May 22, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Nik Aziz - Hadi Berbalah, PAS Makin Kucar Kacir !
May 22, 2012
Nampaknya PAS sekali lagi membuktikan bahawa
parti itu tidak mencerminkan akhlak dan keperibadian Islam sebenar apabila
menipu serta tidak mempunyai pendirian yang konsisten di kalangan para
pemimpinnya.
Pada 16 Mei lalu, pemimpin tertinggi PAS
berjawatan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dengan bongkak menyatakan bahawa
bahawa parti pimpinannya itu bersedia untuk bermuzakarah dengan mana-mana pihak,
termasuk UMNO.
“Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk
dengan Umno,” katanya yang dipetik dari lidah rasmi PAS yang selalu “kantoi”
berbohong, Harakahdaily.
(Bagaimanapun, laporan berita yang melaporkan Nik Aziz berkata
sedemikian dipercayai telah “dighaibkan” dari arkib berita Harakahdaily bagi
menyembunyikan penipuan pemimpin PAS. Jika diklik pada link berkenaan, akan
keluar mesej “An Error Was Encountered”).
Namun semalam, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang
dengan selamba “menasakh mansukh”kan fatwa Mursyidul Am itu dengan menyatakan
bahawa PAS tidak akan bermuzakarah dengan UMNO dan hanya bersedia menghadapi NGO
sahaja.
“Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan
dengan Umno…” kataya yang dipetik dari sebuah lagi media pro-pembangkang,
Malaysiakini.
Mursyidul Am kata “ya”, Presiden pula berkata
“tidak”. Mana satukah yang betul dan boleh digunapakai?
Apakah kuasa dan fatwa seorang Presiden parti
adalah lebih tinggi darjatnya dan boleh membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh
seorang yang dianggap “nabi” oleh para penyokong PAS?
Sebenarnya, isu “muzakarah” ini bukanlah perkara
baru. Dah lama dahhh…! Tapi menjelang pilihanraya kali ini, PAS sengaja
membangkitkan isu tersebut. Itu pun PAS terpaksa putar belit dari kenyataan
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Tan Sri Harussani menyatakan bahawa Majlis Fatwa
Kebangsaan wajar bermuzakarah untuk membincancakn kewajaran PAS meletakkan
perkataan “Islam” pada nama partinya dan mencadangkan agar ia dibuang dari terus
memanipulasi minda ummah.
Menurut Mufti Perak itu, PAS sudah menyeleweng
jauh dari matlamat dan dasar undang-undang tubuh parti itu setelah bersekutu
dengan DAP dan PKR demi mengejar kuasa politik. Tak disebut langsung nama
UMNO.
Tapi tiba-tiba pula Nik Aziz menjawab dan
mengaitkannya dengan muzakarah dengan UMNO! Nampak sangat Menteri Besar Kelantan
ini celaru, keliru dan haru biru mahu sangat bermuzakarah dengan UMNO.
Maklumlah…para penyokongnya ramai yang sudah lari tinggalkan PAS!
Presiden PAS yang melihat kenyataan Nik Aziz yang
difahamkan sudah “nyanyuk” itu, terpaksa “cover line” dan berpura-pura jual
mahal! Kononnya, muzakarah dengan UMNO sudah mati! Betul ke sudah mati atau
dalam hati sudah menyesal bersekutu dengan DAP dan PKR?
Sebetulnya PAS kini berada di dalam keadaan
huru-hara yang amat dahsyat! Kepimpinan utamanya di peringkat pusat dikatakan
pergolak teruk akibat percaturan luar dari golongan “Anwarinas”.
Manakala di peringkat negeri pula, para pemimpin
PAS mula bercakaran dan tikam menikam ekoran berebut mahu menjadi calon PRU
ke-13 nanti.
Di Kedah, hubungan Azizan – Phahrolazi dan
konco-konconya tidak dapat diselamatkan lagi, manakala di Kelantan, para
pemimpin di negeri itu sedang beriya-iya mengharapkan agar Nik Aziz dibersarakan
dari persada politik – mereka berebut mahu jadi Menteri Besar rupanya!
Itupun, PAS masih mengharapkan untuk mengumpul
seramai 100,000 orang peserta pada majlis ijtimak dan munajat mereka di Kedah
pada 1 Jun ini. Saya khuatir, apakah PAS mampu mencapai sasaran tersebut atau
mereka akan menangis tidak berlagu lagi selepas ini…
Apa puncanya? Apa puncanya PAS jadi kucar kacir
begini? Sebelum bersekutu dengan DAP dan PKR, PAS tak pernah jadi begini. Namun
selepas 4 tahun tidur sekatil dengan PKR dan DAP, PAS yang dulunya kuat, semakin
rebah ke bumi. Apa “punca” sebenarnya, yer..?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment