Tuesday, May 22, 2012

Muzakarah UMNO - PAS Batal Dek Nik Aziz (Part 2)


May 22, 2012
nik_aziz_ampuni_dosaku[1]
Sambungan dari artikel sebelum ini

Nawaitu Nik Aziz kini ialah mengejar kuasa duniawi dengan berpaksikan kebencian sesama Islam, mencurigai sesama saudara seagama tetapi mesra dengan DAP yang diketahui agak keras dan tidak toleransi dengan hak agama Islam dan umatnya.

Bukan soal hudud atau negara Islam yang menghalang Nik Aziz menyambut salam perdamaian Hadi Awang kepada UMNO kerana realiti pakatan pembangkang hari ini membuktikan isu hudud dan negara Islam sikitpun tidak termasuk dalam agenda pakatan pembangkang.

Peel perangai Nik Aziz akan kekal hingga akhir hayat dia – memusuhi jemaah yang lebih besar dan berjasa kepada ummah (UMNO) di masa yang sama redha memperkudakan diri dan puaknya kepada pihak lain hanya kerana merasakan dirinya pernah dianiaya.

Acapkali isu kerajaan campuran BN-PAS dalam tahun 70-an sering dijadikan alasan oleh Nik Aziz untuk menolak kerjasama dengan UMNO & BN kononnya serik melihat PAS teraniaya. Realiti sebenarnya, pemecatan PAS dari BN semuanya berpunca dari kegelojohan PAS sendiri yang gemar menikam belakang kawan.

Mana tidaknya, mengikut persetujuan bersama sepatutnya PAS tidak mengacau kawasan yang telah memiliki cawangan UMNO, tapi dek kerana degil mahu mengambil kesempatan sengaja PAS menubuhkan cawangan di kawasan tersebut hingga menimbulkan suasana tidak harmoni.

Begitu juga waktu itu Menteri Tanah (Asri Muda) yang dikuasai oleh PAS (ehsan oleh BN) telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS untuk membawa masuk jentera dan penyokongnya ke kawasan rancangan FELDA di hampir seluruh negara kemudian ditubuhkan segera cawangan PAS walaupun diketahui langkah tersebut menyalahi perjanjian damai UMNO & PAS.

Sebab itu, di kebanyakkan kawasan FELDA hingga sekarang kita akan lihat masih ramai totok PAS yang sebahagian besarnya dari Kelantan – semuanya saki baki yang dibawa masuk oleh arwah Asri Muda yang ketika itu adalah Yang Di Pertua (Presiden) PAS.

Sampai sekarang Nik Aziz tetap mengungkit cerita ditendang dari BN walhal salah puaknya sendiri suka menikam belakang kawan disembunyikan.

Samalah juga perangainya waktu peristiwa pergolakan kerajaan Kelantan (PAS-BN) yang menyaksikan Mohammad Nasir, MB Kelantan ketika itu dipecat dari PAS hanya kerana arwah Mat Nasir rapat dengan pimpinan BN dan banyak menyekat permohonan kawasan balak dari pemimpin PAS, Nik Aziz tika itu memihak kepada Asri Muda.

Bila Mat Nasir menubuhkan BERJASA dan bekerjasama dengan BN hingga menguasai semula Kelantan, Nik Aziz masih setia bersama Asri Muda namun bila revolusi Iran berlaku, Nik Aziz adalah antara kepala PAS (Dewan Ulama) ketika itu yang menikam belakang Asri Muda seterusnya menghumban keluar Asri dengan penuh hina.

Padahal guru politik yang membawa Nik Aziz terjun ke dunia politik ialah Asri Muda, arwah Asri lah yang bertanggungjawab membawa Nik Aziz dan menawarkan peluang menjadi calon di Parlimen Pengkalan Chepa.

Tapi apa jadi akhirnya? Nik Aziz khianat kawan dan gurunya sendiri hanya semata-mata takjud dengan semangat revolusi Iran.

Mula saat itu semangat kebangsaan Melayu Islam yang jadi intipati perjuangan PAS sejak zaman Burhanuddin Helmi dan Asri Muda lebur begitu saja.

Begitu juga sejarah PAS dengan S46, sewaktu Tengku Razaleigh bertemu muka dan mengadakan muzakarah untuk mencari titik temu antara S46 dan UMNO.

Belumpun rasmi sebarang keputusan, Nik Aziz bersekongkol membenarkan PAS mencuri ahli-ahli S46 dan mengkhianati persefahaman walau sebenarnya tika itu PAS, S46, HAMIM dan BERJASA masih secara rasminya adalah rakan seperjuangan dalam APU.

Itu ringkasan sejarah hitam tikam belakang yang pernah menghantui latarbelakang Nik Aziz & PAS
Berbalik pada topik asal, usahlah pelik bila timbul saja isu muzakarah, akan muncul watak munafik bernama Nik Aziz yang bertopengkan gelaran tok guru politik kepartian jumud yang datang tiba-tiba dengan suara nyaring bersama pelbagai syarat – nawaitunya supaya muzakarah itu dibatalkan saja.

Isu muzakarah hanya akan bermanfaat bagi Nik Aziz dan PAS hanya bilamana UMNO mengatakan TDAK. Tika itu kita akan tengok PAS dan Nik Aziz tiba-tiba cergas keliling kampung ke pelusuk negara menuduh UMNO sengaja menolak perpaduan sesama Islam.

Percayalah, selagi Nik Aziz masih hanyut dalam dunia angkuh dan egonya sendiri, terus takjud dan ujub dengan pemujaan penyokong PAS terhadap dirinya maka selama itulah PAS dan UMNO akan kekal bermusuhan.

Kecuali bilamana semakin ramai penyokong PAS beralih sikap menjadi sederhana dan pandai menggunakan akal sendiri serta berani mengkritik tiap butir kata Nik Aziz, tika itu mungkin baru ada sinar perubahan sikap PAS.

Soalnya bila? Tak payah tunggu perubahan sikap penyokong PAS. Masanya dah tak lama pun untuk Nik Aziz mahupun Hadi Awang terus menguasai PAS. Sampai masanya nanti rakan-rakannya sendiri yang akan mengulangi peel perangai Nik Aziz yang suka khianat kawan. Tunggu je.

Tiba saatnya nanti barulah kita boleh tengok Nik Aziz menangis tak berlagu menyesali halangan yang dia lakukan terhadap idea muzakarah terbaru Hadi itu.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment