Tuesday, February 16, 2016
Proton Panggil Semula 94,577 Model Exora, Preve & Suprema
SHAH ALAM : PROTON Holdings Berhad (Proton) akan
memanggil semula 94,577 unit kenderaan yang mengalami kerosakan selepas
mencapai perbatuan purata sebanyak 40,000 kilometer (km).
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Harith Abdullah berkata Proton
akan membelanjakan lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada
penyelesaian perkhidmatan untuk menggantikan hos penyejuk CFE yang akan
pecah disebabkan oleh degradasi bahan hos tersebut.
“Inisiatif panggilan balik semula ini akan bermula serta-merta dan dijangka mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan.
“Kami akan menghubungi para pemilik dan keutamaan akan diberikan
kepada kereta dengan perbatuan 40,000km dan ke atas,” katanya dalam
taklimat media di Pusat Kecemerlangan Proton pada Selasa.
Menurut Abdul Harith, kos untuk menggantikan hos getah berkenaan
hanya bernilai RM7-8 setiap satu, namun kos buruh akan menjadi mahal.
Model yang terlibat dalam inisiatif panggilan semula ini terdiri daripada Exora, Preve dan Suprima.
Dalam pada itu Proton turut memperkenalkan kepada media model terbaru
Proton Perdana yang dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun
ini.
Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, model tersebut
sudah boleh ditempah dan akan berharga antara RM100,000 hingga
RM150,000.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment