
Sunday, February 14, 2016
BN Dilihat Masih Relevan Di Sarawak, Kata Hishammuddin

KLUANG : Barisan Nasional (BN) dilihat masih relevan di
Sarawak berdasarkan sokongan rakyat pelbagai kaum dan lapisan umur, kata
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata berdasarkan lawatannya baru-baru ini ke Sarawak,
penerimaan rakyat terhadap BN dan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan
Sri Adenan Satem juga dilihat cukup baik.
“Saya tidak suka perkataan deposit tetapi saya percaya negeri itu
akan sentiasa memastikan BN terus relevan di Sarawak,” katanya ketika
ditanya adakah Sarawak akan terus menjadi deposit BN pada pilihan raya
negeri Sarawak ke-11. Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir
pada Jun ini.
Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian
kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen
Sembrong di Restoran Sin Yu Lee, Paloh, dekat sini hari ini.
Beliau berkata kepimpinan Ketua Menteri Sarawak berada di tahap yang cukup tinggi.
“Ini penting untuk kami buktikan bahawa apa sahaja serangan yang
dibuat terhadap parti ini, akhirnya yang akan menentukan adalah rakyat …
majoriti rakyat.
“Bukan mereka yang kuat menyorak, bukan mereka yang kuat menuding
jari, mereka yang selalu dalam media sosial tetapi pengundi yang akan
tentukan jatuh bangun parti,” katanya.
Hishammuddin berkata justeru itu adalah penting bagi kepimpinan parti
komponen BN di Sarawak mengekalkan kebijaksanaan, persefahaman dan
persamaan dalam mengatur strategi menjelang pilihan raya negeri akan
datang.
“Persefahaman antara parti-parti komponen BN di Sarawak mestilah
berada dalam satu, perancangan yang rapi dan keduanya mesti bersatu
dalam memastikan kemenangan calon-calon kita (BN),” katanya.
Beliau berkata, kebijaksanaan, kesamaan dan persamaan yang telahpun
wujud begitu lama dalam BN diharapkan dapat diterjemahkan kepada agihan
kerusi pada pilihan raya negeri itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment