Tuesday, April 14, 2015
#PMJawab: Penerangan Perlu Sampai Ke Bawah
14 April 2015, Kuala Lumpur : PENULIS memandang tinggi sokongan tidak
berbelah bahagi yang diberikan kepimpinan tinggi UMNO terhadap Datuk
Seri Najib Tun Razak dalam berhadapan dengan serangan tidak faham bahasa
oleh Tun Mahathir Mohamad (90 tahun) dan kuncu-kuncunya.
Beginilah yang kita mahu, nak tunjuk
sikit pada Tun Mahathir bahawa UMNO mengamalkan demokrasi bukan tukar
orang ikut telunjuk jari macam yang dia mahu – komunis pun tak macam
itu. Suka naik, tak suka turun, siapa dia nak orang naik dan nak orang
turun?
Mestilah melalui peraturan sedia ada sesuai dengan amalan demokrasi negara kita.
Sekarang dengan sokongan yang ada, Datuk
Seri Najib perlu ke fasa seterusnya, iaitu turun ke bawah bertemu
dengan rakyat. Tun Mahathir ketika hebat diasak Tengku Razaleigh, Tun
Musa Hitam dan lain-lain dulu pun berbuat benda yang sama, mengadakan
program SEMARAK bertemu rakyat sebelum PRU tahun 1990 untuk kekalkan
sokongan.
Itupun setelah banyak berhabis wang
untuk mengadakan semarak, BN masih hilang Kelantan, kalah semua kerusi
DUN dan Parlimen buat pertama kali sejak 1978.
Menunjukkan, ketika
pemujanya memandang tinggi Tun Mahathir sekarang ini, Kelantan 2 penggal
dia tak mampu ambil balik, waima pernah lulus (macam rasuah) soft loan RM600 juta, nak
banding apa dengan prestasi Datuk Seri Najib dalam PRU13 – kali pertama
pimpin BN lawan depan berdepan dengan Anwar dan menang.
Tun Mahathir pun tak pernah lawan depan
berdepan dengan Anwar kerana ketika PRU 1999, Anwar dalam penjara (ikat
jamin pun tak dibenarkan), tapi Datuk Seri Najib sudah.
Kurang-kurang, Datuk Seri Najib bawa
balik 2 negeri yang kalah dalam PRU12 iaitu Perak dan Kedah – negeri
asal Tun Mahathir yang kini diuruskan oleh anaknya, Datuk Seri Mukhriz.
Cakap pasal Mukhriz, ingatkan kalaubuat perangai serupa ini zaman Tun
Mahathir, dah lama melayang, tak sempat tunggu 24hb.
Bagaimanapun, itu hanya selingan. Isu sekarang, apa selepas ini?
Setakat dengar penerangan Perdana
Menteri dan lupakan begitu saja, tak betul lah, tidak boleh begitu.
Semua sayap-sayap UMNO ini perlu turun ke bawah dan menerangkan apa
yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri mengenai fitnah dan dakwaan
palsu yang dilempar Tun Mahathir kepada beliau.
Terangkan bahawa RM42 billion hutang
1MDB itu adalah dengan bank, bukan duit rakyat, melainkan modal
permulaan RM 1 juta dan pinjaman mudah RM970 juta (perlu dibayar balik).
Bahawa sekalipun (tekankan sikit
sekalipun itu) 1MDB bankrap, aset sedia ada mampu membayar hutang, tapi
yang penting, 1MDB belum bankrap lagi banding dengan Perwaja dan RM 30
billion ruginya Bank Negara dalam perniagaan mata wang dibawah
kepimpinan Tun Mahathir dulu, itu semua (Perwaja & forex) duit
rakyat yang dah lebur, tak mungkin dapat balik.
Sentuh juga dengan soal pembelian jet
BBJ 777-200 pada zaman Tun Mahathir yang kini sudah sampai diganti baru
untuk keselamatan Yang Dipertuan Agung dan sebagainya.
Insiden-insiden kenapa jet itu perlu
ditukar seperti yang dijelaskan Perdana Menteri semalam, jangan pulak
dibawa keluar, itu hanya untuk pendengaran anda semua sahaja.
Tapi yang
penting, penerangan oleh Perdana Menteri itu perlu diluaskan kepada
rakyat supaya rakyat tidak dikaburkan dengan lakonan politik Tun
Mahathir yang bimbang legasinya tidak dibawa ketengah oleh Datuk Seri
Najib sebelum menutup mata.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment