Thursday, September 29, 2011

Sejak Bila Pakatan Peduli Hal Kuota Melayu?


Kalau bab bertukar lidah demi nak dapat kelebihan politik ni kan, elok serah saja pada Pakatan. Zaman berzaman kita semua tahu perjuangan melayu/bumiputra ni hanya diusahakan oleh UMNO, kebetulan atau apa 99.999 peratus orang melayu di Malaysia adalah beragama Islam, tolak yang cuba dimurtadkan oleh gereja DUMC, Ayah Pin, Lina Joy dan Aishah Bukhari.


Tujuan sebut tu adalah kepentingannya.


Apa yang dinikmati orang melayu/bumiputra hari ini adalah hasil usaha UMNO, bukan hasil usaha siapa yang lain. Jadi kalau UMNO nak beri kouta, nak tarik kuota, nak kaji kuota, semuanya adalah sebab UMNO. Dan apa pun tindakan UMNO, tentulah berdasarkan kajian dan peredaran semasa. Seperti dilihat dalam hal kerajaan pusat memansuhkan ISA setelah memperkenalkannya lebih 50 tahun dulu.


Itu kalau betul nak tarik, masalahnya sekarang takde pun Perdana Menteri kata nak hapus kuota orang melayu?


Jadi sedikit pelik bila portal-portal berita Pakatan beria-ia memetik dan memutar belit kenyataan Perdana Menteri untuk ‘mengelak’ (bukan menghapus) bergantung kepada kuota orang melayu/bumiputra.


Penulis tidak mahu menulis panjang mengenai transkrip dan maksud disebalik kenyataan Perdana Menteri kerana sudah ada artikel dari portal sahabat sudah mengulas dengan lengkap kenyataan Perdana Menteri yang diputar belit Malaysia Kini dan Malaysian Insider.


Malah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga telah bercakap mengenainya lama dahulu tapi menggunakan kiasan ‘tongkat’.


Yang penulis ingin sebutkan ialah apa kepentingan hal melayu/bumiputra ini kepada Pakatan? Baik PAS, DAP dan PKR, kesemuanya adalah parti berbilang kaum dengan sedikit pengecualian kepada PAS yang terbuka kepada berbilang kaum asal beragama Islam (sekarang dah ada keahlian bersekutu yang terbuka kepada bukan Islam).


Melayu dan hak-hak istimewanya adalah hak eksklusif UMNO. Ini hakikat yang perlu diakui semua pihak. Semangat46 pernah cuba menjadi alternatif tapi konsep dan matlamatnya berbeza dengan UMNO. Sebab itu S46 berkubur dan UMNO terus subor.


Yang penulis nampak semuanya tentang undi. Undi melayu yang sebahagian besar kini bersama UMNO perlu dikurangkan. Jadi apa pun komen Perdana Menteri mengenai kuota dan hak keistimewaan melayu/bumiputra yang lain, mempunyai nilai tersendiri dari pandangan politik Pakatan, lebih lagi kalau yang diputar belitkan.


Pakatan sendiri tidak mempunyai minat untuk meneruskan hak keistimewaan melayu/bumiputra, bahkan itu juga yang menjadi punca DAP ditubuhkan hasil desakan golongan cauvanis cina yang jelas tidak senang dengan kelebihan tersebut.


Pendek kata, jangan terkeliru. Isu ini timbul dan dihebohkan bukan sebab Pakatan akan meneruskan kuota dan segala hak keistimewaan melayu/bumiputra sedia ada, tapi sebab nak dapat kelebihan undi sahaja. Cara ditulis sahaja begitu, nama pun spin, semua pun demi politiklah.


Mana ada yang lain dari itu?


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment