May 21, 2012
Tuesday, May 22, 2012
PAS "Berlakon" Marah Pada Irshad Manji, Pada Ambiga dan Anwar Tak Marah Pula?
May 21, 2012
Nama Irshad Manji tiba-tiba menjadi popular
sekelip mata di negara ini apabila kehadirannya untuk melancarkan buku
karangannya yang bertajuk “Islam, Liberty and Love” telah mencetus kontroversi
di kalangan umat Islam di negara ini.
Irshad Manji merupakan seorang penyokong LGBT
yang sebelum ini mengaku dirinya lesbian dan pernah pernah mengarang sebuah buku
yang menimbulkan kegelisahan serta kemarahan umat Islam di seluruh dunia
bertajuk “The Trouble With Islam Today”.
Buku karangannya itu dikatakan sama dan
mengandungi idealisme sama seperti penulis novel “The Satanic Verses”, Salman
Rushdie.
Namun, tiba-tiba saja PAS berpura-pura menentang
dan marah pada Irshad Manji. Kononnya, merekalah yang paling awal menentang
kemasukan wanita gila itu ke Malaysia.
Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula
cuba jadi “hero” isu ini apabila menyalahkan kerajaan kerana membenarkan Irshad
Manji masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan.
Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim menegaskan
bahawa kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada,
lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan wanita yang mencetus kemarahan umat
Islam itu.
Peliknya, “kuman di seberang laut PAS nampak,
tapi gajah di depan mata PAS tak nampak langsung”!
Irshad Manji menyokong kuat golongan LGBT, sama
seperti Ambiga Sreveenasan yang juga menyokong LGBT di negara ini. Malah Ambiga
begitu berani menganjurkan program Seksualiti Merdeka dengan tema “Queer without
fear”.
Irshad Manji juga sealiran dan sama fahamannya
dengan Salman Rushdie, samalah seperti Anwar Ibrahim yang pernah sepentas
bersama Salman Rushdie di sebuah persidangan, India Today Conclave 2012, yang
berlangsung di India sebelum ini.
Jika benar PAS benar-benar marah, benci,
membantah dan melarang Irshad Manji menjejakkan kaki di negara ini, mengapa pula
PAS menyokong dan sanggup bersekutu dengan Ambiga yang terbukti menyokong LGBT
dan menyokong agenda murtad?
Mengapa PAS tidak mendesak kerajaan agar
menghalau Ambiga dari Malaysia sebagaimana yang dilakukan terhadap isu Irshad
Manji ini?
Dan mengapa pula PAS sanggup berpeluk, bersekutu
dan menjalin “brotherhood” dengan Anwar Ibrahim yang sama fahamannya dengan
Salman Rushdie dan Irshad Manji?
Kenapa PAS tidak putuskan saja hubungan dengan
PKR yang berkiblatkan Anwar?
Kerana kuasa, bukan? Kerana PAS mahukan sedikit
kuasa politik di negara ini, maka PAS sanggup bersekongkol dengan penyokong kuat
Seksualiti Merdeka, peruntuh aqidah ummah, rakan sepentas Salman Rushdie dan
“berlakon” seolah-olah bencikan Irshad Manji?
Rakan sekutu begitukah yang diluluskan oleh Dewan
Majlis Syura PAS tanpa sebarang “muzakarah” atau “tender terbuka”?
Sepatutnya, Tuan Ibrahim patut berasa malu dengan
kenyataannya yang kononnya mengaku “paling awal” membantah program Irshad
Manji.
Padahal, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir, lebih awal lagi menyatakan penyiasatan dan pengharaman
sebarang program yang berkaitan dengan penulis wanita sesat itu sebelum 17 Mei
lagi. Tuan Ibrahim pula baru “memekak” pada 19 Mei?
Dan atas arahan kerajaan jugalah maka program
Irshad Manji telah berjaya disekat dan dibatalkan oleh JAIS di sebuah kolej
swasta di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu!
Mujurlah Jabatan Perdana Menteri bertindak lebih
pantas melalui JAIS. Kalau nak diharapkan “Exco Agama Selangor” sekarang, jangan
haraplah Irshad Manji boleh disekat.
Dipetik Daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment