Tuesday, May 22, 2012

ABIM Diperalat Anwar Untuk Hentam Utusan & Kosmo

May 20, 2012
utusan
Bongkak sungguh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) apabila menyatakan bahawa mereka tidak menjemput akhbar Utusan Malaysia atau Kosmo ke majlis yang dianjurkan mereka kerana mendakwa kedua akhbar milik UMNO itu tidak beretika.
Lebih menjengkelkan apabila NGO para belia yang mengaku mewakili “Islam” itu menjelaskan bahawa kedua akhbar itu tidak layak bercakap mengenai soal etika.
Dalam dakwaan tersebut, Presidennya, Amidi Abd Manan menegaskan bahawa kononnya Utusan dan Kosmo telah mencabul etika kewartawanan berdasarkan laporan yang bukan sahaja tidak adil bahkan memperbodohkan pembaca.
Sebagai contoh, mereka mempersoalkan kewajaran Utusan dan Kosmo yang menyiarkan dakwaan mengenai dua orang lelaki yang dikatakan mirip Anwar dan Azmin, serta terlibat dalam skandal rakaman video seks!
Namun, benarkah tuduhan ABIM itu?
Sebagaimana kita maklum, memang benar Utusan dan Kosmo ada menyiarkan gambar lelaki-lelaki yang rendah moral itu. Namun perlu diingat, Utusan dan Kosmo tidak pernah menuduh mereka berdua adalah benar-benar Anwar dan Azmin.
Hakikatnya, mereka hanya melaporkan berita mengenai lelaki yang dikatakan mirip kepada Anwar dan Azmin sahaja.
Oleh kerana mahu membuktikan laporan mereka itu benar dan lelaki-lelaki jalang itu benar-benar mirip Anwar dan Azmin, maka akhbar-akhbar itu menyiarkan gambar mereka di dada akhbar masing-masing.
Pun begitu, Utusan dan Kosmo tidak lupa untuk mengkaburkan bahagian “sulit” kedua lelaki yang mirip kepada Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden PKR itu. Mukanya dan susuk fizikalnya jelas, hanya bahagian “sulit”nya sahaja yang tidak.
Itu memang etika kewartawanan di seluruh dunia! Sila merantau dan pusing keliling dunia. Kemudian sila baca laporan-laporan akhbar media ternama. Jika ada gambar atau berita seumpamanya, sudah tentu itulah caranya mereka menyiarkan gambar “panas” itu!
Jadi, dimanakah kewajarannya ABIM menuduh Utusan Malaysia dan Kosmo tidak beretika? Atau diri mereka sendiri yang tidak beretika? Atau “Brother” Anwar yang memerintahkan “kader baru”nya bertindak begitu kepada Utusan dan Kosmo?
Sepatutnya, ABIM perlu cermin dulu diri sendiri sebelum menyatakan pihak itu beretika dan pihak ini tidak beretika. Cuba lihat dan siasat terlebih dahulu siapa “Abang Besar” mereka itu!
Sebagaimana kita tahu, Anwar memang begitu sinonim dengan ABIM. Kononnya, dialah “pengasas” ABIM. Padahal, dia rakan-rakannya yang bersusah payah tubuhkan ABIM, tiba-tiba saja dia “hijack” dan mengaku ABIM itu dia yang punya…
Bai’ah yang pernah dilakukan oleh para pemimpin ABIM terhadapnya memang bukan lagi menjadi rahsia. Malah Anwar dikatakan selalu memanggil bekas-bekas Presiden ABIM ke rumahnya untuk “beramah mesra”.
Perkara ini diceritakan sendiri oleh salah seorang bekas Presiden ABIM kepada saya dan beliau pernah menyelar Anwar secara berdepan tentang soal sokongan dan anjuran Anwar mengenai fahaman pluralisme yang menyesatkan ramai umat Islam di dunia.
Patutnya, Amidi perlu selidik tentang kebenaran mengenai Anwar. Apakah benar dia tinggalkan jam tangan OMEGA ketika “bersama” China Doll? Jika ia fitnah, mintalah Anwar tunjukkan jam tangan tersebut. Siasatlah dahulu siaran Utusan dan Kosmo sebelum menghukum media itu sebagai tidak beretika.
Apakah ini gambaran mengenai “belia Islam” pada masa akan datang? Tidak hairanlah jika Rasulullah SAW sudah berpesan tentang tanda-tanda akhir zaman di mana para pemuda Islam amat nipis Iman dan mudah diperdaya oleh janji palsu. Mungkin juga Presiden ABIM ini salah seorang darinya?
Jika benar, maka memang benarlah telahan saya bahawa yang tidak beretika di dalam isu ini ialah Amidi dan ABIM yang dipimpinnya, dan bukanlah Utusan atau Kosmo sebagaimana yang dituduh oleh “kader Anwar” itu…

Dieptik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment