Thursday, September 29, 2011

Rumusan Seminggu: PAS Bukan Lagi Untuk Semua


Kembalinya PAS kepada perjuangan menubuhkan negara Islam dan hudud menunjukkan berakhirnya sebuah era. Era yang penulis maksudkan ialah era ‘PAS For All” atau PAS Untuk Semua. PAS kini kembali menjadi milik dan pilihan orang Islam sahaja seperti mana sebelum ini.


Tidak mungkin akan ada orang bukan Islam yang nak menyokong PAS dengan negara Islam dan hudud. Selepas PRu12, rakyat bukan Islam melihat PAS gagal nak berlaku adil dikalangan orang Islam pun, apatah lagi dikalangan orang bukan Islam. Sedangkan keadilan Islam tidak mengenal batasan politik, tak macam PAS.


Kalau semua masih ingat, alasan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dulu ialah kononnya PAS nak tarbiah DAP mengenai Islam (ketika itu penulis ketawa 2 hari penuh), selepas itu kita semua tahulah siapa yang tarbiah siapa. PAS hanya jadi alat untuk menjalankan kerja-kerja diperingkat bawah sebab asas akar umbinya yang kuat, bagi kepentingan DAP dan PKR.


Tapi bila DAP mula mengambil kesempatan menyebarkan pengaruhnya dikalangan orang melayu yang rata-rata beragama Islam, PAS mula goyang. Dan sekarang ini mula timbul balik macam-macam yang jadi taboo sejak 3 tahun lepas.


Hari ini penulis tak minat nak bercerita sebab musabab disebalik perubahan perjuangan PAS, dari negara Islam kepada negara berkebajikan sebelum kembali semula kepada negara Islam. Penulis rasa jawapan itu semua pun sudah tahu, kerana politik dan sebagai parti yang bertuhankan politik, PAS akan melakukan apa sahaja untuk kekal relevan dinegara ini.


Pakatan Rakyat pun bukanlah sebuah organisasi berdaftar, sama seperti Barisan Alternatif atau Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dulu, sesiapa pun boleh keluar dan masuk sesuka hati, macam tandas awamlah, cuma tandas lebih tinggi tarafnya dari Pakatan Rakyat sebab kena bayar duit sebelum masuk.


Umpamanya, DAP nak keluar masuk balik dan keluar balik 3 kali sehari pun, tidaklah memberikan apa-apa kesan.


Berlainannya dengan BN. Kita pertubuhan berdaftar, bertanding dalam pilihanraya pun pakai lambang sama, bukan asing-asing. Keluar dari Barisan Nasional memang mudah tapi bila nak masuk semula atau sebagai komponen baru, perlu dapat persetujuan komponen lain secara sebulat suara. Ini yang berlaku kepada IPF, KIMMA dan Makkal Sakhti yang dihalang kemasukkannya oleh MIC (tapi kekal menyokong BN).


Balik pada PAS tadi.


Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR memang langsung tidak menguntungkan PAS. Slogan PAS For All itu jelas merupakan satu kegagalan bila parti itu hanya dikedudukkan paling bawah dari segi jumlah kerusi parlimen walaupun berjaya menguasai 2 kerajaan negeri (Kedah dan Kelantan). Nampak gah tapi sebenarnya tak kemana pun.


Kekalahan PAS di beberapa piihanraya kecil kebelakangan ini juga menunjukkan tahap sokongan rakyat yang semakin menurun.


Inilah agaknya yang difikirkan Nik Aziz apabila mengambil risiko besar dengan mengumumkan untuk melaksanakan hudud di Kelantan, seterusnya mengenepikan perasaan DAP yang jelas ‘terbakar’ dengan kenyataannya itu. Walaupun hanya di Kelantan, tapi DAP melihat ia satu permulaan untuk hudud dilaksanakan di peringkat nasional pula.


Belajar dari kesilapan 1999, DAP sudah pun menentang PAS habis-habisan dan bermati-matian.


Sekarang semua yang dulu kami perjuangankan mengenai penubuhan Pakatan Rakyat ini, sudah mula menunjukkan kebenarannya. Hari ini tidak ada lagi sebarang kemusyikilan, Pakatan Rakyat memang ditubuhkan untuk mengelirukan rakyat kononnya ada kerjasama dan perpaduan dikalangan 3 parti terbesar pembangkang.


Sedangkan hakikatnya, masing-masing kekal dengan asas perjuangan masing-masing.


Mengelirukan mungkin ayat yang sedikit beralas, hakikat sebenarnya PAS, DAP dan PKR menipu rakyat dengan kerjasama palsu. Mati-matilah ingat depa betul-betul berkomponen, rupanya hanya temberang semata-mata.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment