Wednesday, September 29, 2010

Majlis Doa Selamat, Tahlil, Doa Selamat dan Jamuan Raya di Rumah Ibu Ketua Penerangan UMNO Pancor

29 September 2010 (Rabu), Pancor : Bersempena dengan bulan mulia Aidil Fitri, di rumah ibu Ketua Penerangan UMNO Pancor, Saudara Syamsul Amri telah berlangsungnya Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Jamuan Aidil Fitri. Jamuan ini berlangsung selepas Isya' kira-kira jam 8.30 malam. Majlis ini berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu yang agak ramai juga. Ketua Masak yang utama adalah ibu Syamsul dan Mak Long Syamsul. Lebih memenatkan apabila, Mak Long mengalami demam teruk. Tapi walaupun demam, Mak Long tetap membantu, malahan menebar roti canai untuk majlis ini.
.
Jemputan utama pada malam itu adalah jemaah surau Kampung Pancor. Majlis tahlil arwah dan doa selamat telah diketuai oleh En Nasuludin (Cik Atan) iaitu Imam Surau An-Nur, Pancor.
.
Pelbagai hidangan istimewa dihidangkan, antaranya, Mee Bandung, Nasi Lemak Sambal Sotong, Roti Canai, Kuih-Muih, serta kuih-muih raya dan banyak lagi.
.
Tn Hj Shamsudin (Imam Masjid Paroi) dan isteri turut hadir ke majlis ini. Anak-anak Yatim dan Orang-orang Tua daripada Rumah Ibuku Sayang daripada Taman Pancor Jaya turut sama menghadiri majlis ini menjadikannya lebih meriah lagi. Kelihatan juga ramai saudara-mara serta rakan-rakan Syamsul yang bertugas di Majlis Perbandaran Nilai (MPN), antaranya Pn Ruhiyati Idayu (Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPN) dan suami, Puan Azura (PA Dato' YDP) bersama suami, Pn Maryanti Maarof dan suami, Yogis dan keluarga, Maria dan keluarga serta Raja Mohd Noor dan keluarga.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar untuk tatapan bersama.
.
Suasana ketika majlis tahlil bermula
Sementara itu di dapur yang sedang bertungkus-lumus sibuk menyiapkan hidangan
Suasana di suatu sudut dapur di mana jemaah wanita menyertai tahlil yang dijalankan
Suasana dari luar rumah
Suasana di bawah khemah yang mula di datangi para tetamu yang sudah tidak muat duduk di dalam
Suasana di dalam rumah
Semua menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa
Kelihatan anak Ketua Penerangan (Danish & Dhafir) yang sedang bergurau-senda bersama saudara-maranya
Doa yang dibacakan diaminkan bersama-sama
Kelihatan Pn Ruhiyati bersama suaminya En Aziz
Pn Maryanti yang sedang menjamu selera sambil memangku anaknya Hadif
Kimi yang leka menikmati Nasi Lemak Sambal Sotong
Kuih-Muih yang dihidangkan
Aneka Mee dan Mihun untuk di
Lauk-pauk yang mendapat sambutan
Suasana ketika jemaah surau menjamu selera
Suasana ketika para tetamu mengambil makanan
Anak-anak Yatim yang sedang menikmati jamuan dengan penuh berselera!
Di ruang tamu, tempat hidangan utama untuk Imam dan jemaah surau
Tiada banyak yang dapat diperkatakan melainkan hidangan yang memang menyelerakan!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment