Tuesday, February 16, 2016

Aktivis BERSIH Dihalang Masuk Sarawak... Padan Mukanya !!!

KUALA LUMPUR : Pengurus sekretariat BERSIH Mandeep Singh memberitahu, beliau dilarang memasuki ke Sarawal setelah berada di negeri itu selama 3 hari bagi melakukan kerja pemantauan perjalanan pilihan raya negeri yang dijangka berlangsung April depan.

Mandeep berkata, beliau dimaklum perkara itu sewaktu tiba di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebentar tadi untuk menaiki pesawat kembali ke Kuala Lumpur.

"Saya sudah di Sarawak sejak Sabtu lepas (13 Februari) dan sepatutnya hari ini saya pulang semula (ke Kuala Lumpur). Apabila sampai di imigresen, pegawai berkenaan meminta saya tunggu dan dia menyemak cara saya masuk ke Sarawak.

"Saya beritahulah yang saya masuk seperti biasa menerusi lapangan terbang dan kemudian sata dimaklumkan yang nama saya termasuk dalam senarai larangan sejak 28 Januari," katanya yang dipetik The Malaysian Insider.

Mandeep kini dalam perjalanan kembali ke Kuala Lumpur dengan pesawat Rayani Air yang dijadualkan berlepas pada 9.50 malam.

Baru-baru ini Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin disekat memasuki negeri bumi kenyalang itu untuk tujuan yang sama.

Selain Zuraidah, turut menerima nasib yang sama adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua; setiausaha agung, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Sebelum ini Nurul Izzah menyifatkan Adenan sebagai pengecut apabila tidak membenarkan Zuraidah memasuki Sarawak. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment