Tuesday, February 16, 2016
Dr Shahidan Kassim Hanya Mahu Pertahankan “Mufti Kesayangannya” Sahaja – Dr Zamihan
KUALA LUMPUR : Wacana ekstremisme, yang
dibatalkan, bersama mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin adalah
idea Datuk Seri Shahidan Kassim, dakwa Zamihan Mat Zin.
Pegawai agama itu juga mendakwa rancangan menganjurkan wacana
tersebut semata-mata untuk mempertahankan “mufti kesayangan” menteri di
Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu.
“Dia yang tentukan pengerusi, tempat, peserta dan jemputan. Sedangkan
dia sendiri anak murid Asri. Di situ pun sudah tidak seimbang.
“Sekarang ini kerja kelam-kabut sebab Shahidan begitu teruja
mempertahankan mufti kesayangannya,” katanya, yang bertugas di
Kementerian Dalam Negeri (KDN), kepada sebuah portal.
Selepas membatalkan wacana tertutup di auditorium JPM pagi ini
melalui Facebook, Shahidan kemudian mengumumkan diskusi kecil sebagai
menggantikan majis itu turut dibatalkan.
Tambah ahli Majlis Tertinggi Umno itu, wacana yang hampir sama menampilkan Asri dan Zamihan mungkin akan dianjurkan sebuah syarikat akhbar tempatan.
Diskusi ilmiah dengan topik yang sama antara dua agamawan itu, boleh
dianggap “seteru perang dingin” dalam tempoh beberapa tahun, dirancang
jam 8.30 malam esok oleh akhbar tersebut.
Dihubungi hari ini, Zamihan berkata debat bersama Asri sedia
diteruskan asalkan penganjur menghantar jemputan kepada pihak atasannya.
Katanya, apa juga format pertemuan bersama Asri dipersetujuinya
asalkan penganjur bersikap profesional dan serius menganjurkan debat
itu.
“Saya pemain serba boleh. Saya boleh jadi penyerang atau pertahanan.
Saya tidak kisah debat atau wacana ilmiah, forum, [jamuan petang]
hi-tea, sidang meja bulat, tidak ada masalah.
“Saya penjawat awam, saya kena minta kebenaran daripada menteri, ketua setiausaha dan ketua jabatan saya,” katanya.
Selepas kenyataan Shahidan, Asri mendakwa bersetuju hadir ke program
esok dengan syarat ada rakaman dan ia disiarkan langsung melalui
Internet.
Mufti itu juga berkata syarikat akhbar yang berkenaan memaklumkan sudi untuk menjadi penganjur utama dengan mengekalkan waktu yang sama esok tetapi lokasi akan dimaklumkan kemudian.
“Jika itu pun terhalang, pihak Asri
dengan ini menjemput Zamihan pada tarikh dan masa yang sama ke Perlis.
Tempatnya ialah Masjid Alwi, Kangar iaitu satu tempat yang harmoni,”
kata satu kenyataan di laman rasminya di Facebook.
“Ini bersesuaian dengan cabaran beliau untuk datang berhujah di
Perlis di mana sahaja, masjid, universiti, istana atau pun rumah orang
kaya (seperti dalam rakaman beliau).”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment