Wednesday, July 08, 2015
Mahathir Dicabar Dedahkan Sumber Maklumat Tuduh Perdana Menteri Malaysia.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain hari ini mencabar
bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memdedah sumber
yang diperolehi yang digunakan untuk membuat pelbagai tuduhan Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Atory berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir adalah tidak berasas kerana tidak mempunyai sumber yang tepat.
Oleh itu, bagi mengukuhkan tuduhan yang dibuat bekas perdana menteri 22
tahun itu, Atory mencabar Mahathir mendedahkan sumber yang diperolehi.
"Ia hanya dakwaan sahaja. Kita pun tak tahu dari mana beliau dapat
sumber. Kalau betul kenyataan Dr Mahathir benar, dari mana dia dapat
sumber. Kita cabar dia.," cabar Atory kepada Mahathir.
Menurut Atory, tuduhan dan kenyataan yang dilontar Mahathir terhadap
perdana menteri adalah demi meraih sokongan untuk politik peribadinya.
"Kenyataan politik ini berkaitan dengan kuasa dan pengaruh untuk
mempengarauhi rakyat untuk mempersetujui sesuatu pandangan. Ia juga bagi
mendapatkan kuasa dan pengaruh.," katanya.
Atory turut mengulas mengenai tuduhan yang dilakukan Wall Street Journal
(WSJ) terhadap perdana menteri dengan mengatakan jika Mahathir
menggunakan WSJ sebagai sumbernya melemparkan tuduhan terhadap Najib, ia
jelas sebagai sumber yang tidak tepat.
Atory berkata, perkara ini telah dibuktikan menerusi Perdana Menteri
Singapura, Lee Kuan Yew yang memenangi saman 4 kali terhadap fitnah yang
dilontarkan oleh WSJ terhadap pemimpin Singapura itu.
"Kalau setakat Wall Street Journal, banyak juga dakwaan-dakwaan. Lee
Kuan Yew pernah saman Wall Street Journal empat kali dan kalah
semuanya," jelasnya.
Justeru itu, beliau menggesa bekas perdana menteri itu berhenti
melemparkan tuduhan dan berharap Mahathir sabar menunggu laporan dari
pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara
yang giat melakukan siasatan.
"Dr Mahathir perlu tunggu laporan dari semua pihak. PAC tak bagi
laporan, Auditor General (Ketua Audit Negara) belum lagi. Kita
tunggulah.
"Jangan terlampau sangat dengan sentimen. Sabar dahulu lah berkenaan
perkara ini. Tunggu dan lihat. Jangan menyemarakkan keadaan," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment