Penulis ada sedikit tidak fahamlah dengan balaci PAS ini semua. Apa yang masalah bila MCA dan Gerakan masing-masing keluar kenyataan tidak setuju hudud dilaksanakan di Malaysia yang sampai berebut-rebut balaci kutip kenyataan masing-masing Chua Soi Lek dan Tsu Koon?
Pokok persoalannya ialah PAS kejap nak laksana hudud, kejap kebajikan, kejap komunis dan sekarang hudud balik. Itu isunya, MCA dan Gerakan apa pulak kena mengena? UMNO dari azali dah kata hudud tak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Nak tuduh UMNO kafir sebab berpendirian sedemikian? Cerminlah diri sendiri dulu.
3 tahun kebelakangan ini memang banyak perkara menarik tentang PAS. Sampai satu tahap, PAS setaraf macam PKR, perjuangannya ntah apa-apa. Oleh itu, toksahlah nak mengalih tajuk perbincangan dengan campur aduk kenyataan MCA dan Gerakan bila setiap kali isu hudud timbul balik.
Kedua parti ini memang menentang hudud, satu parti cina, satu lagi parti campur-campur, takdak beza dengan DAP yang kini jadi kawan PAS. Apa mau kondem? Hudud ini isu dimulai PAS, masalah PAS, so apa nak dikaitkan dengan MCA dan Gerakan termasuk UMNO?
Dalam Islam memang hudud soal perundangan tapi di Malaysia hudud adalah modal politik PAS nak dapatkan undi, tidak lebih dan tidak kurang. Macam-macam alasan beri kenapa tak mahu laksana tapi macam-macam janji beri macamlah nak buat sangat setiap kali ada pilihanraya atau dalam hal sekarang, dekat nak pilihanraya.
Cerita sebenarnya, MCA dan Gerakan mengaji hudud lebih baik dari PAS, sama juga DAP. Mereka tahu dan rujuk kepada negara-negara di dunia yang melaksanakan hudud sekarang. Tidak ada antara negara tersebut yang mengasing-ngasingkan hukuman antara Islam dan bukan Islam.
Arab Saudi sebagai contoh, kalau orang Islam bunuh orang, bukan Islam bunuh orang, hukumnya tetap pancung, mana ada beza-beza? Inilah situasinya yang berlaku dalam kes pembunuhan jururawat warga Britain Yvonne Gilford pada 1996 oleh Debbie Perry di Arab Saudi pada 1996. Pengakhirannya hukuman pancung tidak dilaksanakan, sebab keluarga Yvonne sanggup terima wang pampasan ganti darah – bukan sebab dia kristian, baca lanjut sini.
PAS saja dalam dunia yang mengasing-asingkan hukuman antara Islam dan bukan Islam. Islam mencuri potong tangan, kristian curi bayar denda.
Kaedah ini reflek keadilan Islam ka?
Ini tidak ikut Islam sama sekali, sebab itu kita kata hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia, tidak bermakna kita menolaknya. PAS saja dah tolak nak laksana hudud berapa kali dalam 3 tahun kebelakangan ni? Penulis rasa sudah beberapa kali, antaranya sebab ekonomi (Hadi Awang, 28 Disember 2008), paling banyak sebab perlembagaan (tapi dia janji boleh laksana), adakah itu menjadikan PAS tidak Islam dan balacinya murtad?
Cubalah PAS berhenti jadi bodoh dan belajar menerima kesilapan. Kesilapan pertama kerana menjadikan isu agama sebagai isu politik, kedua kerana cuba mengalih tumpuan kepada pihak lain setiap kali tidak boleh menjawab perkara asas yang dibincangkan.
MCA dan Gerakan tidak bersekutu dengan PAS, sebaliknya DAP. Jadi apa sahaja bantahan oleh 2 pihak ini sepatutnya tidak memberi kesan kepada politik PAS, sebaliknya pulak bila DAP yang buat bantahan. Gerakan dan MCA memberikan pendirian masing-masing yang jelas konsisten, bukan macam PAS. Kejap nak buat, kejap taknak buat, kemudian nak buat balik.
Kenyataan itu pulak diluar konteks politik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS dan DAP.
Dan berbincang tentang hudud ni pun (dalam konteks politik Malaysia) adalah satu pembaziran masa. Yang berjanji pun tak pernah nak melaksanakan walaupun dah berkuasa di beberapa negeri. Kelantan dan Terengganu ada draf, Kedah? Siapa ada dengar pasal draf hudud di Kedah? Seingat penulis tak pernah sekali dibangkitkan soal nak laksana hudud di Kedah, apatah lagi nak buat draf.
Pendek kata hanya modal politik, maklum, pilihanraya nak mula tak berapa lama lagi. Kita dok bincang panjang lebar, siap tuduh sana sini orang sebagai kafir, rupanya, hanya modal PAS nak dapat undi, nak dapat kuasa. Bila menang dan tak boleh nak buat, tuduh perlembagaanlah itulah inilah.
Ini semua skrip lama lah dei.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment