29/09/2010 11:42am
NEW YORK 29 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, saranannya supaya diwujudkan “Pergerakan Global Kumpulan Sederhana” adalah bertujuan mengajak pemimpin, ulama serta cerdik pandai dunia Islam tampil secara berani untuk menyuarakan pendirian secara terbuka dan tegas, sekali gus mengekang fahaman ekstremis.
Perdana Menteri berkata, cadangan yang dibuat dalam ucapan sulung beliau pada Perhimpunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini semalam menampakkan reaksi positif, sekali gus meningkatkan lagi profil Malaysia terutama dalam kalangan pihak di Barat.
Yang penting ialah bagi merangsangkan pendirian golongan tersebut, katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerjanya di sini petang semalam.
"Inilah titik tolak kepada apa yang disebutkan sebagai satu movement (pergerakan), bukannya sesuatu yang dirancang tetapi sesuatu yang disambut secara spontan supaya kesederhanaan Islam itu menjadi teras kepada pandangan mereka,” katanya.
Najib berkata, ia juga diharapkan boleh menggalakkan perbincangan ke arah penyelesaian permasalahan antarabangsa seperti konflik di Asia Barat. – Bernama
No comments:
Post a Comment