Thursday, September 29, 2011

Hudud: Siapa kena bom, esok? Pas atau DAP?


Lebih kurang setengah sejam dari sekarang, Pakatan Haram yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan membuat kenyataan media di ibu pejabat Pas mengenai pendirian pakatan pembangkang itu tentang perlaksanaan hukum hudud sebagaimana yang diminta oleh Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat.


Keputusan yangg dijangka ada dua. Sama ada Pakatan Haram akan bersetuju untuk melaksanakan hudud Pas itu, atau tidak bersetuju. Sekiranya Pakatan Haram bersetuju, maka ia adalah satu kemenangan untuk Pas dan hudud “ciptaan”nya. Dan sekiranya tidak, maka ia adalah satu kemenangan mutlak DAP sebagai parti dominan di dalam Pakatan Haram, sekaligus membuktikan taraf Pas yang berada di bawah tapak kaki mereka.


Saya amat hairan dengan Pas. Hudud yang puak-puak khawarij itu buat sering ditolak oleh DAP. Bukan hanya sekarang, malah sudah berpuluh-puluh tahun Pas mencanangkan hudud kepada DAP, mereka tetap menolak. Dulu, mungkin DAP menolak memandangkan dasar dan perjuangan mereka sangat bertentangan dengan Pas. Malah, mereka ketika itu merupakan musuh ketat! Pantang bertemu muka, ada saja yang tidak kena…



Namun kali ini, setelah Pas dan DAP sudah ber”kowtow” mengaku saudara sehidup semati, apakah DAP akan tunduk kepada hudud ciptaan Pas itu? Sanggupkah DAP memberi muka kepada Pas malam ini.


Sebenarnya, sidang media malam ini dijangka diadakan pada jam 10.30 tadi. Namun, mungkin kerana mesyuarat di sekitar lorong Hj. Taib itu mungkin “panas”, “sengit” dan “huru-hara”, maka ia masih belum selesai meskipun ketika saya menulis di sini pada jam 11 malam ini.


Agak-agaknya apa yang terjadi? Mungkinkah Lim Kit Siang akan keluar mesyuarat dengan mata lebam sebelah dan Nik Aziz patah riuk di sambut ambulance? Entahlah, saya tidak ada berada di sana sebenarnya. Hanya rakan-rakan saja yang berada di sana untuk memberikan info kepada saya di sini.


Apa-apa pun. Sekiranya DAP membenarkan Pas melaksanakan hudud, maka percayalah bahawa mereka akan kehilangan sebahagian besar undi dari kaum Cina. Malah DAP akan dilihat sangat lemah dan tunduk kepada Pas yang selama ini dilayan bagaikan parti kelas ketiga. Sanggupkah DAP menghadapi risiko itu?


Namun Pas, sekiranya DAP menang “wrestling” malam ini, saya tak tahu lagi di mana Pas nak letak muka. Malu semalu-malunya! Tapi, kalau mereka tak punya lagi rasa malu dan sememangnya bermuka tembok, sudah tentu mereka akan terus terhegeh-hegeh untuk bersama Pakatan Haram. Nak keluar dari Pakatan? Ada telur ke? Ada maruah ke?


Kita tunggu saja malam ini. Dan pastinya esok, “bom-bom nuklear” sudah menanti mereka. Cuma ada dua kemungkinan, sama ada DAP yang kena, atau Pas yang akan kena. Yang mungkin sedikit terselamat ialah Anwar dan PKR. Maklumlah, Anwar dan PKR tu mana ada pendirian. Tak ubah macam lalang! Tapi, selalunya mereka akan menyebelahi DAP lah…


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment