
Sunday, February 14, 2016
Tak Perlu Pekerja Asing, Rakyat Malaysia ‘Sedia’ Ganti Bangla…

Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang isu pekerja asing yang masuk
bekerja di Malaysia. Mungkin enggan berfikir panjang dan mudah
terpengaruh, ada yang marah-marah dan menuding jari menyalahkan pihak
kerajaan.
Selaku rakyat Malaysia, saya mempunyai pandangan mengenai isu ini.
Sekiranya ada pilihan, saya juga seperti rakyat Malaysia yang lain,
enggan melihat pekerja asing di negara kita. Jika boleh, mereka yang
‘diimport’ penjajah British pun mungkin tidak sepatutnya berada di sini…
Pada pandangan saya, majoriti warganegara Malaysia merupakan
masyarakat yang sangat ‘rajin’ dan ‘tidak memilih kerja’ sebenarnya.
Semuanya sangat suka bekerja, namun ‘tidak’ diberi peluang untuk
menunjukkan ‘kehebatan’ mereka.
Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang berkelulusan SPM, mereka ‘sangat
suka’ untuk menjadi buruh ladang. Mereka ‘selalu memohon’ kerja di
ladang sawit dan getah, tapi tidak diterima.
Khabarnya, setelah kecewa ‘ditolak’ untuk bekerja sebagai ‘buruh
ladang’, mereka cuba pula minta kerja sebagai ‘buruh kontrak’ di
tapak-tapak pembinaan. Mereka ‘memang mahir’ bancuh simen, ikat bata,
baca pelan struktur dan ‘sanggup’ kerja kuat tengah panas. Tapi mereka
‘ditolak’ juga.
Ada juga yang hanya lulusan SRP ekoran terlalu ‘rajin’ ke sekolah
dulu mencuba nasib memohon kerja sebagai ‘chef’. Mereka ‘tahu’ semua
jenis masakan unik dari pelbagai negara. ‘Sedap-sedap’ pula masakan
mereka. Tapi entah mengapa, permohonan mereka juga ‘ditolak’ majikan.
Bagi mereka yang memiliki diploma dan ijazah, mereka ‘sanggup’
bekerja dengan menerima gaji yang ‘kecil’. Walaupun majikan-majikan di
negara kita semuanya ‘mampu-mampu’ belaka, mereka tetap mendesak supaya
diberikan gaji yang ‘rendah’.
Saya yakin, mereka berbuat demikian kerana mereka mungkin
mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang ‘hebat dan fasih’,
‘berpengalaman lebih 10 tahun’ dalam kerjaya yang dipohon selain memang
‘sanggup’ hidup susah dengan ‘gaji cukup makan’.
Jika hendak tahu, semua bangunan besar di Kuala Lumpur dan di seluruh
negara adalah ‘hasil kerja tangan rakyat Malaysia yang rajin dan tidak
memilih itu’. Merekalah yang bina sekolah, KLCC, KLIA, Putrajaya dan
semua bangunan pencakar langit’…
Mungkin kerana itulah negara kita ‘tidak’ memerlukan pekerja asing
dan rakyat Malaysia yang ‘rajin-rajin’ serta ‘kuat bekerja tanpa
memilih’ itu marah bila kerajaan mahu membawa masuk pekerja asing masuk.
Justeru itu saya rasa, tidak perlulah import masuk pekerja asing
ke negara kita. Lebih kurang 1 juta generasi muda rakyat Malaysia sedang
‘beratur’ mahu jadi buruh ladang, buruh pembinaan dan cuci tandas awam
di negara kita. #MohonTerasa…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment