Sunday, July 12, 2015
Rusuhan Besar Akan Berlaku di Low Yatt Tak Lama Lagi.. #repeat #lowyatt #melayubersatu #kekalnajib
Berikutan rasa tidak puas hati ramai rakyat Malaysia terhadap siri-siri
penipuan oleh peniaga-peniaga cina yang diceritakan berlaku di Plaza Low
Yatt, diberitakan akan berlaku rusuhan besar dikawasan berkenaan
susulan dari kejadian pergaduhan diantara peniaga cina dan pelanggan
melayu semalam.
Ramai komen di laman sosial Facebook serta
Whatsapp hari ini menunjukkan rata-rata pelayar siber lebih menyebelahi
pelanggan yang teraniaya di Low Yatt tersebut. Majoritinya menyifatkan
pelanggan berkenaan adalah "wira pengguna" kerana sanggup menyerbu Plaza
berkenaan yang didakwa sebagai pusat penipuan peniaga cina.
Ada
juga yang menganggap sewajarnya peniaga-peniaga dikawasan berkenaan
"diajar" kerana selama ini tiada siapa yang berani menyentuh serta
membalas balik perbuatan menipu pelanggan yang dilakukan oleh sebahagian
besar peniaga disitu.
Semalam dilaporkan seramai 7 lelaki melayu
telah bertindak "menyerang" sebuah premis di Low Yatt kerana tidak
berpuas hati apabila ditipu peniaga cina disitu serta diheret ke balai
Polis kerana dituduh mencuri telefon bimbit.
Melalui sebuah video
yang menjadi viral dilaman sosial hari ini, difahamkan seorang daripada
kumpulan lelaki melayu terbabit cedera teruk akibat dibelasah
beramai-ramai dengan kayu oleh majoriti peniaga cina di Plaza berkenaan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment