Tuesday, April 14, 2015
Siapapun Calon Di Rompin, Sudah Pasti Ia Yang Terbaik – Maznah
14 April 2015, Rompin : Naib ketua Bahagian Rompin, Senator Datuk Maznah
Mazlan berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang bakal
diadakan hampir serentak dengan PRK Permatang Pauh tidak menjadi
kekangan untuk memastikan rekod tanpa kalah Parlimen ini dipertahankan.
Jelasnya, walaupun ianya diadakan hampir serentak tetapi ianya berlainan kawasan serta latar belakang pengundi yang berbeza.
“Saya yakin Barisan Nasional (BN) akan terus mampu bertahan di sini
walaupun ada beberapa isu yang timbul namun ianya bukanlah satu masalah
yang besar.
“Apa yang pasti kami akan terus berusaha untuk memastikan Rompin
kekal milik BN dan kepercayaan rakyat tidak akan kita khianati,” ujarnya
kepada UMNO-Online.
Selain itu ujar Maznah, apa yang penting adalah semua yang terlibat
harus bersama-sama memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang bakal
dicalonkan mewakili BN.
Ini kerana jelas beliau calon yang bakal dipilih sudah pasti adalah
yang terbaik dan mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi.
“Saya yakin kepimpinan atasan parti sudah pasti menilai segala sudut
sebelum meletak seseorang itu sebagai calon. Maka kita harus terus
menyokong dan memastikan calon tersebut menang.
“Saya juga yakin rekod baik yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan
Sri Jamaluddin Jarjis mampu diteruskan oleh penggantinya,” ujarnya lagi.
Hari pengundian PRK Parlimen Permatang Pauh telah ditetapkan pada 7
Mei, hari penamaan calon pada 25 April dan 3 Mei merupakan hari
pengundian awal bagi pilihan raya kecil berkenaan.
Kekosongan Parlimen Rompin disebabkan penyandangnya, Tan Sri Dr.
Jamaludin Jarjis kembali ke rahmatullah selepas terkorban dalam nahas
helikopter di Semenyih pada 4 April lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013, Jamaludin mengekalkan kerusi
Parlimen Rompin yang disandangnya sejak 23 tahun lalu selepas
mengalahkan bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh dengan
majoriti 15,114 undi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment