Tuesday, May 22, 2012

PR Yakin Menang 105 Kerusi Aje, Padanlah Tak Ada Lagi Kabinet Bayangan!


May 21, 2012 
kabinet2
SEMUA orang (tidak terkecuali penulis), sering tertanya-tanya kalau Pakatan haram ini menang nanti, bagaimanalah agaknya bentuk kabinet bayangan itu besok.  Sama ada kabinet itu akan jadi kitchen kabinet ataupun kabinet anak beranak, ipar duai atau madu-madu.
Semua tu jadi tanda tanya yang sangat besar.
Jangan silap, soal kabinet bayangan ini penting, lebih lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Sebab, Timbalan Perdana Menteri automatik akan menggantikan Perdana Menteri kalau apa-apa berlaku kepada Anwar (dikatakan penghidap HIV).  Kalau Lim Kit Siang atau Karpal Singh dilantik ke jawatan itu, maka faham-faham sajalah siapa Perdana Menteri selepas Anwar mati.
Agak puas jugaklah memikir kenapa sehingga sekarang masih tidak ada kabinet bayangan, akhirnya jawapan kepada persoalan itu didedahkan Malaysiakini yang memetik gayboy Anwar (Rafizi) sebagai berkata, Pakatan haram hanya yakin menang di 105 kerusi Parlimen sahaja.
Manakala yang bakinya itu, Pakatan haram berharap untuk Ahli Parlimen BN melompat parti.
Ini bukan cerita yang penulis ada-adakan ya, ini memang benar-benar kejadian, petikannya seperti di bawah:-
PENGARAH strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.
Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.
Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya lagi.
Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.
Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, jumlah perbezaan kerusi yang kecil sahaja cukup untuk menggugat BN dan menyebabkan perbuatan lompat parti berlaku sekali lagi, serta peralihan kepimpinan dalam kerajaan.
Alang-alang menjangka, jangkalah yang ganas-ganas, ini jangka yang rendah-rendah dan hanya menjatuhkan moral.  Sudahlah tu, berharap pulak lagi Ahli Parlimen BN untuk melompat parti.  Memalukan betul.
Tapi penulis pula suka menyatakan beginilah.  Pengalaman 2008 menunjukkan bahawa Anwar dan pakatan haram pembangkang pimpinannya tidak begitu bijak menentukan arah aliran pengundi.  Kalau dia pandai buat jangkaan, nescaya tidaklah pada 2008, majoriti  calon-calon PKR adalah calon-calon longkang dan tidak boleh dipakai.
Contoh seperti Ahli Parlimen Kelana Jaya, yang cakap melayu pun tak pandai, nak berhujah macam mana dalam dewan?
Itu belum disebut kelam kabut nak melantik siapa menjadi Menteri Besar dan anggota Exco seperti berlaku di Perak dan Selangor.  Semuanya adalah bukti kepada kurang persediaan untuk menang dek kesilapan menjangka trend sokongan rakyat yang ketika itu sudah menyampah dengan pentadbiran Abdullah Badawi.
Keadaan itu masih sama seperti sekarang, lebih-lebih lagi bila Rafizi dilantik menjadi Pengarah Strategik PKR dan Pakatan haram, lagilah hancur.  Rafizi apa tau masalah dibawah?  Dia lebih senang membincangkan isu-isu korporat yang hanya beberapa kerat orang sahaja yang faham.  Nak cakap isu akar umbi, mana taunya si Rafizi tu.
Dia lebih selesa dalam keselesaan pelukan Anwar di Tropicana nun.
Tapi takpelah, biarkanlah dia merancang dan berangan.  Penulis yakin, dari pemerhatian dan indikasi depan mata, umur UMNO dan Barisan Nasional untuk menjadi pemerintah di Malaysia ini akan terus berpanjangan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukan bermakna BN ini sempurna, tapi kita ada apa yang Pakatan haram tidak ada – kestabilan dan pemimpin yang tinggi nilai moralnya.  Bukan jenis yang tibai jantan atau langgan pelacur.
Kalau tak pun ‘makan aiskrim’ dalam jamban – apa class!!!

Dieptik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment