Tuesday, July 07, 2015
Pertemuan PM Dengan Putera Turki Di Manipulasi Sarawak Report
Menerusi artikel yang di terbitkan oleh Sarawak Report kelmarin,
mereka mendedahkan pertemuan 4 mata antara Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak dengan Putera Turki Bin Raja Abdullah Al Saud beserta
perunding pelaburan, Jho Low dan Pengerusi dan Pegawai Eksekutif
PetroSaudi International Ltd, Tarek Essam Ahmad Obaid di sebuah lokasi
yang tidak dinamakan pada bulan Ogos 2009.
Artikel berkenaan sekali lagi mengaitkan kehadiran Jho Low di lokasi
berkenaan sebagai bukti mengatakan Datuk Seri Mohd Najib menyalurkan
dana 1MDB kepada beliau berikutan pertemuan empat mata antara wakil 1MDB
dan PetroSaudi.
Ini sekali lagi jelas dimanipulasikan oleh Sarawak Report dan seperti
biasa laporan berkenaan dianggap “kitab” bagi pembenci kerajaan
termasuk Tun Dr Mahathir sendiri.
Jika kita selidiki, pertemuan sebegini bukan perkara aneh bagi
seorang ahli perniagaan dan VIP. Pada masa berkenaan, Perdana Menteri
baru sahaja menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan beliau dilihat
kerap ke Arab Saudi bagi melobi beberapa projek perniagaan untuk negara
(buktinya, pembinaan keretapi laju Al Hamra antara Madinah ke Mekah).
Pada masa berkenaan 1MDB baru sahaja ditubuhkan setelah pengambil
alihan Terengganu Investment Agency (TIA) dimuktamadkan sekitar Jun
2009. Sebagai tulang belakang kepada penubuhan 1MDB, adalah menjadi
tugas Najib selaku ketua untuk mencari peluang pelaburan yang mungkin
boleh ditawarkan di negara teluk berkenaan.
Inilah realiti sebenar yang dilakukan beliau tetapi dilindungi oleh
Sarawak Report dan beberapa individu yang memanipulasikan 1MDB demi
karier politik mereka.
Nama Putera Turki Bin Raja Abdullah Al Saud merupakan nama yang agak
besar di Arab Saudi. Beliau dikenali sebagai Putera Raja yang paling
bersih dalam keluarga Al Saud dan beliau merupakan bekas Gabenor Riyadh
sebelum kedudukan beliau diambil alih oleh orang lain berikutan
pemecatan beliau oleh Raja Arab Saudi kini, Raja Salman in Abdul Aziz Al
Saud.
Sewaktu pemerintahan Allahyarham Raja Abdullah, beliau merupakan
anakanda kesayangan Raja Abdullah sehingga Raja Abdullah mengurniakan
beberapa telaga minyak untuk beliau uruskan. Lulusan salah sebuah
Universiti di Amerika Syarikat ini dilantik sebagai Gabenor Riyadh
sewaktu penghujung pemerintahan Raja Abdullah dan sepanjang menjadi
Gabenor, beliau bukan orang yang tidak digemari oleh warga Riyadh itu
sendiri.
Menariknya, hubungan Putera Turki dan Jho Low bukan perkara baru. Jho
Low merupaka seorang individu yang terkenal sebagai rakan rapat dan
ejen pelaburan bagi kebanyakan putera Raja di Negara Teluk. Penglibatan
beliau dalam sektor pelaburan menjadikan beliau sebagai ejen pelaburan
yang paling dipercayai di rantau teluk. Jadi tidak menghairankan jika
kita dapat melihat kehadiran Jho Low dalam pertemuan ini.
Apa yang dilakukan oleh 1MDB pada masa berkenaan adalah mencari
peluang perniagaan dalam sektor minyak dan gas sesuai dengan latar
belakang penubuhan yang diasaskan melalui TIA. Jho Low pula merupakan
penasihat pelaburan untuk TIA sebelum mengembangkan sayap perniagaannya
ke Amerika Syarikat dan Negara Teluk seperti Arab Saudi.
Beliau tidak terikat dengan PetroSaudi atau mana-mana syarikat
berteraskan minyak dan gas. Jadi beliau bebas untuk membawa mana-mana
pelabur untuk melabur kedalam mana-mana syarikat minyak dan gas yang
dikenali oleh beliau.
Pertemuan di atas kapal mewah yang dikatakan sebagai kapal yang
disewa khas oleh Najib merupakan dakwaan palsu. Putera Turki dilaporkan
mempunyai 2 buah bot persiaran mewah dan sebuah kapal layar yang beliau
gunakan untuk bersantai.
Bagi yang ingin bertemu dengannya dalam keadaan santai, inilah tempat
yang beliau selalu aturkan untuk berbincang dalam keadaan santai tanpa
terikat dengan protokol.
Serangan ini dilihat sebagai “peluru terakhir” yang dipunyai oleh
Sarawak Report menerusi sumber maklumatnya, Xavier Andre Justo untuk
menghentam Perdana Menteri dan sekaligus menarik sokongan pentaksub Tun M
dan Pembangkang di Malaysia. Jelas kini, mereka sudahpun “berkitabkan”
Sarawak Report dan juga The Wall Street Journal untuk mencari bahan
menghentam kepimpinan kini.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment