Tuesday, September 22, 2015
Ringgit Akan Pulih Dalam Tempoh Terdekat.. - Gabenor Bank Negara
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memaklumkan Ringgit
akan kembali pulih dalam masa terdekat ini jika tiga isu utama global
dan faktor domestik dapat diselesaikan dalam waktu singkat ini.
Zeti berkata, Malaysia perlu kekuatan serta daya tahan sendiri bagi
membolehkan Malaysia menempuh ketidaktentuan yang berlaku di China serta
Amerika Syarikat (AS).
Jelasnya, Ringgit yang jatuh sejak kebelakangan ini adalah disebabkan
perkembangan ekonomi di peringkat global dan dapat dipulihkan jika Rizab
perseketuan AS membuat keputusan hala tuju kadar faedahnya yang berada
pada paras hampir sifar sejak tujuh tahun lalu.
"Kadar faedah Rizab Persekutuan As misalnya kekal pada paras sifar sejak
7 tahun lepas dan ramai yang mengharapkan ia akan dinaikkan. Ini yang
turut menyumbang kepada pengukuhan dolar AS.
Walaupun perkara ini dilihat agak sukar buat negara untuk AS mengambil
langkah tersebut, Zeti percaya perkara ini akan dapat memulihkan ekonomi
negara dan berharap orang ramai dapat bersabar dan menunggu.
"Namun apabila langkah itu berlaku, saya percaya ia akan menghasilkan, pemulihan serta kestabilan," katanya.
Menurut Zeti, Ringgit juga dapat dipulihkan dalam masa terdekat jika
ekonomi besar Asia,China dapat menstabilkan kembali ekonomi di negara
itu.
Jelasnya, China kini giat menstabilkan ekonomi dinegaranya, dan ia satu
petunjuk bahawa Ringgit juga akan kembali pulih dalam waktu terdekat.
"China kini mengimbangkan semula aktivit untuk membolehkan ekonominya
mampan. Jika China tidak melakukan usaha penyusunan semula ini, kita
akan lebih goyah pada masa depan," jelasnya.
Tegasnya, jika penyelesaian tiga faktor itu berlaku serentak, manakala
semua isu domestik diselesaikan, ia akan menjurus kepada pemulihan
ringgit yang mencerminkan asas ekonomi negara Malaysia sebenar.
"Seperti sudah diperkatakan sebelum ini, asas berkenaan adalah kita
mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik, salah satu ekonomi dunia yang
mencatatkan prestasi terbaik untuk tempoh lima tahun berturut-turut,"
katanya.
Kenyataan ini jelas menunjukkan ekonomi negara masih ditahap yang baik
walaupun cuba diputar belitkan oleh media pro pembangkang bagi
mengelirukan rakyat mengenai keadaan sebenar ekonomi negara.
Diharap, semua pihak dapat bersabar dan menunggu usaha yang giat
dijalankan kerajaan bagi menaikkan kembali nilai Ringgit dalam masa
terdekat ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment