Wednesday, July 08, 2015
Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM
EDITOR MENULIS...
8 JULAI 2015
Sejak Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail mengumumkan bahawa enam
akaun bank yang dibekukan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat berkenaan
isu 1MDB siang tadi, saya masih menunggu mana-mana pihak yang semalam
mendakwa 3 akaun terbabit adalah melibatkan akaun bank Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun malang, tidak ada seorang pun yang tampil meminta maaf atas
tuduhan semberono mereka semalam, seolah tiada dosa yang mereka lakukan
terhadap Najib.
Semalam, bukan main lagi mereka mendakwa kononnya dari ‘sumber
luaran’lah, ‘sumber dalaman’lah, itulah, inilah, semua ‘sumber’ mereka
petik. Hari ini, bila ditegaskan bahawa tiada satu pun akaun Najib
terlibat dibekukan, semua buat bodoh macam ayam berak kapur…
Ke mana perginya “sumber” mereka? Siapa ‘sumber’ mereka? Boleh
dedahkan? Atau terlalu takut untuk didedahkan, risau jika Ketua Polis
Negara ketuk pintu rumah ‘sumber’ mereka? Apa yang ditakutkan kalau
‘benar’ sangat perjuangan yang dilaungkan?
Sekiranya yang menuduh itu adalah mereka yang terdiri dari golongan
bukan Islam, mungkin penulis dapat menerimanya kerana mereka itu
bukannya mengambil peduli tentang soal dosa pahala atau hukum hakam.
Peliknya, mereka yang beragama Islam pun turut bersikap seperti golongan
bukan Islam? Di mana maruah mereka agaknya?
Saya melihat tuduhan yang kononnya tiga akaun bank yang dibekukan
itu merupakan akaun bank Najib merupakan satu dakwaan yang berunsur
fitnah, syak wasangka buruk dan berniat jahat. Belum pun ada fakta yang
sahih, cepat saja mereka buat tanggapan sesuka hati. Ramai pula yang
terpengaruh dengan dakwaan mereka.
Soalnya, tidakkah mereka tahu tentang hukum hakam Islam tentang
tuduhan yang tidak benar? Dakwaan yang palsu? Malah menyebarkan laporan
yang berunsur syubhah pun sudah berdosa, apatah lagi menyebarkan sesuatu
yang tidak benar sama sekali. ‘Sipi” pun langsung tidak mengena…
Berat sangatkah mulut untuk memohon maaf? Besar sangatkah ego untuk
meminta kemaafan? Tidak perlu minta maaf pada saya, sila minta maaf
pada individu yang menjadi mangsa pembohongan semalam. Atau mereka semua
sememangnya bertaraf Rasul yang bersifat maksum?
Saya mengharapkan agar tidak timbul sebarang spekulasi terhadap
Perdana Menteri memandangkan siasatan sedang dijalankan. Cuba lihat apa
yang terjadi bila menuduh sesuatu yang tidak sahih. Siapa yang malu?
Lainlah kalau yang menuduh itu tidak punya maruah diri, kan?
Misalnya, seorang lelaki yang sedang dibicarakan atas kesalahan
jenayah. Belumpun mahkamah memutuskan dia bersalah, tiba-tiba kita yang
duduk di Cerok Tun Kun dan hanya dengar khabar angin saja menuduh lelaki
itu bersalah. Jika terbukti dimahkamah bahawa lelaki itu tidak
bersalah, siapa yang dapat dosa percuma?
Jadi, memandangkan ada pihak yang terlepas cakap menuduh kononnya 3
akaun bank milik Mohd Najib bin Abdul Razak itu dibekukan disebabkan isu
1MDB, maka kita tunggu mereka ‘beratur’ seorang demi seorang meminta
maaf pada Perdana Menteri.
Jika mereka gagal meminta maaf, maka tidak perlulah kita mengambil
peduli lagi dengan dakwaan mereka kerana hanya golongan yang bercakap
bohong dan berdosa besar memfitnah sesuka hati ini memang dimurkai
Allah. Untuk apa kita dengar cakap mereka lagi, kan? Memang tidak boleh
percaya pun… #harapterasa!
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment