Wednesday, July 08, 2015
Sirul Azhar Nafi Akan Buat Pengakuan
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul
Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp
kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan.
Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul
Azhar membunuh Altantuya Shaariibuu atas arahan individu tertentu
hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan
melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, selepas sebaran maklumat palsu yang dibuat dengan
menggunakan nama akhbar Herald Sun Australia itu menjadi viral, beliau
terus menghubungi Sirul Azhar untuk mendapatkan kepastian.
“Setelah bertanya sendiri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya
tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk hadir ke mahkamah.
“Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga
menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun
menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul Azhar,” katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Tambah Hasnal Rezua, kenyataan palsu itu merupakan tindakan yang
tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menjatuhkan kredibiliti banyak
individu.
“Saya tidak pasti motif sebenar kenyataan itu dibuat tetapi
masyarakat Malaysia diharap dapat menghentikan perkongsian maklumat
palsu itu sebelum menjadi perkara yang lebih teruk,” katanya.
Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan
hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh
Altantuya sembilan tahun lalu namun Sirul Azhar bertindak melarikan diri
ke Australia.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment