Sunday, February 14, 2016
Buruk Betullah..... Jahat Dan Sikap... Buat Fitnah.... Menteri Pengangkutan Nafi Juruterbang MH370 Ditemui Di Taiwan
KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada
Jumaat menafikan laporan yang mendakwa juruterbang MH370 sudah dijumpai
dan sedang dirawat di sebuah hospital di Taiwan.
"Kementerian ini akan memberi maklumat terkini mengenai MH370 dari
semasa ke semasa. Sebarang maklumat mengenai MH370 perlu dirujuk kepada
kami," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
"Jangan buat spekulasi," kata Liow selepas menyaksikan upacara
menandatangani memorandum persefahaman antara Shell dan Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Portal worldnewsdailyreport.com mendakwa juruterbang MH370, Kapten
Zaharie Ahmad Shah, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tebing
Sungai Tangshui oleh penduduk kampung, yang kemudian menghantarnya ke
Taipei Adventist Hospital.
Portal itu juga menyiarkan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia, Dr Jeyaindran Sinnadurai, yang disebutnya sebagai Dr Syed Boon
Sulong.
Pejabat Konsulat Malaysia di Taiwan mengesahkan laporan itu sebagai tidak benar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment