Tuesday, April 14, 2015
BN Mempunyai Peluang Rampas Permatang Pauh, Pertahan Rompin – Safri
15 April 2015, Kuala Lumpur : Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO,
Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz menyifatkan Barisan Nasional (BN) tetap
mempunyai kelebihan di Permatang Pauh walaupun dilabel sebagai underdog.
Ianya jelas beliau berikutan isu-isu di pihak pembangkang yang memberi kelebihan buat BN untuk berusaha memenangi kawasan itu.
Justeru tambahnya lagi sebagai persediaan menjelang Pilihanraya Kecik
PRK melibatkan P44 Permatang Pauh dan juga P91 Rompin, Pergerakan
Pemuda UMNO telah pun mengagih-agihkan kedudukan dan gerak kerja
tersusun di kedua-dua kawasan terbabit.
“Umum semua mengetahui bahawa majoriti PKR di Permatang Pauh
dimenangi sebanyak 15 ribu lebih begitu juga di Rompin, BN menang dengan
majoriti 15 ribu lebih. Sudah pasti tumpuan dibuat dengan lebih
berkesan kerana Permatang Pauh juga melibatkan kawasan penduduk yang
agak seimbang dari segi kaum, sosioekonomi dan sebagainya.
“Saya bagi pihak Pemuda UMNO telah mengadakan mesyuarat dengan Pemuda
UMNO negeri Pulau Pinang dan Pahang yang mana mereka telah berjanji
akan menggandakan usaha memastikan supaya gerak kerja di kedua-dua
kawasan ini dapat ditumpukan dengan lebih baik terutama sekali berhubung
isu-isu yang berkaitan pilihan raya,” ,” ujarnya yang juga Setiausaha
Pemuda BN.
Jelas beliau, di Permatang Pauh walaupun umum mengetahui bahawa BN berada pada kedudukan istilah underdog
tapi dengan kedudukan isu di sebelah pihak pembangkang, sudah pasti BN
mempunyai kelebihan yang cukup untuk mengurangkan banyak majoriti dan
tidak mustahil untuk merampas kembali kerusi tersebut.
Manakala di Rompin pula tambahnya umum mengetahui bahawa menjadi kubu
kuat Barisan Nasional sekian lama dan sudah pasti gerak kerja Pemuda
UMNO akan memastikan supaya lebih kekal dan bertambah pada masa masa
akan datang.
“Pengagihan gerak kerja ini telah diatur dengan baik, di mana pihak
Pemuda UMNO telah turun ke dua-dua kawasan ini lebih awal dan kita telah
bertemu dengan pemimpin di peringkat akar umbi dan telah menyatakan
kesediaan mereka untuk bekerja lebih kuat untuk memastikan supaya gerak
kerja tertumpu kepada pengundi-pengundi muda yang juga terdiri daripada
pengundi-pengundi luar yang mungkin terpaksa kembali semula untuk
mengundi,” katanya.
Beliau turut menyeru di semua jentera di peringkat akar umbi supaya
memberi fokus pada setiap peti-peti undi yang mana terdiri daripada
ahli-ahli BN termasuk pengundi-pengundi yang bukan ahli-ahli parti untuk
berkempen dan meminta mereka untuk pulang ke kawasan masing-masing
untuk mengundi Barisan Nasional .
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian 7 Mei.
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang
Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721
undi.
PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri
Jamaluddin Jarjis setelah terlibat dengan nahas helikopter di Semenyih,
Selangor pada 4 April lepas.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 April dan hari pengundian 5 Mei.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment