Thursday, September 24, 2015

Macam Macam Dituduhnya Dan Untuk Aibkan..... 'Bukan Saya Perogol Eina Azman' - Jamal

KUALA LUMPUR : Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Mohd Yunus menyarankan kepada semua rakyat negara ini supaya tidak mudah mempercayai berita fitnah terhadap dirinya sebaliknya harus berfikiran secara waras dan menyiasat dahulu mengenai kesahihan berita tersebut.

Jamal yang juga merupakan Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia berkata fitnah tersebut mungkin dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya nama beliau menjadi buruk.

"Saya lihat itu bukan kenyataan dari artis itu.. Saya ramai kenal artis sebab saya seorang ahli perniagaan dan saya juga mempunyai sebuah syarikat hiburan dan artis pun ramai kenal saya.

"Itu adalah kenyataan daripada orang lain yang mengaitkan saya. Saya sudah semak tidak ada kenyataan daripada artis tersebut.

"Saya ada isteri dan keluarga. Kami hidup bahagia tetapi mungkin ada yang cemburu maka fitnah seperti itu direka dan disebarkan," katanya ketika mengulas mengenai kenyataan sebelum ini yang tersebar di laman sosial mengenai dirinya dikaitkan dengan individu yang merogol artis, Eina Azman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat sekurang-kurangnya 17 laporan polis berhubung pelbagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, fitnah tidak membenarkan masyarakat kaum Cina di negara ini untuk membenarkan tidur di hotel dan makan di restoran beliau adalah tidak benar sama sekali.

Tambahnya, jelas fitnah tersebut merupakan satu fitnah yang melampau ekoran fitnah tersebut telah menyebabkan beliau diherdik di laman sosial.

"Saya orang bisnes. Bodohlah saya kalau buat kenyataan tidak membenarkan orang berbangsa Cina datang di hotel atau makan di restoran saya.

"Ini fitnah terlampau yang direka untuk menjatuhkan perniagaan dan karier politik saya.

"Berikutan berita fitnah itu, ramai yang menghemtam saya terutama di laman-laman sosial. Apa yang menghairankan, ramai yang percaya berita fitnah tersebut," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment