Tuesday, May 22, 2012
Seminar Transformasi JKKK DUN Rantau
15 Mei 2012, Port Dickson : Satu program Seminar
Transformasi Memperkasakan JKKK DUN Rantau
telah diadakan bertempat di Klana Resort,
Port Dickson. Program Seminar 3 hari ini
telah melibatkan kesemua JKKK di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Program ini dijalankan hasil kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Hal Ehwal Khas
(JASA) Negeri Sembilan, Pejabat Penerangan Daerah Seremban dan juga Biro
Tatanegara (BTN) Cawangan Negeri Sembilan.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh
YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji
Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Di antara penceramah yang telah diundang termasuklah
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia.
Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Keperluan Kemenangan Undi Majoriti Untuk Kestabilan
Politik". Beliau menyampaikan ceramah pada
15 Mei 2012 mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 6.00 petang.
Dengan ini EDITOR mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah buat penganjur di atas
kejayaan menganjurkan program seperti ini.
Berikut
dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program
tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment