Sunday, July 12, 2015

Tolak Serangan Fitnah Terhadap PM Untuk Jatuhkan UMNO, BN

13 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, serangan bertubi-tubi kepada presiden parti dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya mempunyai agenda jahat untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Ujarnya, apa yang berlaku sekarang ini adalah satu cubaan untuk mengganggu-gugat serta meruntuhkan BN dan UMNO yang dilihat sejak dari dulu lagi terus mampu bertahan.

Jelasnya lagi, dapat dilihat seperti wujudnya satu konspirasi yang dilakukan pelbagai pihak berkepentingan baik di dalam dan luar negara yang bergabung tenaga untuk memusnahkan apa sahaja yang sedang dibina oleh negara ini.
PEKAN, 13 Jun -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) disambut dengan tangisan kegembiraan ketika menziarahi warga emas Mohamad Nor Ali,85, dan isteri Timoh La-Nga,58, di Kampung Bukit Udang hari ini.?Najib turut menyampaikan sumbangan  kepada mereka bagi meringankan beban dalam menjalani kehidupan seharian dan sebagai persediaan menjelang bulan Ramadan.?--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
“Serangan ini satu cubaan bukan sahaja untuk jatuhkan kerajaan tetapi untuk merosakkan ekonomi negara dan perpaduan rakyat. Sebab itu kita dapat lihat, media antarabangsa juga kini sedang menyerang peribadi Perdana Menteri.

“Sebagai ahli UMNO, kita harus berpegang kepada prinsip iaitu mempertahankan institusi parti itu sendiri dan memberi kepercayaan kepada presiden bagi menyelesaikan masalah ini.

“Saya percaya dan yakin, apa yang berlaku ini adalah satu cubaan untuk meruntuhkan UMNO dan BN dan ingin melihat kerajaan BN tumbang,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau turut menyeru kepada semua rakyat khususnya ahli UMNO untuk terus memberi kepercayaan serta berpegang teguh kepada prinsip parti mempertahankan kerajaan dan pemimpin. Dengan cara ini maka ia akan menyukarkan mereka untuk mengganggu gugat negara ini.

“Ia menjadi tanggungjawab kita untuk percaya kepada pucuk pimpinan parti dan memberikan ruang beliau menyelesaikan masalah yang ada dan kita mestilah menolak apa juga cubaan atau berita dari sumber yang tidak tepat.

“Jika kita mampu untuk melakukan sedemikian maka sukar untuk pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara yang tidak baik kepada pemimpin dan parti kita.

“Maka saya amat berharap agar semua rakyat memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri dan menolak berita dan fitnah terutama daripada media yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment