Tuesday, September 22, 2015

Mat Sabu Sakit Hati Bila Wan Azizah Masih Harapkan PAS

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu hari ini melahirkan rasa kesal apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah yang berkeras tetap mahukan Pas dalam pakatan baharu apabila tidak yakin dengan kemampuan Amanah untuk membantu pakatan baharu memenangi pilihan raya umum (PRU) nanti.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, beliau kesal dengan tindakan presiden PKR itu yang tetap mahukan Pas, sedangkan Amanah telah diwujudkan bagi mengganti posisi parti Islam itu di dalam gabungan parti pembangkang.

Katanya, beliau sedar partinya baru ditubuhkan tidak sampai 2 minggu dan Wan Azizah kurang yakin dengan kemampuan partinya.

Mat Sabu berkata, bagaimanapun beliau akan membuktikan kepada PKR bahawa Amanah mampu menarik dan mendapat sokongan yang lebih ramai dari Pas bagi membantu pakatan memenangi PRU akan datang.

Jelasnya, walaupun Amanah baharu sahaja ditubuhkan sambutan yang diterima parti itu amat menggalakkan dan beliau yakin Amanah mampu membantu gabungan parti pembangkang memenangi PRU dan menawan Putrajaya

"Saya tak mahu komen apa-apa. Pilihan raya masih jauh. Parti kami pun baru dua minggu lebih dan sambutan yang diberi terhadap Amanah begitu memberansangkan," kata Mat Sabu.

Beliau yang mengulas mengenai pembentukan pakatan baharu berkata, Amanah tetap akan hadir dalam mesyuarat meja bulat pembentukan pakatan baharu walaupun Pas tidak menyukai penubuhan parti itu kerana itu merupakan pendirian parti untuk bekerjasama dengan parti lain.

"Kami akan hadir dalam rundingan sidang meja bulat dan soal pendirian Pas itu terserahlah kepada rakan-rakan. Kami akan mengambil pendirian bersama dengan parti-parti yang ada. Kita tengok esok perbincangan dia macam mana," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment