
Sunday, February 14, 2016
Jangan Curah Garam Di Luka Yang Dalam

Adat berkumpulan,
maka setiap ahli kumpulan perlu bersatu padu mencapai cita-cita
kumpulan. Adat berpasukan, kekurangan yang ada, ditampung dengan
ahli-ahli yang ada, yang masing-masing punya kelebihan dan kelemahan
sendiri.
Adat menjaga hubungan tatkala berpasukan,
jangan mudah memberi gambaran negatif kepada sesama ahli, apatah lagi
mengkhabarkannya kepada yang bukan ahli.
Adat berketua, tegurlah ketua dengan
kapasiti yang ada. Sedang jika berjawatan seorang Timbalan, maka mengapa
perlu disuarakan kepada umum tentang perkara-perkara yang tidak
sepatutnya? Apatah lagi, jika si ketua membuka sebesar-besar ruang
perbincangan, kepada yang mahu berbincang.
Seni berpolitik, kadang-kadang dapat diduga akan motif di sebalik sebarang ucapan yang dilafazkan. Bila bercerita tentang satu pasukan, atau
kumpulan, atau organisasi, ia bukanlah bergantung kepada satu individu
sahaja. Ia harus merangkumi barisan kepimpinan yang ada, dalam memimpin
ahli-ahli yang ada, juga memperkasa organisasi
Tidaklah berniat menafikan hak kebebasan
bersuara, namun dalam berpasukan, ada seni berkomunikasi, dalam memikul
tanggungjawab, ada tugas dan adab. Benarlah kata-kata “berkata benarlah
walaupun pahit”, namun apabila kata-kata itu diletakkan di tempat yang
salah, sejauh mana kebenaran melafazkan kata-kata itu?
Jika ikhlas menjadi alasan, namun jangan
tersinggung pula jika orang lain melihatnya pula sebagai bermotif.
Politik, bukankah ianya seni berkemungkinan?
“Diam itu emas”, kata-kata tersebut juga ada kebenarannya, mengapa menghindarinya pula?
Jika ikhlas ingin melihat organisasinya
kembali utuh, maka janganlah pula mencipta kondisi ibarat mencurah garam
di luka yang dalam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment