Tuesday, July 07, 2015
Semoga Presiden UMNO Terus Berbakti Kepada Agama...Bangsa Dan Negara
Jika pembangkang yakin Najib dapat ditumbangkan pada PRU 14 akan datang,
tak de lah mereka beria-ria sangat menfitnah Perdana Menteri sehingga
terpaksa menjadi abdi kuasa luar menfitnah beliau.
Nampak sangat usaha Perdana Menteri membela Rakyat cukup menjadi igauan
ngeri pembangkang. Jika yang memaksa Perdana Menteri itu turun adalah
dari kalangan rakyat miskin, susah, pekebun, penoreh, peneroka dan
orang-orang kampung, mungkin lainlah sikit bunyinya.
Tapi yang gila sangat nak Perdana Menteri turun adalah dari kalangan
golongan kaya raya, kaki projek dalam pelbgai class, yang kena pencen
politik, yang tak dapat apa yang diminta dan golongan yang biasa mewah
dengan projek-projek kerajaan dulu.
Bahkan ada yang kata, "buat apa kerajaan bazir bagi BR1M kat rakyat,
tidak mendatang apa-apa manfaat pun pada BN, lebih baik bagi duit itu
untuk kami-kami yang sudah tentu akan undi BN. Bukan semua rakyat undi
BN kata mereka.
Nampak benar mereka hanya memikirkan diri mereka sendiri. Selama ini
mereka meyokong UMNO dan BN kerana dapat projek, tak dapat maka mereka
boikot BN. Orang macam ni dinamakan pejuang rakyat ?
Kerajaan perlu terus membantu rakyat, samaada rakyat itu mengundi BN atau tidak. Itu adalah tanggungjawab kerajaan.
Sudah sampai masanya UMNO / BN melihat siapa mereka yang mengaku pejuang
rakyat ini ? Bukan mereka tidak boleh kaya, tapi jika kaya sahaja tapi
tidak membantu rakyat....adalah lebih baik mereka muhasabah diri mereka
sendiri. Malulah pada tuhan sikit kalau tak malu dekat manusia pun.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment