Sepatutnya KJ perlu menggerakkan pemuda untuk memberi penerangan di peringkat bahagian , cawangan serta akar umbi selepas mendengar penerangan serta penjelasan dari presiden. Ini tidak dia pula mengarahkan presiden memberi penerangan.
Tuesday, April 14, 2015
Keliru Dengan Sokongan KJ
14 April 2015, Kuala Lumpur : Hari ini dunia politik agak keliru dengan
pendirian Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil KJ
terhadap kenyataan yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Kita sedia maklum ketika ini, Najib menerima hentaman hebat dari
beberapa pihak yang lantang mengkritik pertandbirannya. Contohnya, di
awal kritikan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, kita dapat melihat KJ seakan-akan condong ke arah menyokong
setiap kata-kata yang dikeluarkan Tun Mahathir.Ini kerana beliau mahu PM
harus menjawab sendiri persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir.
Sewaktu perjumpaan ketua-ketua pemuda UMNO bahagian bersama presiden
parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua tiga hari lepas, KJ
menukar nada dengan tegas memberitahu Pemuda UMNO termasuk dirinya tidak
pernah luntur kepercayaan dalam memberikan sokongan kepada Najib.
Malah, sokongan terhadap Najib adalah benar dan bukanlah palsu.
Tetapi, sewaktu ditanya oleh para wartawan mengenai kritikan dan isu
berbangkit yang dihadapi oleh Najib, jawapan yang diberikan oleh KJ
boleh dikatakan penuh dengan kritikan kepada presidennya sendiri.
Nadanya juga seperti memberikan arahan kepada orang atasan yang lebih
tinggi jawatan darinya.
Kenyataannya, KJ mahukan Najib mengarahkan agar siasatan 1MDB
dipercepatkan agar pesalah yang melakukan penyelewengan diambil tindakan
dengan segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Kemudian KJ menggesa pula supaya Najib perlu mendekati rakyat dan
memberikan penerangan mengenai isu-isu seperti 1MDB, kes pembunuhan
model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, jambatan bengkok dan
kedudukan politik semasa.
Sepatutnya KJ perlu menggerakkan pemuda untuk memberi penerangan di peringkat bahagian , cawangan serta akar umbi selepas mendengar penerangan serta penjelasan dari presiden. Ini tidak dia pula mengarahkan presiden memberi penerangan.
Minggu lalu Najib telah mengambil langkah yang berani dengan tampil
di TV3 dalam program soal jawab dan beliau telah menjawab semua
persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan juga Tun
Mahathir.
Dari awal lagi Najib telah mengarahkan siasatan secara terperinci
dijalankan ke atas akaun 1MDB kerana ianya adalah isu yang sangt
sensitif dan penting. Siasatan yang perlu dilakukan tidak boleh
dilakukan dengan sambil lewa dan pastinya, ianya akan memakan masa yang
agak lama kerana memerlukan ketelitian yang sangat tinggi. Pastinya kita
tidak mahu ada perkara yang tercicir dalam hasil siasatan tersebut.
Kes Altantuya pula, dengan terang Najib telah bersumpah dan menyatakan
beliau tidak mengenali model tersebut dan tidak terlibat dengan kes
pembunuhan model itu.Apabila beliau berkata demikian seharusnya semua
faham yang beliau tiada kaitan dan tahu menahu tentang pembunuhan serta
proses siasatan kes tersebut. Perkara ini telah pun disahkan sendiri
oleh PDRM dan Tun Abdullah yang menjadi perdana menteri ketika
pembunuhan tersebut berlaku.
Dalam isu ini, apakah KJ tidak mendengar dan menerima penjelasan yang
dibuat oleh Perdana Menterinya sehingga dia perlu memberikan ‘arahan’
kepada Najib mengenai tindakan yang harus diambil?
Yang pasti, Najib sebagai Perdana Menteri sudah tentu mengetahui
dengan lebih mendalam tanggungjawab dan tindakan yang perlu dilakukan
sebagai peneraju utama negara ini.
Seharusnya, KJ perlu ikhlas memberikan sokongan kepada Najib dan
bukanlah seperti bola yang berpusing-pusing dalam memberikan kenyataan
yang melibatkan Najib.Dia perlu lakukan tugasnya sebagai ketua pemuda.
Sekiranya perdana menteri yang perlu jelaskan siang dan malam di seluruh
negara siapa yang nak lakukan kerja-kerja hakiki PM ?
Ambillah contoh pemimpin-pemimpin yang lain yang tegas dan berani
menyokong dan mempertahankan Najib dalam setiap kenyataan yang dibuat.
KJ tidak perlu memanjangkan isu yang telah pun Najib terangkan supaya
rakyat tidak terus terkeliru dengan cakap-cakap pihak yang menyebarkan
maklumat yang palsu.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment