Monday, May 30, 2011

Ceramah SSDE : Jamuan Minum Malam

21 Mei 2011 2011, Klang : Berikut, dirakamkan suasana ketika berakhirnya sesi ceramah berlangsung dengan diakhiri majlis minum malam yang turut sama disertai oleh Sdr Syamsul Amri Ismail (Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia), YB Gobalakrishna (Ahli Parlimen Padang Serai), Datuk Mazlynoor (Ketua UMNO Bahagian Klang) serta Datuk Teh Kim Poh (Pengerusi MCA Bahagian Klang).


Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)

7 Mei 2011, Port Dickson : Satu program seminar belia telah diadakan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) di Pasir Panjang, Port Dickson selam 4 hari mulai 6 Mei 2011 hingga ke 9 Mei 2011. Program ini telah disertai oleh belia yang datangnya dari seluruh Malaysia dan berkampung selama 4 hari dan 3 malam bagi menghadiri kursus kepimpinan ini.

Di antara penceramah yang telah dijemput hadir adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Panchor. Beliau telah hadir pada 7 Mei 2011 bagi memenuhi dua slot iaitu Slot, "Sumber Kekuatan Pemimpin" dan "Budaya Kepimpinan".

Bagi Slot "Sumber Kekuatan Pemimpin" telah diadakan mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang, manakala Slot "Budaya Kepimpinan" telah disampaikan mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan dengan ini diucapkan semoga semua peserta dapat memanfaatkan setiap pengisian yang telah disampaikan.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur di atas kejayaan menganjurkan program seperti ini.


Suasana dari belakang kelas di mana ceramah berlangsungFokus dan perhatian penuhBersahaja di dalam berceramahPelbagai contoh ditonjolkanKeseluruhan peserta Tumpuan penuh diberikanPeserta sentiasa ketawa dengan kisah yang dikongsi bersamaHuraian lengkap untuk setiap isikandungan pembentanganSentiasa fokus! Suasana ceria hingga selesai sesi ceramahPenumpuan yang tidak tergangguSesi aktiviti individuAktiviti diselesaikan berdasarkan arahan penceramah Sekali lagi aktiviti memeriahkan suasana Slot 2 pula bermula di sebelah petangnya Suasana di dalam bilik ceramah dihidupkan supaya peserta tidak merasa bosan Walaupun suasana petang yang boleh menyebabkan peserta mengantuk namun, suasana di dalam kelas dihidupkan dengan pelbagai unsur-unsur leluconSegala isi penting dicatatkanSdr Syamsul mengulas panjang isikandungan ceramahSegala maklumat dan intipati ceramah direnung sebagai pedomanAda sahaja kisah lucu yang ingin dikongsiSoalan peserta turut dijawab menerusi slot iniPelbagai cara dan gayaPeserta tidak langsung mengantuk di dalam sesi ini Peserta ketawa...
Disediakan oleh : EDITOR

Animasi : Tabung Komunis DAP


Dipetik daripada : mykpmu.net

Cina Melenting Sakan Bila Mahathir Buka Mulut


Tun Dr. Mahathir menyatakan DAP telah membawa satu budaya asing ke Sarawak. Tun Dr. Mahathir berkata lagi, DAP berjaya di Sarawak kerana menggunakan sentimen perkauman sebagai modal pilihanraya mereka. Atau lebih tepat lagi DAP umpama Virus Ke Sarawak.


Dan seperti yang dijangka, kenyataan Tun Mahathir itu mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada masyarakat berkenaan. Melayu dijadikan subjek yang paling mudah untuk dikecam. Tun Mahathir dikatakan RASIS dan membenci kaum Cina. Sedangkan perkara pokok yang menyebabkan Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut, langsung tidak diperkatakan.


Antara kempen DAP di Sarawak dalam usaha untuk menawan kerusi DUN yang mereka tandingi ialah mempersoalkan mengapa kaum Cina tidak boleh menjadi Ketua Menteri. Violet Yong yang memenangi kerusi Pending terang-terangan mempersoalkan kaum Melanau dalam pentadbiran negeri.


DAP turut mempergiatkan sentimen agama bagi merangsang undi daripada masyarakat beragama Kristian yang merupakan pengundi majoriti di Sarawak. Selain mengaut sokongan daripada masyarakat Cina, DAP turut cuba mengais sokongan serta undi daripada masyarakat Bumiputera Sarawak yang menganut agama Katholik.


Seperti yang kerap dilakukan oleh DAP sebelum ini, mereka akan cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan setiap kaum di negara ini. Dan peranan ini tidak hanya dilakukan oleh para pemimpin, bahkan ahli-ahli dan simpatisan DAP juga akan memainkan peranan yang serupa.


Semua laporan tentang kenyataan Tun Mahathir dibuat dengan satu gambaran iaitu Melayu marah dan tidak berpuas hati kerana kaum Cina tidak mengundi BN. Bahkan cerita tentang orang Melayu yang meminta kerajaan agar tidak menghentikan semua bantuan kepada masyarakat Cina sebagai pengajaran, turut diperbesar-besarkan.


Alasan sebenar mengapa orang Melayu mulai resah dan marah dengan apa yang berlaku tidak disiarkan dan diperkatakan. Tidak ada laporan tentang segala macam bantuan yang telah diberikan oleh Najib Abdul Razak kepada Cina atas nama dan semangat 1Malaysia. Bahkan bantuan-bantuan yang diambil daripada hak Melayu dan diberikan kepada Cina, tidak langsung disentuh dan diperkatakan.


Protes senyap Melayu bagi memberi peluang Najib meraih sokongan orang Cina sudah bertukar menjadi protes terbuka. Bukan kepada Najib, tetapi kepada penyokong DAP yang tidak tahu menilai budi yang dihulur. Isu Bahasa Kebangsaan, pendidikan vernakular, Al-Kitab, peruntukan untuk masjid dan Sekolah Agama yang dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini selain isu Melayu Pendatang, benar-benar mengguris hati orang Melayu.


Sangat ketara apabila Najib Abdul Razak terus ditipu dari semasa ke semasa. Semua bantuan yang diberikan, disapu dan disimpan. Tidak cukup dengan itu, lebih banyak tuntutan dan desakan dibuat demi kepentingan masyarakat Cina menerusi gelagat para pemimpin DAP.


DAP bijak menggunakan kesempatan untuk memerangkap setiap kaum di negara ini agar saling berlaga antara satu sama lain. Pun begitu, satu lagi kebijaksanaan DAP ialah dengan meletakkan semua kesalahan kepada UMNO. UMNO dikatakan rasis dan menggunakan sentimen perkauman sebagai senjata utama. DAP pula dikatakan sebagai parti yang terbuka buat semua kaum.


Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. UMNO lebih bertoleransi dengan memberikan ruang yang sangat besar dan tiada had buat kaum lain di negara ini untuk sama-sama mentadbir, menikmati sosio budaya dan ekonomi secara bebas. Dan sepanjang tempoh UMNO mentadbir, tiada sejengkal harta orang bukan Melayu-Bumiputera yang telah dirampas oleh orang Melayu-Bumiputera.


Malangnya DAP tetap meneruskan hasutan dengan memberitahu para penyokong mereka bahawa Melayu adalah RASIS dan apa yang dilakukan oleh DAP adalah hak masyarakat bukan Melayu di negara ini. Dan dalam proses tersebut, DAP menyuakan pelbagai teori sehingga mampu menawan hati dan perasaan masyarakat Cina untuk mengundi mereka.


Hasilnya adalah apa yang dapat dilihat dalam keputusan Pilihanraya Negeri di Sarawak!


Dek kerana itulah, DAP jadi terlalu sensitif apabila kerenah dan taktik mereka didedahkan. Sama seperti apabila fakta sejarah tentang imigrannya mereka di negara ini diperkatakan, DAP akan sentiasa mengecop UMNO sebagai RASIS sekalipun DAP yang sebenarnya menggunakan perkauman sebagai senjata utama mereka untuk mendapatkan pengaruh dan undi di kalangan rakyat Malaysia.


Apabila berada di khalayak Melayu, mereka akan memperkatakan tentang pentadbiran bertunjangkan Melayu yang mengabaikan orang Melayu tetapi nada mereka akan berubah apabila berada di khalayak kaum bukan Melayu. DAP akan menggunakan sentimen Melayu cuba membodoh-bodohkan dan menjadikan masyarakat bukan Melayu sebagai kuli akan dikumandangkan… terutama apabila ceramah dibuat dalam Bahasa Mandarin!


Dipetik daripada : Artikel Hero Tua di mykpmu.net


Tidak dapat tidak, antara orang penting di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru sahaja berlalu adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim begitu giat berkempen, berceramah dan menghasut tetapi amat takut apabila ditanya tentang jam tangan Omega dan DNA.


Mungkin terpesona dengan kehadiran ribuan manusia untuk mendengar ceramah dan temberangnya, Anwar Ibrahim menaruh sepenuh keyakinan bahawa PKR akan menggantikan PBB di Sarawak, sekaligus mengetuai Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sarawak, salah sebuah negeri yang terkaya sumber alamnya di Malaysia dengan saiz yang jauh lebih besar berbanding Selangor, apatah lagi Pulau Pinang.


Selama lebih dua tahun, PKR merayap dan merayau di seluruh pelosok Sarawak. Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang yang beberapa bulan sebelum DUN Sarawak dibubarkan, begitu yakin PKR akan menawan 40 buah kerusi, turut tidak ketinggalan untuk cuba meraih perhatian. Malangnya, sesuatu berlaku di Sibu dan nama Zuraidah Kamaruddin di Sarawak terus lenyap selepas itu.


Namun ia tidak menjadi perkara penting buat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Dalam pelbagai kemelut yang berlaku di sekitar PKR – sama ada kemelut itu sekadar ciptaan untuk mendapat perhatian murahan mahupun ianya memang disebabkan PKR sendiri adalah parti bermasalah – Anwar Ibrahim dan PKR tetap bercakap besar, Baru Bian akan mewakili PKR ke jawatan Ketua Menteri Sarawak yang baru.


Dan akhirnya kemuncak daripada segala macam kempen dan hasutan, para pengundi di Sarawak membuang undi. Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta angan-angan dan mimpi-mimpi indah untuk para petugas serta pemimpin PKR, keluar senyap-senyap meninggalkan Bumi Kenyalang dan menurut laporan, ‘pulang’ ke kampung halamannya di Amerika Syarikat atas tujuan yang dia sendiri sahaja tahu.


Namun puncanya segera dikenalpasti. Anwar sudah dapat mengesan kekalahan besar dan memalukan PKR. Sekalipun dapat menambah dua kerusi berbanding jumlah yang diperolehi pada tahun 2006, yang pastinya adalah PKR memang malu besar!


Selepas cakap berdegar-degar, selepas menghabiskan puluhan juta ringgit untuk berkempen, merasuah dan menarik sokongan di seluruh Sarawak selama dua tahun, terutama sekali di kawasan-kawasan yang dijangka dapat dipengaruhi dengan isu-isu NCR dan penguasaan Melanau, PKR hanya mampu menguasai tiga kerusi sahaja iaitu di Tebedu, Batu Lintang dan Ba’kelalan.


Menyedari apa yang berlaku di Sarawak tidak berpihak langsung kepada PKR, juak-juak Anwar Ibrahim cuba membuat lawak dengan mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah menang besar dan menguasai lebih 2/3 kerusi DUN Sarawak. Atau lebih tepat lagi, telah mengalahkan Taib Mahmud.


Twitter, blog dan Facebook yang berpihak kepada Pakatan Rakyat berusaha sedaya mungkin untuk membuktikan kebenaran tersebut.


Dan yang paling menarik apabila Anwar dikatakan telah ‘mengepung’ calon-calon PKR yang bertanding agar tidak melompat dan ‘dibeli’ oleh Barisan Nasional.


Namun akhirnya kebenaran terserlah. Anwar Ibrahim yang berpenat lelah selama dua bulan hanya mampu menguasai tiga DUN sahaja. Manakala tuan besar Anwar iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pula, mampu menambah koleksi kerusi DUN dengan jumlahnya sekarang adalah 12.


Sekali lagi terbukti, para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali dari PKR dan PAS begitu mudah digula-gulakan dengan air liur Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim kata, mereka pasti akan menang sebab ‘dua puluh kerusi dalam tangan’, juak-juak yang bangang tak sudah ini pun pakat percaya.


Akhirnya, apabila di ambang kekalahan, Anwar Ibrahim lari ke Amerika Syarikat, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat terutama geng-geng PAS masih lagi di Kuching untuk buat bedah siasat kekalahan LIMA TELUR OMEGA mereka.


Anwar masih lagi berbohong dan akan terus berbohong kerana terdapat terlalu ramai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari kalangan PKR dan PAS yang hidup dalam angan-angan dan impian yang bukan-bukan!


Dipetik daripada : Artikel Hero Tua di mykpmu.net

Kerajaan BN wajar “ajar” masyarakat Cina..!


Ramai yang mengatakan bahawa isu Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Taib Mahmud merupakan faktor utama pengurangan kerusi DUN Sarawak pada pilihanraya negeri itu baru-baru ini. Mereka mengatakan bahawa Taib Mahmud berkuasa terlalu lama hingga mencecah lebih 30 tahun.


Tapi pada penulis, semua itu hanyalah karut semata-mata. Taib Mahmud bukanlah isu utama yang mampu mengurangkan kerusi BN di DUN Sarawak. Itu hanyalah tanggapan yang terpengaruh dengan permainan propaganda kempen pakatan haram di Sarawak. Terpengaruhkah anda dengan permainan pembangkang itu?


Sebenarnya, isu utama yang mengurangkan kerusi BN di Sarawak kali ini ialah “pengundi Cina”. Merekalah penyebab kekalahan beberapa kerusi BN pada pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini. Merekalah menjadi punca. Mengapa mereka tidak memilih BN? Mereka bertindak memilih pembangkang kerana mereka telah di”racun” oleh corak pemikiran budaya politik perkauman oleh pembangkang!


Pengundi Cina di Sarawak selama ini sering di’manja’kan oleh SUPP yang mewakili BN. SUPP terlena dengan kekuatan PBB yang kuat mendapat sokongan dari bumiputera Sarawak seperti Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, dan sebagainya. Buktinya, PBB meyapu bersih ke semua 35 kerusi DUN yang ditandinginya.


SUPP pula? Presiden SUPP yang 6 kali tak pernah kalah pun tumbang di Piasau? Hanya dua orang yang mewakili SUPP yang bernasib baik menang pada pilihanraya kali ini. Itupun setelah dibantu kuat oleh undi dari masyarakat Iban, Melayu dan Dayak di kawasan masing-masing. Contohnya, di DUN Bawang Assan, nasib baik menang…


Nampaknya budaya menolak BN oleh masyarakat Cina masih tidak berubah, sedangkan mereka begitu menikmati pelbagai keisimewaan di negara ini. Di DUN Padungan sebagai contoh, PM sudah menyerahkan RM1.5 juta hanya untuk memperbaiki rumah flat yang mereka diami. Namun, mereka tetap pilih DAP.


Di DUN Bukit Assek pula, meskipun TPM menyerahkan cek RM20 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di sana, namun mereka masih memilih DAP sebagai wakil mereka. Seharusnya mereka ini tidak celik kepada konsep berbudi dan berbahasa.


Selama ini kaum Cina mendesak dan meminta itu dan ini daripada Kerajaan BN. Banyak yang sudah diberikan dan sudah banyak yang dinikmati. Namun, mereka tetap memilih DAP. Itulah hakikat masyarakat Cina kini yang lebih memilih untuk menjadi chuavinis dan menolak perpaduan kaum yang sekian lama terbina.


Pada penulis, Kerajaan BN tidak perlu lagi melayan kerenah dan kehendak masyarakat Cina yang mengada-ngada itu dan ini. Sebaiknya mereka perlu membuktikan komitmen dan sokongan mereka terlebih dahulu terhadap budi baik Kerajaan dengan memberikan undi setimpal dengan apa yang telah mereka nikmati selama ini.


Harap BN ajar masyarakat Cina yang seolah-olah ‘mengajar’ Kerajaan BN selama ini.


Dipetik daripada : mykpmu.net

PRN Sarawak: Sasar Nak Bentuk Kerajaan Tapi Dapat Telur


Kita perlu ingat sasaran Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Sarawak ialah untuk membentuk kerajaan negeri, bukan ada apa yang lain dari itu, bukan nak dapat keputusan lebih baik dari 2006, bukan nak tambah kerusi, bukan nak kurangkan majoriti BN dan apa segala yang lain, tapi semata mata nak bentuk kerajaan negeri.


Kalau tak perccaya cakap penulis, tengok balik arkib dalam portal ni cukup dan perhatikanlah bagaimana penyokong depa bagi respon.


Semuanya penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang dan BN akan kalah dan terlungkup dalam pilihanraya kali ini. Siap dah keluar siapa dia Ketua Menteri yang baru, kabinet bagaimana dan sebagainya.


Bagi nak menunjukkan keyakinan itu, apabila hanya separuh dari pusat pengundian ditutup, Pakatan Rakyat dah mengisytiharkan kemenangan mereka walhal baru ditutup dan proses pengiraan baru bermula.


Jadi sah dan benarlah sasaran mereka hanya untuk menang dan membentuk kerajaan, tiada yang lain.


Tapi, cuba kita baca komen-komen blogger pro pembangkang sebaik keputusan diumum dan pemenang sebenar diketahui. Tak pasal-pasal sasaran menang tadi tu dah berubah jadi menambah bilangan kerusi dan sebagainya. Kononnya pertambahan bilangan kerusi Pakatan Rakyat kali ini memberikan tamparan hebat kepada pentadbiran Dato Sri Najib dan Ketua Menteri.


Sebagai contoh, Mustapha Ali dari PAS (yang kalah semua 5 kerusi itulah), dipetik sebagai berkata:-



Walaupun pihak pembangkang tidak dapat menawan Sarawak tetapi keputusan pilihanraya yang menyaksikan Barisan Nasional hilang banyak kerusi adalah satu tamparan hebat bagi BN”


Ptuiiih..pandai betul tukar cerita ya. Kita taulah BN hilang beberapa kerusi dibanding 2006 dan at least 2 top figure kecundang tapi itu adat dalam pilihanrayalah, ada kalah ada menang. Anyway, itu bukan isunya, isunya ialah Pakatan sasar apa tapi dapat apa?


Sasar kerajaan negeri tapi majoriti 2/3 pun tak boleh nak kurangkan, apa cerita?


Berbanding dengan BN yang sememangnya sasar untuk kekalkan majoriti 2/3 dan menguasai kerajaan negeri, yang mana kedua sasaran itu dah tercapailah walaupun hilang beberapa kerusi sana sini. Itu satu kejayaan jika nak dibandingkan dengan pembangkang.


Jadi penulis harap penyokong BN supaya jangan terikut-ikut dengan psikologi bodoh Pakatan Rakyat yang masih cuba nak menegak benang yang basah, tak percaya yang diri tu tak sekuat mana, sebaliknya hanya berharap pada isu-isu perkauman cina terutamanya untuk menambahkan kerusi.


Tapi penulis perasan satulah, blogger pembangkang semua kaput, makan gaji buta tapi satu sen pun tak boleh nak diharapkan. Balik balik bawak isu basi, isu fitnah, mana lah nak laku.


Hidup BN, pergi jahanam Pakatan Rakyat…


Dipetik daripada : mykpmu.net

Bila korang nak berterima kasih pada kerajaan???


Kerajaan dah lama bagi subsidi kepada rakyat.., pernah tak penyokong dan pemimpin pembangkang ucap terima kasih?? Yang selalu Spy dengar.., subsidi tak cukup dan perlu ditambah setiap tahun…


Subsidi Petrol, subsidi minyak masak, subsidi gula, subsidi tepung, subsidi kesihatan, subsidi pelajaran dan juga macam-macam lagi subsidi yang dihamburkan.. Pernah tak korang sedar?


Spy berani kata, hampir 90% rakyat Malaysia dah mula terima subsidi semenjak dari dalam kandungan lagi.. Mana tak nya beb.., bila mak korang pergi buat check up di Klinik kesihatan kerajaan, semenjak tu lah subsidi dah mula jadi darah daging korang…


Bila dah sampai masa korang nak dilahirkan, sekali lagi subsidi kerajaan mainkan peranan.. Pasal tu lah ayah korang hanya perlu bayar tak sampai seratus je kalau mak korang bersalin biasa.. Dan 2 ratus lebih kalau mak korang menjalani pembedahan…


Cuba korang check kos bersalin yang dikenakan di Hospital swasta.., ribu beb untuk bersalin biasa.. Pernah tak korang teringat nak ucapkan terima kasih pada pemimpin kerajaan pasal bagi mak dan ayah korang subsidi?


Lepas tu korang mula masuk sekolah rendah.. Pernah tak korang pikir kenapa kos sekolah rendah lebih murah dari sekolah swasta? Itu pun ada yang merungut cakap sekolah kerajaan mahal..


Bila masuk institut pengajian tinggi.., lagi lah banyak subsidi yang korang melahap beb.. Itupun kerajaan tambah lagi bantuan melalui pinjaman dan biasiswa.. Kalau korang bijak pandai dan rajin usaha, ada diskaun lagi bila buat pembayaran balik.. Tak nak terima kasih lagi ke?


Lepas korang habis belajar dan masuk alam pekerjaan, subsidi yang kerajaan bagi tetap subur dalam diri korang… Korang pergi kerja naik motor, kereta, van, lori, bas, keretapi dan feri (ada ke yang naik feri?), semua tu guna petrol yang bersubsidi baii…


Dan korang mesti teringin nak kawin tak kira lelaki atau perempuan.. Lepas kawin korang mesti beli rumah, kereta besar, barang dapur termasuk gula, beras, tepung, susu, minyak, ikan, sayur dan macam-macam lagi barangan keperluan… Korang perasan tak berapa banyak barang yang bersubsidi?? So.. bila nak ucap terima kasih?


Sampai masanya, bini atau korang sendiri (bagi yang pompuan) mesti akan mengandung serta nak beranak… Maka berulanglah kitaran keperluan subsidi kerajaan dalam generasi korang…


Spy cuba taip seringkas mungkin sebab Spy malas nak terangkan benda ni sebenarnya.. Tapi memandangkan ada yang tak tau nak berpikir, so Spy buatlah juga atas kapasiti khidmat masyarakat..


So…, bila harga barangan dan keperluan meningkat, kenapa kerajaan yang disalahkan??? Kenapa korang marah pada kerajaan yang selama ni bagi korang subsidi semenjak korang dilahirkan???


Spy yakin kebanyakan dari rakyat tak pernah berterima kasih pada kerajaan sebagaimana dorang malu nak pacak bendera Malaysia di rumah atau di kereta masa hari Merdeka…


Spy nak tekan kan disini…. Yang naikkan harga barang serta harga keperluan adalah pihak yang cuba ambil kesempatan atas beban kerajaan… Pemborong dan pembekal yang bertanggung jawab dan dorang tu yang patut disalahkan…


Bila harga petrol naik…, memang kerajaan yang naikkan disebabkan beban subsidi meningkat.. Tapi pemborong, pembekal dan peniaga ambik kesempatan naikkan berpuluh-puluh jenis harga barangan termasuk makanan seharian..


Bila ditanya kenapa harga naik.., alasan dorang ialah harga petrol naik. Tapi kalau petrol tak naik harga sekali pun.., dorang tetap akan nak cari untung lebih beb…. Spy tahulah sebab banyak berkawan dengan puak peniaga tu baiii…


Jadi, korang marahkan kerajaan diatas sebab peniaga naikkan harga barang. Korang rasa berhak sebab korang adalah rakyat.


Tapi, apa yang korang buat untuk tunjuk kuasa korang sebagai pengguna? Patutnya korang marah peniaga sebab dorang dah ambil kesempatan ke atas korang sebagai pengguna..


Jadi…, sekarang ni Spy nak bagi satu solution yang akan untungkan korang semua… Apa kata kita boikot je semua kemudahan asas, barangan keperluan, barangan harian dan barang makanan yang naik harga…


Kita BOIKOT kedai atau syarikat atau supermarket atau hyperstore yang jual barang mahal. Kita cuma beli yang murah jee atau tak payah beli langsung… Spy yakin, kalau korang semua boleh buat ni, mesti kita akan untung…


Itu je yang Spy nak cakap… Spy pun rakyat Malaysia macam korang jugak dan Spy tak percaya Anwar dan Pakatan boleh kekalkan semua harga keperluan asas atau barang-barang bila dorang memerintah.. Cakap memang senang beb.., nak buat tu yang payah… Alaaaa.., macam janji hancing 16 September tu laaa…


So, apa yang Spy nampak sebagai rakyat Malaysia ialah.., rakyat Malaysia dah terlalu lama makan subsidi sehingga bertukar menjadi generasi subsidi….. Dan ini akan berterusan… Spy tak tahulah sampai bila, tapi Spy yakin ia akan berterusan..


Kesimpulannya.., belajarlah berterima kasih kepada pemimpin kerajaan.. Jangan tahu nak hentam je sedangkan berterima kasih nya tidak…


Dipetik daripada : mykpmu.net

Tarif Elektrik: Isunya Bukan TNB Tapi Subsidi


Beberapa hari lepas penulis ada menulis mengenai harga minyak yang tidak naik dan apa yang dilakukan pembangkang mengenainya, sama ada nak puji kerajaan atau apa. Tapi dalam penulisan tersebut, penulis ada mengatakan bahawa kalau minyak tak naik akan ada benda lain yang naik untuk menampung perbelanjaan subsidi kerajaan.


Dan buktinya, tarif elektrik pulak naik semalam.


Penjelasan kerajaan, untuk rakyat (pengguna domestik) yang menggunakan elektrik lebih 3ookw sebulan, akan ada kenaikan, untuk yang tidak menggunakan tenaga sebanyak itu, tidak berlaku kenaikan langsung. Tapi siapa yang peduli? Yang mereka tahu asal saja ada yang naik, akan adalah bantahan, lebih lagi bila pembangkang masuk campur.


Sudahlah selama ini pun pembangkang sering memainkan isu subsidi kerajaan kepada IPP yang dikatakan menjadi punca TNB sering menaikkan harga tarif. Kebenaran disebalik dakwaan itu masih tidak terbukti dimana-mana kerana jikapun ada subsidi kepada IPP, ia untuk rakyat juga akhirnya kerana dengan subsidi itu IPP menjual tenaga yang lebih murah kepada TNB dibanding tanpa subsidi.


Personaliti yang sering jadi sasaran ialah Vincent Tan (melalui Berjaya Group) yang dikatakan kroni orang tertentu tapi ramai tak tahu, selain Vincent Tan ada ramai pengusaha IPP lain yang dimiliki bumiputera antaranya Jimah Power di Negeri Sembilan.


Yang ada otak fahamlah, yang tiada otak bagaimana?


Berbalik pada isu kenaikan tarif ini, banyak pihak nak menuding jari kepada TNB walaupun TNB sendiri terikat kepada kerajaan. Sebagai GLC yang dimiliki sebahagiannya oleh Khazanah Holding Bhd – sayap pelaburan utama kerajaan dibawah Kementerian Kewangan, TNB tidak punya autonomi untuk menaik atau mengurangkan tarif sesuka hati.


Sama halnya dengan syarikat utiliti lain milik kerajaan seperti TM, PLUS dan Pos Berhad (kini milik Tan Sri Syed Bukhari).


Ramai rakyat yang tidak tahu bahawa peranan kerajaan di dalam selia kawal syarikat berkaitan kerajaan ialah “Hands Off, Eyes On”. Maksudnya dalam banyak hal berkaitan operasi GLC, kerajaan tidak akan masuk campur kecuali bila ia berkaitan dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.


Dalam hal ini, kenaikan tarif elektrik.


Jadi suka atau tidak, ini (kenaikan tarif) memang sebenarnya keputusan kerajaan, bukan TNB dan apakah pertimbangan kerajaan bila menaik atau menurunkan tarif TNB? Tidak lain dan tidak bukan subsidi.


Bagi menghasilkan tenaga, IPP dan TNB sendiri (bukan semua) menggunakan gas asli dimana gas asli ini dijual oleh Petronas pada kadar RM 10.70 bagi setiap mmbtu (BritishTermal Unit) berbanding harga sebenar.


Bagi IPP yang menghasilkan tenaga menggunakan arang batu, kerajaan tidak memberikan subsidi kerana arang batu yang digunakan untuk menghasilkan tenaga di Malaysia diperolehi dari luar negara yang harganya tidak dikawal oleh kerajaan, disamping penggunaannya yang mencemarkan alam sekitar.


Untuk gas asli saja kerajaan (melalui Petronas) telah memberikan subsidi sebanyak hampir antara 71-77 peratus bagi setiap mmbtu dan dalam keadaan sekarang, jumlah ini semakin hari semakin meningkat. Pengiraan mudah, bagi setiap RM 10.00 kerajaan menanggung subsidi antara RM 7.


And again, bila membicarakan tentang subsidi, sudah tentu pertimbangannya ialah bagaimana bijak kerajaan menguruskan subsidi agar negara tidak jatuh bankrap dalam masa yang sama.


Soal subsidi tenaga memang soal yang sangat berat, sebab itu tiada parti yang mampu menulis di manifesto pilihanraya untuk mengekalkan harga murah pada setiap masa dan selamanya. Dalam soal BN, walaupun tak tulis, kita beri juga dan kaji dari masa ke semasa.


Gunung yang ditakik setiap hari pun akan jadi tanah rata juga akhirnya.


Kalau boleh penulis memang mahu semua benda murah, minyak murah, letrik murah, air murah, gula murah, beras murah, bukan setakat murah saja tapi kekal murah sampai bila-bila. Tapi kebenarannya kita semua tahulah – itu tidak akan berlaku sampai bila-bila pun walau siapa pun menjadi kerajaan di Malaysia ini, setakat cakap sebelum dapat bolehlah.


Yang boleh kita buat ialah mengawal penggunaan tenaga, mana yang tidak perlu padamkan, jangan dibazirkan bagi mengelakkan penggunaan tenaga melebihi 200kw sebulan. Gunakan juga peralatan elektrik yang mesra alam dan tidak menggunakan tenaga yang banyak.


Itu jelah pilihan yang ada, apa lagi yang boleh dibuat?


Dipetik daripada sumber : Bernama

Subsidi: BN Jauh Lebih Pemurah Dari Pakatan


Yang sering digebang kerajaan diperintah Pakatan adalah negeri berkebajikan, sebagai bukti kepada slogan itu dibagila sedikit gula-gula dalam bentuk air subsidi sebanyak 20m3 padu pada setiap bulan atau bersamaan RM 11.40 atau RM 11 juta sebulan.


Tapi dia punya wayang, macam semua bagi subsidi yang sama, walhal satu out of empat negeri yang diperintah dan yang duduk rumah pangsa tak merasa pulak tu.


Yang ramai terlupa ialah, dibandingkan RM 11.40 satu bulan oleh kerajaan Pakatan (Selangor sahaja) tu, BN bagi lebih banyak subsidi kepada rakyat di seluruh negara tanpa mengira siapa. Takla macam kerajaan Pakatan, bagi subsidi hanya untuk segelintir, yang lebih layak tidak merasa.


Meh kita buat kira-kira, daripada sejumlah pendapatan satu bulan rakyat Selangor (tolak yang duduk rumah pangsa), RM 11.40 dapat dijimatkan. Gamaknya dapat beli banyak bendalah dengan RM 11.40 ini kot.


Tapi jimat tetap jimat, itu kita akui.


Ok, mari kita bandingkan pulak dengan subsidi yang diberikan kerajaan BN. Satu liter petrol yang dipam masuk ke dalam kereta, rakyat dapat jimat RM 0.43 sen, sekali isi secara purata 15 liter atau bersamaan RM 6.45 sen, itu SEKALI ISI tau. Satu bulan berapa kali isi? Tak payah kiralah, yang nyata jauh lebih banyak dari RM 11.40 yang dijimat rakyat dari subsidi air kerajaan Pakatan (Selangor sahaja).


Dan subsidi minyak ini semua dapat. duduk rumah pangsa ke tidak, tak macam di Selangor dalam soal subsidi air.


Itu baru satu, bagaimana pulak dengan subisidi lain seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan segalanya. Semua ini yang membawa kepada perbelanjaan besar kerajaan sehingga mencecah RM 20 bilion setahun untuk subsidi sahaja.


Mungkin ada yang kata itu kewajipan kerajaan untuk bagi subsidi kepada rakyat. Yakah? Kalau kewajipan, kenapa Pulau Pinang tak bagi subsidi air? Kenapa Kedah tak bagi subsidi air? Kenapa rakyat yang duduk rumah pangsa di Selangor tak dapat subsidi air?


Kedah, subsidi beras pun tak boleh bagi kepada rakyatnya, on top of subsidi sedia ada yang diberikan kerajaan BN, walhal dia pengeluar utama beras di Malaysia. Kenapa? Tak boleh lah nak bagi alasan kerajaan pusat kontrol atas sebab logik sama yang digunakan pembangkang dalam soal subsidi petroleum yang diberikan kerajaan pusat.


Kenyataan semua kerajaan wajib bagi subsidi itu sendiri adalah satu pembohongan sebab kita semua tahu tak semua macam tu, kalau ya, taklah minyak subsidi kita, gula subsidi kita, beras apa segala diseludup keluar ke negara jiran.


Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia hasil kejayaan kerajaan BN, ini Pakatan tak boleh nak nafi tapi bagaimana rakyat rasa hasil kekayaan itu selain dari subsidi air yang bukan semua merasa pun? Kalau kita turun padang hari ini, tak siapa dikalangan rakyat Selangor yang rasa negeri yang depa duduk itu negeri kaya!!


Tapi perwakilan PKR Sabah merasa hasil kekayaan Selangor sebab semua perbelanjaan penginapan mereka ditanggung kerajaan Selangor.



Tapi subsidi yang diberikan kerajaan BN, semua merasa termasuklah beberapa kerat dari negara jiran. Kalau tidak kerana cetusan ide Perdana Menteri, rakyat asing diharamkan untuk guna minyak RON95, rakyat asing ini juga akan merasa nikmat dari kemurahan hati kerajaan BN.


Kita akuila sumber kerajaan pusat lebih banyak tapi itu bukan isunya, isunya dapat banyak, bagi subsidi pun banyak juga, bukan dapat banyak tapi subsidi sikit macam di Selangor.


Anyway dipandang dari apa sudut sekalipun, kerajaan BN lebih-lebih memberi kebajikan kepada rakyat negara ini dibanding negeri-negeri Pakatan macam Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang gebang besar pasal negeri berkebajikan ini.


Kelantan? Penulis takyah sebutlah atas alasan yang semua sedia maklum.


Dipetik daripada : mykpmu.net