Thursday, May 07, 2015
Kalah Di Permatang Pauh, Tidak Ada Apa Yang Perlu Dimalukan
EDITOR MENULIS.....
8 MEI 2015
Saya tidak nampak sebab kenapa
UMNO/BN perlu merasa terkesan dengan kekalahan dalam pilihanraya kecil
di Permatang Pauh. Awal-awal sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa Azizah akan
menang sebab orang disitu majoritinya mengundi kerana sentimen, bukan
sebab mereka nak wakil rakyat yang boleh berkhidmat.
Kalau pengundi Permatang Pauh nak wakil
rakyat yang berkhidmat, Azizah tak jadi wakil rakyat, dia bukan wakil
rakyat pun tapi wakil parti dan suaminya yang juga seorang peliwat
berulang.
Justeru, tidak ada apa yang perlu dimalukan dengan kekalahan tersebut sebab sentimen/persepsi/populariti memainkan peranan yang penting SEBAB ITU isteri peliwat pun boleh menang.
Di masa depan, saya cadang UMNO
berhenti meletakkan calon yang boleh berkhidmat di kawasan hitam seperti
Permatang Pauh, Bukit Bintang, Kepong dan lain-lain. Letak saja calon
yang hebat tang populariti dan permainan persepsi sebab rakyat di
kawasan hitam macam ini tak peduli dengan wakil rakyat yang boleh
berkhidmat.
Sekalipun calon berkenaan ada akhlak
yang rendah, tapi kalau dia popular, calonkan dia saja, lupakan pemimpin
bahagian dan sebagainya sebab ini semua jenis berkhidmat kepada rakyat
sedang trend mengundi bukan macam itu bagi kawasan-kawasan hitam.
Kempen pun perlulah menumpu kepada
mencari populariti untuk parti sahaja, bukan menawarkan khidmat sebab
jelas pengundi di kawasan hitam macam Permatang Pauh ini tak peduli
orang dan parti mana jadi wakil mereka yang penting puas dapat tunjuk
protes pada kerajaan.
Trend pengundi kawasan bandar, mereka
tidak begitu mengharapkan khidmat wakil rakyat.
Zaman ini bukan macam
dulu bila wakil rakyat dicari untuk sokong permohonan buku teks sekolah
dan sebagainya – buku teks pun dah percuma untuk semua orang sekarang,
bukan yang susah saja macam dulu.
Proses undi pada pengundi kawasan hitam
macam Permatang Pauh ini adalah cara untuk menyatakan protes kepada
kerajaan dan parti politik yang tidak digemari semata-mata.
Siapa pun
wakil rakyat, tidak ada kesan kepada mereka.
Maka itulah kita lihat Ahli Parlimen
pembangkang dari kawasan bandar pun tak pernah peduli hal rakyat kawasan
mereka sebab tahu dia dipilih bukan berdasarkan prestasi tapi persepsi
dan populariti dan tak hairan kenapa masa berdebat di Parlimen digunakan
sepenuhnya untuk membincang isu-isu nasional, isu tempatan hampir tidak
wujud.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment