Tuesday, May 22, 2012
Masuk DAP kerana UMNO Tak Bagi Projek?
May 20, 2012
Dek kerana tak dapat projek melombong pasir, dimarahnya kerajaan BN seterusnya menyebabkan seorang Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar mengambil keputusan untuk declare keluar UMNO dan kemungkinan akan masuk DAP. Point utama, PROJEK.
Manakala info yang digembar gemburkan oleh media pembangkang pula kononnya projek lombong pasir yang dia perolehi dipenuhi dengan tanah liat. Point utama juga melibatkan PROJEK.
Mengikut maklumat Parpukari, samdol yang nak keluar UMNO itu disebabkan ada masalah dengan PROJEKnya dan pernah memperolehi tender melombong pasir dari Nizar semasa Perak dikuasai oleh DAP PAS PKR.
Itu serba ringkas cerita dari Kampar, Perak. Nak tahu detail boleh layari blog Parpukari ataupun Perak Todays.
Satu kebetulan yang menarik, terdapat ura-ura dari sumber dalaman PAS menyebut, dalam pilihanraya umum akan datang Nizar akan lari dari Bukit Gantang dan kini sedang mengintai peluang di Parlimen Kampar.
Dan, jangan lupa kejadian Nizar menipu khalayak pasal ‘keberaniannya’ tempohari juga berlaku di kawasan Kampar. Jika dilihat pada video di bawah ini macam acara nak mengamuk itu dah dalam planning tukang amuk, hmmm…
Sebetulnya, kes mementingkan tembolok sendiri dan terlampau pelahap tender dan projek bukan pertama kali berlaku. Banyak kawasan lain diseluruh negara pun ada ramai orang macam ini.
Kita tak boleh nafikan ada segelintir orang Melayu yang bukan bersemangat UMNO tapi menyertai UMNO semata-mata kerana nak mencari harta kekayaan secara mudah, singkat dan cepat.
Hatta penyokong PAS dan PKR sendiri ada yang sanggup bertukar warna dengan menjadi ahli UMNO semata-mata demi projek dimasa yang sama buat onar untuk kucar kacirkan UMNO dari dalam.
Begitu juga ada segelintir kakitangan awam yang pro pembangkang yang sengaja melewat-lewatkan kerja serta kelulusan sesuatu projek pembangunan ataupun tender demi untuk mencemar nama baik kerajaan BN.
Yang suka claim ribu riban harga sesuatu item melampau harga pasaran pun banyak dibuat oleh penyokong pembangkang yang berkhidmat dengan kerajaan pusat.
Dalam semua kes tersebut, bila lubang sudah pecah atau tembolok sendiri sudah kontang gagal diisi lagi mulalah mengamuk dan meroyan, samaada selepas tamat perkhidmatan declare secara terbuka menyokong pembangkang ataupun declare keluar UMNO untuk menyertai parti lain yang sebenarnya dah lama bertahta di hati.
Yang kemudian busuk nama UMNO, yang kenyang pelahap projek, tender dan mengepau sana sini puak pembangkang, yang untung pembangkang. Ini lumrah alam tapi UMNO dan Kerajaan BN kena berhati-hati dengan spesis parasit sebegini.
Dieptik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment