kerajaan menjuarai carta tersebut. MyKMU.net juga tersenarai sebagai antara portal yang terbukti diminati pembaca.


Ramai tertanya-tanya, benarkah Malaysiakini.com begitu diminati rakyat dan golongan muda? Jawapannya adalah TIDAK. Sekiranya dianalisa tukang-tukang komen di ruangan berita Malaysiakini, kita akan dapati bahawa seorang individu yang sama sering memberi komen berulang kali.


Selain itu, dipercayai bahawa cybertroopers Pakatan Haram yang diupah turut mencipta berpuluh ID seorang dan memenuhkan laporan berita dengan komen-komen mereka. Kononnya, ramailah yang menyokong mereka di Malaysiakini! Padahal, ianya hanyalah “fake identity”…


Baru-baru ini, saya ada mendapat tahu ada sebuah laman portal pro-Kerajaan yang baru ditubuhkan pada pertengahan tahun ini. Dikhabarkan bahawa popularitinya begitu hebat dan mendapat sambutan hangat dikalangan pembaca, khususnya golongan muda yang berumur antara 15 hingga 35 tahun. Khabarnya, laman berita itu ditubuhkan sebagai “seteru utama” Malaysiakini.


Menurut sumber saya lagi, dianggarkan seramai 60,000 hingga 70,000 unik visitor melawat laman berita itu setiap hari. Laman itu telah berjaya memotong ranking banyak media internet lain seperti MStar, MalaysianDigest dan lain-lain portal yang sudah lama ditubuhkan. Sehingga kini, laman berita pro-kerajaan itu berada di kedudukan 90 ranking alexa di Malaysia dan di dalam misi mengejar Harakah Daily pada kedudukan ranking 78.


Meskipun baru ditubuhkan dalam usia setahun jagung, laman web itu berjaya membuktikan kewujudannya sangat menarik perhatian pembaca dan kesempatan ini pastinya akan digunaka sepenuhnya untuk membetulkan fikiran golongan muda yang semakin terpesong melalui agenda pembangkang, khususnya Malaysiakini. Bagaimanapun, nama laman web tersebut tidak dapat dinyatakan di sini atas sebab tertentu.


Pokoknya, BN kini telah membuktikan keupayaan mereka untuk menguasai media internet dan semakin mendapat perhatian ramai. Rakyat sudah ramai yang celik setelah pejuang-pejuang pro UMNO -BN mendedahkan kebenaran di sebalik pembohongan pembangkang dan menyerang mereka bertubi-tubi tanpa membenarkan mereka berhenti mengatur nafas sekali pun!


Perkara inilah yang paling ditakuti oleh PAS, PKR dan DAP. Mereka tahu bahawa alat propaganda mereka yang banyak membantu kemenangan mereka pada tahun 1999 dan 2008 sedang menjunam jatuh. Pembohongan dan fitnah yang mereka lakukan semakin terbongkar. Setiap hari mereka diserang dengan pelbagai isu yang menjelaskan kejijikan mereka sebagai komponen parti yang paling jahat, tidak bermoral dan busuk niatnya.


Justeru itu, tak payahlah Idris Ahmad cuba menegakkan benang yang basah dalam hal ini. Sememangnya media baru dan golongan muda semakin jelek dan jijik dengan Pakatan Haram dan mereka sudah semakin beralih sokongan kepada UMNO-BN. Harap Idris Ahmad boleh terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka.


Kalau fitnah dan tembelang Pakatan Haram sudah terbongkar di saluran media yang menjadi modus operandi utama penyebaran maklumat palsu mereka itu sudah tenggelam. Bayangkanlah kesannya kepada golongan muda di zaman ini…


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Mubarak Dah Undur, Mesir Masih Bergolak, Why?


Dari malam semalam hingga sekarang, cerita kejayaan skuad muda negara merangkul pingat Emas bolasepak Sukan SEA masih berpanjangan. Penulis nak kacau kong tengah-tengah pun fikir beberapa kali takut tak pasal dibelasah.


Apa nak dicakap lagi? Semua ayat penghargaan, pujian yang ada dalam kamus bahasa kita sudah digunakan kepada wira-wira muda kita.


Dengan itu, izinkan penulis mengalihkan sedikit perhatian daripada kegembiraan berpanjangan dengan keadaan yang berlaku di Mesir. Dilaporkan seramai 20 orang terbunuh dalam keganasan terbaru rakyat Mesir di Medan Tahrir semalam.


Dulu berhimpun dan terbunuh sebab mengharapkan Mubarak turun, sekarang Mubarak dah turun malah dihadapkan ke mahkamah, Mesir masih lagi bergolak dan terus menumpahkan darah rakyatnya.


Soalan penulis kenapa ini masih berlaku? Kita jangan lupa, barisan lembu yang memimpin Pakatan haram pembangkang ini adalah penyokong kuat demonstrasi besar-besaran di Medan Tahrir dulu, malah bukan saja menyokong, mereka menjadikan perhimpunan tersebut sebagai contoh untuk mengadakan perhimpunan sama di jalan-jalan Kuala Lumpur pula.


Cuma yang di Mesir itu penuh, yang di Malaysia ini tak berapa nak penuh.


Syukur rakyat Malaysia majoritinya tidak termakan dengan dakyah pakatan haram pembangkang yang mahu menurunkan kerajaan menggunakan cara keganasan jalanan. Sebab kalau itu berlaku, nescaya negara kita tidak akan kekal aman seperti mana yang berlaku kepada Mesir hari ini.


Mubarak dah jatuh tertiarap pun negara tersebut masih tidak aman. Pakatan haram pembangkang dan portal berita peliharaannya tidak akan memberi publisiti besar-besaran kepada demo terbaru di Mesir ini kerana itu akan hanya menunjukkan mereka salah dan kita betul.


Apa yang berlaku di Mesir juga menunjukkan suatu yang nyata, perhimpunan jalanan bukan jawapan kepada kedamaian. Mereka-mereka yang taksub kepada berhimpun di jalan menuntut perubahan adalah pihak yang salah dan patut ditolak, dibuang ke laut kalau perlu.


Kerajaan BN dan polis bertindak betul apabila menghalang perhimpunan Bersih 2.0 di Malaysia kerana kita sangat pasti bahawa keganasan yang bakal tercetus tidak akan berhenti tapi akan berterusan, tidak pedulilah siapa pun yang turun dan siapa pun yang ambil alih. Lebih lagi bila perhimpunan tersebut dipimpin orang sama yang menyokong golongan gay dan lesbian hari ini.


Kalau nak mengubah kerajaan atau pemimpin, tempat yang paling sesuai ialah di peti undi. Ini nak diadakan pilihanraya diugut untuk diadakan demo pula. Sudahlah tu, beberapa kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan takut untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya umum dan negeri diadakan serentak.


Jadi sementara belum terlambat, tetapkanlah pendirian itu agar tidak tersalah buat pilihan. Jangan dipilih bulan yang tak berapa nak terang, roket yang tak boleh terbang, atau lambang pungkoq yang ditengahnya berlubang, pilihlah BN, rakyat selamat, negara hebat!!!



Dipetik daripada : www. mykmu. net

Quote of The Year


They don’t respect you, they don’t respect our flag, they don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.” – Ong Kim Swee