Tuesday, May 22, 2012

Muzakarah UMNO - PAS Batal Dek Nik Aziz (Part 1)


May 21, 2012 

balaci

Memang sahihlah Presiden PAS, Hadi Awang dah tak relevan untuk menentukan halatuju PAS nak ke kiri atau ke kanan mahupun undur ke belakang ataupun maju ke depan. Kurang 48 jam Murshitdul Am PAS, Nik Aziz membuka mulut meletakkan syarat perundingan terus Hadi Awang goyang tarik handbrake.

Tujuan utama Hadi Awang mahu menyelamatkan air muka PAS dari terus menjadi keldai tunggangan pakatan pembangkang disamping untuk menggertak DAP dan PKR terus terkubur tanpa batu nisan – Hadi malu sendiri hilang sudah kredibilitinya sebagai seorang pemimpin utama PAS.

Hasrat sampingan mahu menjaga kelangsungan hidup PAS melalui kerjasama politik dengan UMNO kembali menjadi macam orang berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap dek kerana syarat-syarat Nik Aziz.

Apa syarat Nik Aziz? 1. UMNO kena terima Islam dan tukar dasar kebangsaan. 2. Terima DAP dan PKR.

“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.

“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.

Nik Aziz kita tahulah sejak dulu hingga kini buka saja mulut kalau tak pusing cerita memang tak sah. Bercakap berbelit mengalahkan ular dan cukup pantang kalau perjalanan PAS tidak mengikut kepala dia.

Cara Nik Aziz bercerita pasal syarat tu macamlah DAP dah tukar dasar sosialisnya kepada Islam sebaik saja mengikat perjanjian dengan PAS dalam PR.

Sejak dulu hingga kini pula PKR kekal dengan dasar sosialis liberal, tapi tak pernah pula menjadi persoalan besar untuk PAS bersekedudukan dengan mereka.

Lagi satu yang beriya-iya mengajak UMNO bermuzakarah ialah Hadi Awang yakni Presiden PAS yang secara umumnya adalah kepala PAS walau hakikatnya dari segi hierarki sebenar kepimpinan PAS berkedudukan nombor 2 selepas Nik Aziz.

Kalau nak cerita pasal syarat sepatutnya UMNO yang meletakkan syaratnya sebab tukang meminang datangnya dari PAS sementara UMNO pula memiliki majoriti kerusi parlimen yang berlipat kali ganda berbanding PAS. Itu logik kita yang waras.

Tapi logik Nik Aziz lain, disebabkan dia berasa dirinya dan PAS lebih Islamik dan dekat dengan syurga maka memandai pula dia yang hendak mengawal titik temu di antara dua puak berlainan walhal sejak dulu hingga kini PAS bersama dengan DAP mahupun PKR tidak pernahpun keluar isu syarat itu ini.

Yang kerap terjadinya PAS yang mengekor dari belakang terpaksa melutut pada DAP dan PKR yang menuntut PAS setia dan taat buta tuli pada syarat mereka yakni patuh pada Buku Jinggay seolah-olah Buku Jinggay itu prioritinya lebih mulia berbanding Al-Quran.

Semasa PAS memeterai perjanjian luar tabie dengan DAP yang jelas mendukung dasar sekularisme pernah ke ia diambil kira sebagai prioriti sebelum mewujudkan pakatan? Tak pernah.

Begitu juga kerjasama PAS dengan PKR, bukannya atas dasar Islam melainkan titik temunya hanyalah atas dasar kebencian terhadap UMNO & BN.

Suatu ketika dulu PAS pernah bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 yang semangat nasionalismenya ketara sama dengan UMNO.

Pernahkah ia menjadi masalah untuk PAS bergabung tenaga dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU)? Tak pernah kerana masing-masing ketika itu titik temunya berkongsi musuh bersama yakni UMNO & BN.

Tatkala PAS bekerjasama dengan Parti Negara pada awal kemerdekaan negara hingga menguasai Terengganu dulu pernah dasar Islam dijadikan syarat untuk menumbang Kerajaan Perikatan (BN) Terengganu? Tentu saja tidak kerana perkongsian kuasa sementara selama dua tahun itu bersandarkan niat untuk menumbangkan musuh bersama – Perikatan.

Jadi kenapa bila tiapkali PAS menimbulkan isu muzakarah dan bila disambut dengan mesra oleh UMNO, tiba-tiba saja masuk Nik Aziz  niat asal muzakarah terus saja berubah-ubah dan bersyarat-syarat?

bersambung jam 11.oo pagi nanti

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment