Tuesday, April 14, 2015
Pemuda Pas Permatang Pauh serang PKR?
15 April 2015, Kuala Lumpur : Perang dingin membabitkan Pas dan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh
tercetus apabila Pemuda Pas kawasan itu secara terbuka mengingatkan
‘rakan’ mereka tentang punca kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di
kerusi ber-kenaan sebelum ini.
Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook hari ini, Pemuda Pas
Permatang Pauh mendakwa, kebiadaban PKR terhadap parti itu termasuk
mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan hukum hudud bakal memberi
masalah kepada parti tersebut.
Katanya, PKR telah berulang kali mengeluarkan pendirian tidak
bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud sedangkan demografi pengundi di
Permatang Pauh majoritinya terdiri daripada mereka yang berpendidikan
agama di sekolah-sekolah pondok.
“Kuliah mereka di Permatang Pauh telah mendidik penduduk tentang fundamental Islam yang menolak hudud.
“Padah hukumnya kerana pengundi yang bijak akan bertindak dalam PRK
Parlimen Permatang Pauh nanti,” demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga mengingatkan PKR bahawa kemenangan selesa parti
tersebut selama ini adalah kerana sokongan padu yang diberikan ahli Pas.
“Anwar menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan majoriti 11,721
undi dan jika dirujuk kepada keputusan rasmi membabitkan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Seberang Jaya dan Penanti, PKR hanya menang dengan majoriti
4,798 sedangkan Pas menang di DUN Permatang Pasir dengan majoriti 6,826
undi,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, PKR ketika ini turut mengalami kemusnahan
selepas Langkah Kajang yang disifatkan tidak begitu menjadi sedangkan
jati diri Pas semakin meningkat.
Dalam masa sama katanya, penyokong Pas telah hilang kepercayaan
terhadap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang celupar mengkritik Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Sehingga kini, AMK masih belum menarik balik kenyataan mereka dan
mustahil untuk anak kandung (Pemuda Pas) boleh bekerjasama dengan
insan-insan yang pernah mengutuk bapa kandung mereka.
“Mencalar maruah Presiden bermakna mencalar maruah Pemuda Pas,” kata kenyataan itu.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment