Tuesday, September 01, 2015
Bersih Memang Biadap !!!! PAS Kesal Peserta BERSIH Pijak Gambar Pemimpin
PAS melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram
Bersih 4 yang didakwa memijak gambar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara berkenaan
tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina
Abdul Hadi.
"Kalau betul benda itu berlaku, bukan edit (disunting) maka memang tak
sepatutnya berlaku. Gambar siapa-siapapun, terlebih lagi pemimpin tak
sepatutnya kita hina, itu pendirian kitalah.
"Bukan setakat pemimpin PAS, mana-mana pemimpin pun. Kita sendiri pun
tak pernah pijak gambar pemimpin (lain) walaupun kita berlawan dengan
UMNO atau siapa (pemimpin parti) pun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan
Hari Kebangsaan 2015 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok.
Mohd Amar mengulas tindakan peserta Bersih 4 yang menjadi viral di media
sosial selepas didakwa memijak gambar Abdul Hadi dan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan
berkata penyertaan peserta Melayu dalam perhimpunan Bersih kali ini
berkurangan apabila PAS tidak terlibat secara aktif berbanding beberapa
siri perhimpunan itu sebelum ini.
"Tapi pendirian PAS, kita tak arah dan tidak larang (anggota parti untuk
sertai Bersih 4). Mereka (anggota parti) yang pergi atas (kapasiti)
individu, bukan atas (arahan) parti," katanya.
PAS menarik diri daripada menyertai perhimpunan berkenaan selepas
memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang,
DAP, pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment