May 22, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Padanlah Kalah Kes Liwat Ketua Pendakwaraya Ada Kawtim Dengan Anwar?
May 22, 2012
TAK tahulah apa strategi Anwar pakai apabila
melantik bekas ketua pendakwaan kes liwatnya , Datuk Yusof Zainal Abidin sebagai
peguam yang mewakilinya dalam kes Bersih ini.
Pada yang tak tahu, ini kali kedua Anwar buat
tindakan hampir serupa, kali pertama dengan melantik Karpal Singh sebagai peguam
bela dalam kes liwat sama, walhal Karpal Singh jugalah yang mula-mula menuduhnya
sebagai peliwat pada 1997.
Memang perjalanan kes liwat antara Anwar dengan
Saiful Bukhari ini semacam ada tidak kena dari mula. Nampak macam ada kelemahan
ketara di pihak pendakwaan bila tidak langsung membantah puluhan penangguhan
yang dipohon oleh Anwar.
Sehingga menyebabkan kes mudah macam ini pun
berlarutan hampir 3 tahun.
Sepanjang masa itulah, berkoyan-koyan, kalau tak
bertan-tan sumpah seranah macai Pakatan haram dilempar kepada Yusof yang
mengetuai pendakwaan Anwar ketika itu, tapi penyudahnya orang itu jugaklah
diambil Anwar untuk mewakilinya dalam kes Bersih ini. Macam dah takde peguam
lain ya.
Apa jadi dengan macai yang disebutkan di atas?
Korang berlumba-lumbalah jilat balik ludah yang dulu di halakan kepada Yusof.
Jangan salahkan orang lain, salahkan Anwar dan diri sendiri kerana menyokong
Anwar.
Penulis rasa, Peguam Negara wajib bagi penjelasan
dalam hal ini. Adakah ketirisan berlaku di pihak pendakwaan sepanjang kes Anwar
berjalan, dilihat dari pendirian yang diambil Yusof sekarang dengan membela
Anwar pula.
Kalau ada ketirisan, pastikan sama ada wujud
sogokan atau wang yang terlibat. Sekarang ni sudah semacam ada trend di
Malaysia ini, etika dan profesionalisme tidak dipedulikan demi kepentingan
politik kepartian. Dan Anwar memang diketahui punya sumber yang hampir tidak
terbatas untuk merealisasikan perkara tersebut.
Dalam kes NFC saja cukup. Kerani bank pun
diperalatkan untuk menyampaikan dokumen sulit akaun pelanggan kepada PKR dan
kemudiannya dijadikan isu politik yang tidak berkesudahan.
Dan kini peguam dan Jabatan Peguam Negara pula.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment