Tuesday, May 22, 2012

Seminar Transformasi JKKK DUN Rantau



15 Mei 2012, Port Dickson : Satu program Seminar Transformasi Memperkasakan JKKK DUN Rantau telah diadakan bertempat di Klana Resort, Port Dickson. Program Seminar 3 hari ini telah melibatkan kesemua JKKK di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Program ini dijalankan hasil kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Sembilan, Pejabat Penerangan Daerah Seremban dan juga Biro Tatanegara (BTN) Cawangan Negeri Sembilan.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di antara penceramah yang telah diundang termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Keperluan Kemenangan Undi Majoriti Untuk Kestabilan Politik". Beliau menyampaikan ceramah pada 15 Mei 2012 mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 6.00 petang.

Dengan ini EDITOR mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah buat penganjur di atas kejayaan menganjurkan program seperti ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Padanlah Kalah Kes Liwat Ketua Pendakwaraya Ada Kawtim Dengan Anwar?


May 22, 2012 
yusof


TAK tahulah apa strategi Anwar pakai apabila melantik bekas ketua pendakwaan kes liwatnya , Datuk Yusof Zainal Abidin sebagai peguam yang mewakilinya dalam kes Bersih ini.

Pada yang tak tahu, ini kali kedua Anwar buat tindakan hampir serupa, kali pertama dengan melantik Karpal Singh sebagai peguam bela dalam kes liwat sama, walhal Karpal Singh jugalah yang mula-mula menuduhnya sebagai peliwat pada 1997.

Memang perjalanan kes liwat antara Anwar dengan Saiful Bukhari ini semacam ada tidak kena dari mula.  Nampak macam ada kelemahan ketara di pihak pendakwaan bila tidak langsung membantah puluhan penangguhan yang dipohon oleh Anwar.

Sehingga menyebabkan kes mudah macam ini pun berlarutan hampir 3 tahun.

Sepanjang masa itulah, berkoyan-koyan, kalau tak bertan-tan sumpah seranah macai Pakatan haram dilempar kepada Yusof yang mengetuai pendakwaan Anwar ketika itu, tapi penyudahnya orang itu jugaklah diambil Anwar untuk mewakilinya dalam kes Bersih ini.  Macam dah takde peguam lain ya.

Apa jadi dengan macai yang disebutkan di atas?  Korang berlumba-lumbalah jilat balik ludah yang dulu di halakan kepada Yusof.  Jangan salahkan orang lain, salahkan Anwar dan diri sendiri kerana menyokong Anwar.

Penulis rasa, Peguam Negara wajib bagi penjelasan dalam hal ini.  Adakah ketirisan berlaku di pihak pendakwaan sepanjang kes Anwar berjalan, dilihat dari pendirian yang diambil Yusof sekarang dengan membela Anwar pula.

Kalau ada ketirisan, pastikan sama ada wujud sogokan atau wang yang terlibat.  Sekarang ni sudah semacam ada trend di Malaysia ini, etika dan profesionalisme tidak dipedulikan demi kepentingan politik kepartian.  Dan Anwar memang diketahui punya sumber yang hampir tidak terbatas untuk merealisasikan perkara tersebut.

Dalam kes NFC saja cukup.  Kerani bank pun diperalatkan untuk menyampaikan dokumen sulit akaun pelanggan kepada PKR dan kemudiannya dijadikan isu politik yang tidak berkesudahan.
Dan kini peguam dan  Jabatan Peguam Negara pula.

Dipetik daripada : www. mykmu. net