Tuesday, September 01, 2015
Polis Siasat Gambar Najib, Hadi Di Pijak Semasa Bersih 4
Pihak polis sedang menyiasat insiden gambar Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipijak
semasa perhimpunan Bersih 4, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan perkara itu.
"Kes tersebut masih di dalam siasatan," katanya kepada Sinar Harian.
Foto yang tersebar luas di laman sosial sejak pagi semalam itu turut
mempamerkan kapsyen "Kurang ajar upacara pijak gambar Tuan Guru."
Dilaporkan, polis menerima 27 laporan mengenai perhimpunan Bersih 4
sehingga jam 10.45 malam tadi dan membuka 5 kertas siasatan.
Tajudin berkata 14 daripada laporan itu dibuat kelmarin dan selebihnya dibuat semalam.
Beliau berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran
Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad
pengenalan.
Hampir tengah malam, bilangan mereka yang berhimpun semakin ramai di
Dataran Merdeka ketika mereka mendengar ucapan dan menyanyi sambil
menari.
Bagaimanapun, Tajudin berkata keadaan masih terkawal dan polis berada
dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Perhimpunan Bersih 4 selama 2 hari anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih
dan Adil (Bersih 2.0) yang diisytiharkan haram oleh polis antara lain
menuntut pilihan raya bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih.
Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan
masing-masing pada tengah malam kelmarin dan tengah hari semalam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Cina DAP Sudah Semakin Kurang Ajar.... 11 Di Tahan Pakai Baju, Sertai BERSIH Di Sungai Petani
SUNGAI PETANI : Polis menahan 11 individu memakai baju Bersih 4 pada
perhimpunan haram itu di Dataran Zero Kilometer, di Sungai Petani malam
tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata, kesemua
individu yang ditahan itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita,
masing-masing berusia lingkungan 17 hingga 48 tahun.
"Mereka ditahan di sekitar kawasan dataran, enam daripada mereka ditahan
pada pukul 9.15 malam manakala selebihnya ditahan pada pukul 9.30
malam," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984 dan telah dibawa ke balai sebelum dilepaskan dengan
jaminan polis.
Menurutnya polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Bersih Memang Biadap !!!! PAS Kesal Peserta BERSIH Pijak Gambar Pemimpin
PAS melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram
Bersih 4 yang didakwa memijak gambar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara berkenaan
tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina
Abdul Hadi.
"Kalau betul benda itu berlaku, bukan edit (disunting) maka memang tak
sepatutnya berlaku. Gambar siapa-siapapun, terlebih lagi pemimpin tak
sepatutnya kita hina, itu pendirian kitalah.
"Bukan setakat pemimpin PAS, mana-mana pemimpin pun. Kita sendiri pun
tak pernah pijak gambar pemimpin (lain) walaupun kita berlawan dengan
UMNO atau siapa (pemimpin parti) pun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan
Hari Kebangsaan 2015 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok.
Mohd Amar mengulas tindakan peserta Bersih 4 yang menjadi viral di media
sosial selepas didakwa memijak gambar Abdul Hadi dan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan
berkata penyertaan peserta Melayu dalam perhimpunan Bersih kali ini
berkurangan apabila PAS tidak terlibat secara aktif berbanding beberapa
siri perhimpunan itu sebelum ini.
"Tapi pendirian PAS, kita tak arah dan tidak larang (anggota parti untuk
sertai Bersih 4). Mereka (anggota parti) yang pergi atas (kapasiti)
individu, bukan atas (arahan) parti," katanya.
PAS menarik diri daripada menyertai perhimpunan berkenaan selepas
memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang,
DAP, pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
GHB Kini Rasmi Bergerak Sebagai Parti Politik... Ambil Alih Parti Pekerja
Seperti yang dijanjikan oleh puak pimpinan yang tewas dalam PAS yang
kini dikenali sebagai gerakan Harapan Baru mereka hendak bergerak
sebagai sebuah parti politik mulai 31 Ogos.
Kini sudah rasmi buat sementara ia akan ambilalih Parti Pekerja Malaysia
- sebuah parti yang ditubuh pada tahun 1978 - untuk tujuan itu.Ia akan
memohon kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk tukar namanya jadi
Parti Amanah Negara.
Sebelum ini permohonan mereka untuk daftar parti baru atas nama Parti Progresif Islam ditolak kerana guna nama 'Islam'.
Pengumuman GHB rasmi bergerak sebagai parti politik mulai hari ini
diumumkan oleh Mat Sabu dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur Isnin.
Beliau berkata, pelancaran nama parti itu kepada Parti Amanah Negara serta perlembagaannya akan dilakukan pada 16 September ini.
Mat Sabu kata mereka yang menyertai parti itu bukan ahli PAS.
Beliau mendakwa seramai 35,000 orang akan sertai parti itu.
Berikut ialah senarai jawatankuasa sementara parti itu:
Penasihat Umum : Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi : Hj Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub
Naib Pengerusi
Dato Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hassanudin Mohd Yunos
Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari : Hj Asmuni Alwi
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat
AJK
Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Hashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Monday, August 31, 2015
UMNO, BN Perlu Guna Teknologi Baharu Tarik Sokongan Pengundi Gen Y – Ahmad Zahid
BERUAS : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO dan
Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan teknologi baharu untuk
menarik sokongan pengundi Gen Y bagi memastikan UMNO kekal relevan.
Timbalan Perdana Menteri berkata Gen Y pada zaman sekarang bukan
mahu bernostalgia dengan apa yang dilakukan oleh Gen X, sebaliknya
mereka mahu melihat apa yang Gen X ingin beri kepada mereka.
” Ceramah (pendekatan) hanya efektif kepada sebanyak 13 peratus orang
untuk menjadi hakim kepada mahkamah rakyat. Pembangkang menerusi
teknologi baharu seperti media sosial dapat sampai kepada 87 peratus
rakyat (negara ini).
“Oleh kerana itu (untuk mendekati) Gen Y perlu dilakukan dengan
kaedah begitu…perlu terangkan betul-betul kepada mereka,” katanya ketika
berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian
Beruas di Dewan Inderawati di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga Menteri
Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Beruas
Datuk Abdul Manaf Hashim.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata generasi X perlu memberi
perhatian kepada perkara itu kerana latar belakang pendidikan, minda dan
cita rasa generasi Y berbeza dengan generasi X.
“Bukan kita mahu mengenepikan generasi X tetapi kita tidak boleh lari daripada memenuhi kehendak generasi Y.
Dulu kita belajar mungkin dengan papan hijau dan kapur, sekarang ini
mereka menggunakan kaedah berbeza dengan menggunakan laptop dan
smartphone,” katanya.
Beliau berkata UMNO dan BN perlu mengenepikan kaedah konvensional
kerana kini zaman generasi Y, walaupun generasi X masih menjadi pemimpin
tetapi generasi X perlu menyesuaikan kaedah berkomunikasi mengikut cita
rasa generasi Y.
“Jangan guna pendekatan lama lah, Gerakan, MCA, MIC, Makkal Sakti dan parti-parti lain, ceramah sudah tidak lagi relevan.
“Kalau kita tidak melakukannya (menggunakan teknologi baharu), jadi
lah generasi ‘Gangga Negara’, jadilah (seperti) kerajaan Melayu Beruas,
muzium pun tak ada, tapak pun tak ada, apa pun tak ada lagi, kita hanya
tinggal kenangan diminda rakyat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
31 Ogos: Muslihat Di Sebalik Janggut Pak Samad…
EDITOR MENULIS...
31 OGOS 2015
Masih
ingat lagi dengan nama Pak Samad Janggut? Pengerusi Bersama Bershit itu
baru-baru ini bertegas mahu berhimpun di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bagi menuntut pilihanraya di negara ini dijalankan dengan bersih, dan kali ini ditambah 'perisa' dengan niat ingin mendesak agar kerajaan BN dijatuhkan dan Najib ditumbangkan....
Himpunan yang diketuai oleh sekutu kuat
Ambiga itu sengaja memilih tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan
Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang saban tahun berlangsung di
situ.
Meskipun dibenarkan oleh undang-undang,
Menteri dan pihak polis, Pak Samad Janggut diberikan syarat untuk
mematuhi undang-undang perhimpunan aman sebagaimana yang diwartakan
tidak lama dulu.
Persoalannya, jika puak-puak baju kuning
ini berhimpun di situ dan tidak membawa aspirasi merdeka, apakah ia
tidak mengganggu semangat kebangsaan yang sepatutnya diraikan oleh para
pengunjung di temasya kemerdekaan negara itu?
Saya berpendapat bahawa Pak Samad Janggut
mempunyai agenda tidak baik menerusi himpunan yang dianjurkannya itu
memandangkan niat utama mereka berhimpun di Dataran Merdeka itu tidak
selari dengan semangat menyambut Hari Merdeka.
Pihak Kerajaan menganjurkan sambutan kemerdekaan negara dan Pak Samad Janggut pula menganjurkan sesuatu tentang pilihanraya.
Kedua-dua tujuan perhimpunan itu adalah
sangat berbeza di mana sambutan kemerdekaan berpaksikan kepada semangat
kebangsaan dan cintakan tanahair, manakala himpunan anjuran Pak Samad
pula berasaskan politik semata-mata.
Pada saya, meskipun kehadiran Pak Samad
dan para pengikutnya pada hari tersebut secara jelas akan membuat ramai
rakyat Malaysia yang hadir mahu menyambut hari kemerdekaan akan merasa
hambar dan “malas” untuk menyertai sambutan tersebut.
Bayangkan, sedang rakyat Malaysia tengah
hangat melaungkan rasa cintakan tanahair, Pak Samad pula sebok
melaungkan agenda busuk pembangkang yang jelas berniat busuk meskipun
tidak dizahirkan.
Rata-ratanya rakyat faham dan tahu
kedatangan Pak Samad ke majlis sambutan kemerdekaan itu berasaskan
agenda memburuk-burukkan kerajaan dan membawa propaganda pihak Pakatan
Haram, bukan?
Mungkin Pak Samad Janggut menafikan
tujuan busuk tersebut, tapi rasanya budak tadika PASTI pun dapat hidu
“bau bangkai” yang di bawa Pak Samad…
Saya berpandangan bahawa Pak Samad dan
himpunannya itu adalah bertujuan untuk menggangu sambutan dan semangat
Hari Merdeka di kalangan rakyat Malaysia.
Himpunannya tersirat dengan
provokasi dan propaganda pembangkang.
Saya ingin bertanya pada Pak Samad,
sekiranya Pak Samad sedang menganjurkan himpunan puisi di Dataran
Merdeka dan datang pula sekumpulan manusia berhimpun di situ serta
melaungkan “Potong janggut! Potong janggut! Cukur Janggut Serabai! Cukur
Janggut Serabai!”, apa yang Pak Samad rasa?
Mereka bukannya menujukan laungan itu
kepada Pak Samad dan mungkin laungan itu ditujukan kepada mereka-mereka
yang berjanggut panjang dan tidak pandai menjaga janggut mereka sehingga
ia kelihatan serabut serta menggangu emosi mereka…
Pak Samad suka begitu? Atau Pak Samad
akan meradang dan marah pada himpunan kumpulan tersebut serta menuduh
mereka sengaja mengganggu Pak Samad dengan provokasi perkataan yang
menyakitkan hati meskipun mereka berhimpun secara aman?
Dengan tindakan Pak Samad ini, saya
menjangkakan bahawa himpunan yang dipercayai ditaja oleh pembangkang itu
bertujuan untuk memburuk-burukkan tema, logo dan sambutan Hari Merdeka
secara konsisten dengan beralaskan “himpunan aman”.
Yang jelas, rakyat Malaysia akan malas
untuk hadir kerana menyampah dengan kehadiran Pak Samad dan
konco-konconya yang datang untuk membuat kacau. Maka motif menghambarkan
sambutan kemerdekaan itu akan dicapai.
Seterusnya Harakahdaily, Malaysiakini,
Keadilandaily, Roketkini dan Malaysian Insider berkemungkinan besar akan
“berpesta” di laman-laman web mereka menyiarkan bahawa “Sambutan Hari
Merdeka Anjuran BN HAMBAR”, bukan? Namun hakikatnya tatkala sasaran mereka sedemikian, bukan itu yang berlaku... malahan sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara tetap meriah dan ceria nampaknya... perlu difahami sifat perayaan hari kebangsaan adalah bersifat ceria dan penuh kasih sayang serta kecintaan kepada negara... maka sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan perhimpunan BERSIH itu sementelahan yang demonstrasi itu disemai dengan sepenuh kebencian serta provokasi sehingga lupa akan semangat patriotisme kepad negara...
Tapi, yalah, menurut pandangan saya, mungkin itu muslihat di sebalik “janggut”
Pak Samad kali ini. Biar pun begitu, saya yakin bahawa rakyat Malaysia
bijak berfikir dan menilai tentang kewajaran atau kesesuaian tindakan
Pak Samad Janggut pada 31 Ogos itu.
InsyaAllah, rakyat akan “cukur janggut”
Pak Samad dan Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti. Harap-harap Pak Samad
dapat terima kenyataan dan tidak merajuk pula. Bukan apa, hati orang
tua-tua ini sensitif sikit…senang tersentuh bila “kalah angin”!!
Sama-samalah kita fikirkan...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Malaysia Tidak Bersendirian Mahu Sekat Ungkapan Berbentuk Kebencian Dalam Internet
Malaysia bukan satu-satunya negara yang mahu
menyekat laman web yang membangkitkan kebencian dan menjejaskan
perpaduan dalam kalangan rakyat.
Sebaliknya, Jerman juga menuntut laman Facebook supaya mematuhi
undang-undang negara berkenaan dengan melarang ungkapan-ungkapan
berbentuk kebencian di dalam media sosial.
Dalam temubual bersama Reuters, Menteri Kehakiman Jerman Heiko Maas
berkata Jerman tidak bertolak ansur terhadap sentimen perkauman dalam
media sosial termasuk Facebook, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika
Syarikat itu, walaupun perkara itu mungkin dibenarkan di negara
berkenaan atas kebebasan bersuara.
“Jika Facebook mahu berurusan di Jerman, maka ia perlu mematuhi
undang-undang negara Jerman. Tidak kira apa pun, kerana sebab-sebab
sejarah, kita mempunyai tafsiran kebebasan bersuara yang lebih ketat
berbanding Amerika,” katanya.
Beliau berkata perbuatan mencetuskan kebencian perkauman adalah
jenayah di Jerman sama ada ia disiarkan di Facebook atau diungkapkan di
khalayak ramai.
“Internet bukanlah tempat di mana undang-undang boleh diketepikan di
mana komen mudah tersebar dengan sewenang-wenangnya…tidak ada ruang dan
bukan tempatnya bagi pengguna internet yang menyebarkan propaganda
perkauman,” kata Maas.
Malaysia menunjukkan kesungguhan sama terhadap apa jua yang
menjejaskan ketenteraman awam semalam, apabila Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat empat laman web yang didapati
mempromosi dan menyebarkan maklumat berhubung perhimpunan haram Bersih
4.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata laman web itu adalah http://bersih.org, http://globalbersih.org,
http://www.bersih.org dan http://www.globalbersih.org.
SKMM membuat keputusan itu kerana berpendapat bahawa maklumat yang
disiarkan dalam empat laman web berkenaan boleh mengancam kestabilan
negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Isu Gambar Selfie Ghairah Dengan Amoi #BERSIH4.. Ini Jawapan Geng Mat Sabu
Rasanya semua rakyat dah tahu perangai Mat Sabu kalau berada dekat
dengan perempuan.. Kalau nak tahu lebih detail.., boleh saja bertanya
pada penduduk Kuala Kedah..
Dulu Mat Sabu memang terkenal dengan skandalnya bersama isteri orang
bernama Normah.. Jenuh bersilat lah juga Mat Sabu untuk menerangkan
kepada ahli-ahli PAS pada masa itu tentang kejadian khalwatnya bersama
Normah di bilik 121 sebuah hotel..
Akhirnya, Mat Sabu berjaya menutup kes tersebut dengan menyalahkan
Umno.. Kononnya, Umno lah yang memerangkap beliau sehingga terkantoi di
bilik hotel tersebut.
Hari ini Mat Sabu bikin panas lagi.. Tersebar gambarnya berkepit dengan
seorang amoi DAP di perhimpunan Haram Bersih4.. Adakah amoi tersebut
isteri Mat Sabu? Bukannnnnnn.... Adakah amoi tersebut adalah skandal Mat
Sabu?? Wallahualam..
Menurut konco-konco Mat Sabu, gambar tersebut adalah satu kesilapan
kerana ia terjadi bukan dengan kehendak serta kerelaan Mat Sabu.. Gambar
intim bersama amoi berkenaan juga bukan dirancang oleh Umno atau
perangkap dari Najib..
Kononnya, gambar tersebut terjadi apabila penyokong Mat Sabu menjadi
HISTERIA apabila melihat kehenseman Mat Sabu yang tiba dengan senyuman
yang menggoda..
Apa maksud Histeria?? Agaknya konco-konco Mat Sabu ni tak faham makna
histeria tu gamaknya.. Muka macam Mat sabu pun ada yang Histeria ke??
Lawak kot statement tu..
Tapi itulah alasan yang digunakan untuk menghalalkan perbuatan seorang
Timbalan Presiden Parti Islam di Malaysia.. Semua boleh saja kalau kena
pada dahi mereka, tapi dianggap haram bila kena pada orang lain..
Cuba bayangkan kalau Najib yang bergambar sedemikian.., bukan saja
kutuk, tetapi siap maki hamun lagi oleh penyokong pembangkang.. Bila
kena pada pemimpin sendiri, telur puak-puak pembangkang ini terus kecut
kedalam lubang punggung!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
DAP Racuni Minda Kaum Cina Benci Kerajaan
Racun-racun kebencian terhadap kerajaan yang
ditanam oleh DAP ke dalam minda masyarakat Cina di negara ini akan
membawa kepada kejatuhan kaum berkenaan.
Menurut seorang penulis dalam kolum portal malaysia-today.net, Cheah
Sin Chong, kebanyakan masyarakat Cina yang menyokong DAP gagal berfikir
secara rasional berikutan cara hidup yang dimanjakan ketika dibesarkan.
“Hari ini, ramai masyarakat Cina yang mempunyai dua pendapatan serta
meraih gaji yang bagus tetapi masih mengeluh. Mereka mengadu itu, ini
dan mengutuk kerajaan. Mereka marah terhadap GST (cukai barang dan
perkhidmatan) tetapi mereka membawa kereta yang mahal dan baharu serta
membeli rumah berharga RM800,000 hingga lebih RM1 juta, dan berhutang
banyak.
“Mereka mengutuk sekolah kerajaan dan sistem pendidikan namun memuja
sistem sekolah antarabangsa. Sudah tentu mereka membayarnya dengan harga
yang mahal. Apabila kewangan mereka terikat walaupun memperoleh
pendapatan enam digit, mereka menyalahkan kerajaan,” katanya dalam laman
portal berkenaan.
Menurut Sin Chong, beliau berpendapat kebanyakan ibu bapa masyarakat
Cina yang berusia antara 20 dan 40 tahun akan mengeluh terhadap semua
perkara kecil dan hanya membaca berita-berita propaganda daripada DAP.
“Semasa zaman mendiang mak saya, tiada benda seperti susu import,
tiada gas memasak dan saya sempat melihat dia memasak menggunakan arang
dan kayu. Dia akan berpeluh untuk menyalakan arang, dia juga akan
sembelih ayam. Kamu dapat bayangkan bagaimana susah keadaan hidupnya
ketika kecil tetapi dia dapat hidup sehingga umur 90 tahun,” katanya.
Untuk sambutan kemerdekaan tahun ini, kata Sin Chong, beliau
merasakan keperluan yang amat sangat untuk meletakkan Jalur Gemilang di
hadapan rumahnya.
“Saya fikir perlu melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada anak
saya gambaran apa yang dikatakan patriotik, sama ada mereka akan
mengikutnya adalah perkara individu tetapi sekurang-kurang saya tahu
saya telah melakukan perkara yang betul,” katanya.
Dalam penulisan itu, Sin Chong turut berkongsi kisah mengenai seorang
suami terpaksa membawa isterinya ke luar negara semata-mata tidak mahu
isterinya terbabit dalam perhimpunan haram Bersih 4.0.
“Wanita Cina yang mempunyai jutaan ringgit ini mahu menyertai Bersih
4.0. Dia memiliki berdozen rangkaian francais. Di sebalik memperoleh
keuntungan disebabkan keamanan dan kestabilan negara dan walaupun beliau
seorang yang bijak, bermasyarakat dan banyak mengembara, wanita ini
gagal membezakan antara semangat patriotik, kesetiaan dengan pandangan
politik,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Kos Miliki Lesen Motosikal RM299 Melalui MyLesen Mulai 15 September 2015
Mulai 15 September, orang ramai boleh memiliki
lesen motosikal pada kos lebih rendah iaitu RM299 berbanding harga
semasa RM350 melalui program MyLesen, kata Menteri Pengangkutan Datuk
Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata program MyLesen diperkenalkan bagi menggalakkan orang
muda yang tidak memiliki lesen motosikal, mendapatkan lesen
masing-masing.
“Ramai pemuda-pemudi yang menunggang motosikal tanpa lesen. Ini amat
bahaya.
Daripada 10 penunggang motosikal, kami mendapati tiga (tanpa
lesen).
“Menunggang motosikal tanpa lesen tidak boleh diterima. Jadi kita
seru mereka cepat-cepat ambil lesen dan program MyLesen bertujuan
membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Kasih
Merdeka 2015 anjuran Skuad Muda 1JPJ di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, program MyLesen akan dilaksanakan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama sekolah memandu yang mengambil
bahagian dalam program berkenaan.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)




