Tuesday, April 14, 2015
DAP Patut Cermin Diri, Belum Ada Lagi Pemilihan PAS ROS Campur Tangan
14 April 2015, Kuala Lumpur : Dap bukan sahaja tidak layak malah perlu
cermin diri sebelum membuat kritikan serta teguran terhadap rakan
sekutunya Pas kerana parti itu sendiri tercalar dalam soal demokrasi dan
penuh dengan pelbagai kontroversi lain.
Bekas aktivis Pas, Ustaz Mohd Riza Kamarudin berkata Dap yang pernah
terpalit dengan dakwaan melucukan semasa pemilihan CEC mereka sebelum
ini tidak seharusnya lebih sudu daripada kuah sebaliknya perlu nilaikan
diri sendiri terlebih dahulu.
Menurut beliau janganlah sepertimana kata perumpamaan ketam yang
mengajar anaknya berjalan sedangkan diri sendiri pun berjalan tidak
betul.
“Seingat saya Pas sehingga kini pemilihannya bukan sahaja tidak
tercetus sebarang kontroversi malah jauh sekali sehingga melibatkan
campurtangan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Begitu juga dalam soal kritikan
terhadap pemimpin mereka sendiri sewaktu muktamar. Mereka bebas untuk
bercakap.
“Jika dibandingkan dengan Dap pula, tidak perlulah saya mengatakan
secara mendalam kerana sebelum ini pemilihan CEC parti berkenaan
dikaitkan dengan pelbagai dakwaaan termasuklah soal perwakilan.
“Jika itulah perbandingannya amat jauh sekali untuk Dap memberi
sebarang teguran apatah lagi kritikan pedas terhadap pimpinan Pas. Jadi
kepada sekutu Pas itu renung-renungkanlah diri sendiri sebelum ghairah
buat teguran terhadap Pas,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari
ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang diingatkan bahawa beliau tidak berhak
‘mengajar’ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengikut
telunjuk parti tersebut.
Malah, Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed
berkata, Kit Siang juga mesti menghentikan kritikan dan tuduhan tidak
berasas terhadap Abdul Hadi.
Mengulas lebih lanjut Ustaz Riza seterusnya menambah Pas jauh lebih
ke depan berbanding sekutunya itu dan tindak tanduk Dap hari ini
hanyalah mengambil kesempatan di tepian semata-mata.
Ujar beliau dalam keadan mereka yang sendiri tercalar dan penuh
dengan kontroversi daripada pelbagai sudut, langkah berkenaan hanyalah
mahu menutup demokrasi yang semakin tercalar di dalam parti berkenaan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment